SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU PENOLONG
KANAN DAN COP
KERTAS KERJA LAWATAN
Tajuk : PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHAP 1 DAN PRASEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN
Program Lawatan Sambil Belajar merupakan aktiviti tahunan yang memberikan peluang untuk murid-murid
melawat dan mengetahui tentang dunia luar, alam sekeliling, haiwan, sejarah, teknologi, tempat-tempat menarik dan
sebagainya .
Disamping itu juga, murid-murid dapat membuat penerokaan ke atas hidupan, alam sekeliling, pemerhatian
terhadap alam sekitar, bangunan, infrastruktur, dan sebagainya.
Program Lawatan Sambil Belajar pada tahun ini akan diadakan di Balai bomba, Kilang coklat dan kilang kek
lapis Sarawak, Selangor. Melalui program ini, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid-murid.
2.0 RASIONAL
Merupakan salah satu pembelajaran yang terdapat dalam tema Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Selain itu, murid dapat meneroka dengan lebih mendalam
serta menyeluruh tentang sesuatu tajuk yang dipelajari.
3.0 MATLAMAT
Program lawatan ini diharapkan mampu memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua murid tahap
1 dan prasekolah, selain dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjana idea mereka agar berkembang seiring
dengan perkembangan mereka.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pengalaman sebenar dan bermakna kepada murid-murid dengan mengikuti lawatan ke tempat-
tempat menarik di sekitar Negeri Selangor.
4.2 Menggalakkan murid-murid meneroka dan memahami secara langsung persekitaran mereka dengan
berkesan.
4.3 Memberikan peluang kepada murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan
di samping dapat menjana kreativiti mereka.
4.4 Mewujudkan pemikiran secara terbuka dan rasa peka murid-murid terhadap sesuatu program yang
dijalankan yang mana tema sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh lawatan dan Hari : (Rabu)
5.2 Tempat :
5.2.1 Balai bomba
5.2.2 Kilang Coklat
5.2.3 Kek lapis Sarawak
5.3 Bilangan Peserta : 40 orang murid
5.4 Bilangan Guru : 4 orang guru
5.5 Negeri Yang Dilawati : Negeri Selangor
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Murid prasekolah : 20 orang murid
6.2 Tahap 1 ( Tahun 1, 2 & 3 ) : 20 orang murid
7.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Hurul’Ain binti Abdul Halim
Tim. Pengerusi : Pn. Saidah binti Shafii
Naib Pengerusi : En. Sazali bin Sarwan
Penyelaras : Pn. Azfa Norhazaza binti Norazmi
Setiausaha : Pn. Siti Farahaida binti Abu Bakar
Bendahari : Pn. Hashimah binti Mat Zin
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn. Nurazila binti Salleh @ Salim (Dokumentasi & Laporan)
2. Pn. Siti Saidah binti Abdul Wahab (Keselamatan)
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn. Hurul’Ain binti Abdul Halim
Tim. Pengerusi : Pn. Saidah binti Shafii
Naib Pengerusi : En. Sazali bin Sarwan
Penyelaras : Pn. Azfa Norhazaza binti Norazmi
Setiausaha : En. Siti Farahaida binti Abu Bakar
Bendahari : Pn. Hashimah binti Mat Zin
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn. Nurazila binti Salleh @ Salim (Dokumentasi & Laporan)
2. Pn. Siti Saidah binti Abdul Wahab (Keselamatan)
9.0 PENGISIAN PROGRAM
9.1 (RABU)
- Ketibaan dan pendaftaran pelajar
7.00 pagi - Sesi taklimat oleh guru penyelaras
- Sarapan
8.00 pagi - Bertolak ke Balai bomba
9.00 pagi - Tiba di Balai bomba
- Penerangan tentang tugas bomba
- Fire drill
11.00 pagi - Bertolak ke kilang Kek lapis Sarawak
11.30 pagi - Tiba di Kilang Kek Sarawak
1.30 petang - Makan tengah hari dan solat zohor
2.00 petang - Lawatan ke Kilang coklat
4.00 petang - Minum petang dan bertolak balik
6.00 petang - Bersurai
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER
1. Pengangkutan
- bas 1 1 X RM 1 200 RM 1 200 BKK
PIBG
2. Makan
- sarapan pagi 40 murid X RM 5.5 RM 220 PIBG
- makan tengah hari 40 murid X RM 10 RM 400
3. Goodies murid 40 murid X RM 8 RM 320 PIBG
4. Tag murid 40 murid X RM 4 RM 160 PIBG
5. Lain-lain perbelanjaan - RM 300 PIBG
JUMLAH RM 2600
11.0 PENUTUP
Program Lawatan Sambil Belajar ini diharap dapat melahirkan murid-murid yang lebih bersifat berdikari kerana
segala kemahuan, keperluan dan kehendak mereka ditentukan oleh mereka serta keputusan adalah di tangan mereka
sendiri. Lawatan ini juga sedikit sebanyak dapat melatih murid-murid merasai pengalaman berdikari dan bertolak ansur
sesama rakan.
Diharapkan agar program lawatan ini akan memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka dan
boleh dijadikan manfaat untuk mereka belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita mereka kelak.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:
…………………………………................... …………………………… ......................................................
( AZFA NORHAZAZA BINTI NORAZMI) ( SAIDAH BINTI SHAFII) (HURUL’AIN BINTI ABDUL HALIM)
Guru Penyelaras Lawatan PK Kokurikulum Guru Besar
SK Sg. Tekali SK Sg. Tekali SK Sg. Tekali
43100 Hulu Langat, Selangor 43100 Hulu Langat, Selangor 43100 Hulu Langat, Selangor