Anda di halaman 1dari 47

BAHAGIAN PENDIDIKAN

GURU
TAJUK 1
PENGENALAN KEPADA
GERAK KERJA
KOKURIKULUM

PENGENALAN
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997)
HURAIAN DI ATAS BERMAKSUD PERLAKSANAAN KOKURIKULUM ADALAH
WAJIB DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (AKTA
PENDIDIKAN 1996). SEBARANG KEGAGALAN DAN KEENGGANAN
MELAKSANAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM MERUPAKAN SUATU KESALAHAN
DAN APABILA DISABITKAN BOLEH DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU ATAU
DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU KEDUADUANYA SEKALI (Akta Pendidikan, 1996)

KONSEP KURIKULUM
Konsep kokurikulum merupakan kepelbagaian aktiviti atau
gerak
kerja terancang atas lanjutan dari proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bertujuan untuk
memberi murid
peluang menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

(Akta Pendidikan, 1996)


KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
ADALAH
SALING LENGKAP MELENGKAPI

MATLAMAT KOKURIKULUM
Matlamat Kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua
murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat dan berhasrat
mencapai matlamat berikut:
Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional
dikalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar.
Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan
dengan pendidikan formal
Menyemai nilai pendidikan
Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.
Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya
dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan.
Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.
Mengisi masa lapang dengan berfaedah.

OBJEKTIF KOKURIKULUM
Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan
kepercayaan kepada tuhan
Menyumbang perkembangan JERIS
Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid
Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat
murid dalam aktiviti diceburi.
Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan
seronok
Membina dan meningkatkan kerjasama dan
sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat.
Mewujudkan sekolah berwatak
Menyediakan murid untuk program PLKN dan
integrasi nasional

STRATEGI PERLAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM


Bagi mencapai matlamat dan objektif
tersebut,beberapa strategi
boleh dilakukan:
Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti
kokurikulum
Menambah bilangan pasukan beruniform,
persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan dan
mempelbagaikan aktiviti supaya memberi
peluang kepada semua murid melibatkan aktiviti
mengikut minat dan hobi mereka.
Aktiviti disesuaikan bagi melibatkan murid semua
kaum untuk tujuan pemupukkan perpaduan
Melibatkan murid, guru-guru, PIBG dalam
perancangan dan perlaksanaan aktiviti
kokurikulum

Samb
Memberi penekanan penghayatan agama dan
nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti
Merancang aktiviti dengan teliti bagi mencapai
objektif.
Merekod dan menilai kemajuan aktiviti
kokurikulum yang dijalankan
Menganjur dan mengelola pertandingan yang
melibatkan semua murid
Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik
dan berterusan.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada
semua pihak dari semasa ke semasa

KOMPONEN ATAU BIDANG GERAK KERJA


KOKURIKULUM (GERKO)

TIGA BIDANG UTAMA

UNIT BERUNIFORM
Unit beruniform boleh ditubuh mengikut:
Keperluan IPG/Sekolah
Peralatan yang ada
Tenaga pengajar atau jurulatih
Kemudahan yang ada di IPG /sekolah
Antara pasukan Unit Beruniform yang boleh ditubuhkan
ialah:
PENGAKAP, KADET PANDU PUTERI, BULAN SABIT MERAH,
ST JOHN
AMBULAN, KADET REMAJA SEKOLAH, PERSATUAN PUTERI
ISLAM.
MANAKALA WATANIAH, KADET BOMBA, KADET POLIS DAN
BAND
RANJER DITAMBAH DI SEKOLAH MENENGAH.

KELAB DAN PERSATUAN


Terdapat dua jenis Kelab atau
Persatuan yang
boleh ditubuhkan :
i) Berasakan akademik
ii)Berasaskan minat, kecenderungan,
hobi atau perkhidmatan
PERSATUAN DAN
KELAB

BERASAKAN
AKADEMIK

BERASAKAN MINAT
PERKHIDMATAN
KECENDERUNGAN
DAN HOBI

Samb
Persatuan berasakan Akademik
Persatuan Bahasa
Sains
Matematik
Seni Lukis
Muzik
Komputer
Agama
Geograf
Sejarah
Perdagangan
Ekonomi (Sekolah Men shj)

Samb..
Persatuan dan Kelab berasakan Minat,Perkhidmatan
dan Hobi
Persatuan Perpustakaan
Persatuan Koperasi Sekolah
Persatuan Pencinta Alam
Persatuan Pengguna
Kelab Koir
Bimbingan dan Kaunseling
Rakan sebaya,
Kembara
Seni Foto

SUKAN DAN PERMAINAN


Sukan dan permainan dibahagikan pada dua iaitu
i) Sukan dan Olahraga
ii) Permainan
i ) Sukan dan olahraga
- Acara balapan
- Acara padang

ii) Permainan
Permainan boleh dibahagikan pada dua iaitu
- Permainan antarabangsa
- Permainan tradisional

Samb
Permainan antarabangsa
Bola sepak, badminton, bola jaring dsb
Permainan tradisional
Wau, gasing, batu seremban dll

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM


SEKOLAH
PENGETUA /GURU
BESAR

GPK HEM

GPK KOKURIKULUM

PENYELIA PETANG

SETIAUSAHA KO-KU

PENYELARAS UNIT
BERUNIFORM

SETIAUSAHA
SUKAN/OLAHRAGA
SEKOLAH

PENYELARAS
KELAB/PERSATUAN

GURU RUMAH SUKAN


GURU PASUKAN
SEKOLAH

PENYELARAS SUKAN DAN


PERMAINAN
GURU-GURU PENASIHAT

PENGERUSI PASUKAN BADAN BERUNIFORM, KELAB/PERSATUAN,


KELAB/PERMAINAN, KETUA RUMAH SUKAN, GURU-GURU DAN
KAPTEN PASUKAN SEKOLAH
Carta Organisasi Gerak Kerja Ko Kurikulum Sekolah
(Struktur ini boleh diubahsuai mengikut Pentadbiran Sekolah)

SENARAI TUGAS AHLI JAWATAN KUASA


PENGURUSAN KOKURIKULUM
Merancang aktiviti sekolah (jangka panjang dan pendek)
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali
setahun
Menentukan peraturan kokurikulum sekolah
Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti
Kokurikulum Daerah
Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
Menentukan tarikh Kejohanan olahraga, Merentas Desa,
Hari Kokurikulum dll
Menilai aktiviti kokurikulum dan buat laporan tahunan
Membuat anggaran perbelanjaan dan peruntukkan
kewangan
Membuat pilihan dan pengiktirafan kepada guru dan
pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum
Memastikan semua kemudahan dan peralatan ada dan
selamat digunakan

TUGAS GPK HEP/GPK KOKURIKULUM


Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah
Memilih dan melantik guru-guru dalam bidang
kokurikulum
Memastika setiap unit kokurikulum berjalan dengan
lancar dan berkesan
Menyelesaikan masalah berbangkit dalam
pengendalian aktiviti kokurikulum
Menyelaras dengan sekolah tentang peruntukan dan
kewangan
Menerima kedudukan stok dan inventori peralatan
kokurikulum
Menerima laporan pada akhir tahun tentang aktiviti
kokurikulum
Memutuskan anugerah kecermerlangan kokurikulum

TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM


Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
Membantu mengagihkan tugas dan memilih guru
dalam unit kokurikulum
Memilih dan mengagihkan pelajar dalam bidang
kokurikulum
Memastikan kemudahan dan keselamatan
perlaksanaan kokurikulum
Memastikan sekolah dan data diselenggarakan
dengan baik
Memastikan borang-borang dan rekod dikemaskini
dan mencukupi
Mengadakan aktiviti tambahan kepada guru dan
pelajar

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN


Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang
bersesuaian dengan aktiviti MSSD, MSSN, MSSM
Membantu Setiusaha Kokurikulum mengagihkan tugas
dalam olahraga dan permainan
Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk
aktiviti dan peralatan.
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan
luar sekolah
Mengurus dan mengemaskini buku stok dan inventori
peralatan sukan
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti
sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan
dan rekod
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan
pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan
Sekolah

TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/PASUKAN


BADAN UNIFORM

Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan


kelab/badan beruniform
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan
mesyuarat
Menyelaras aktiviti perjumpaan mingguan
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk
pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan beruniform
Memastikan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat
difailkan dengan baik
Memastikan aktiviti, mesyuarat agung dan pemilihan AJK
diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan
Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
Menyediakan borang /buku yang diperlukan untuk aktiviti
:
- Borang penyertaan persatuan
- Borang senarai AJK dan ahli
- Buku laporan aktiviti
- Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti
dan pencapaian kokurikulum sekolah

TUGAS GURU PENASIHAT /PEMIMPIN PESURUHJAYA


Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun
pada tarikh yang ditetapkan
Memastikan ada perlembagaan dan peraturan Persatuan
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah
Memastikan AJK menjalankan tugas mereka
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama guru penasihat lain
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
Merancang strategi untuk meningkatkan kecermerlangan pasukan
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda diurus dengan baik
Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan
difailkan
Mendaftar pasukan Badan Beruniform /Kelab/Persatuan/Permainan
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah, zon,
daerah, negeri dan kebangsaan
Menandatangani buku kehadiran pelajar
Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan dengan unit lain
Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program

TUGAS GUR KELAB/PERSTAUAN/PERMAINAN/BADAN


BERUNIFORM

Menyertai mesyuarat dan membentuk AJK


Merancang aktiviti tahunan
Mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar
Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim
sekolah
Menganjurkan perlawanan antara rumah/pasukan
Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah
Mengurus surat menyurat dengan ibu bapa dan pihak lain
Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan sukan
Menilai prestasi pasukan sekolah dan cara
meningkatkannya
Menghadiri kursus, seminar, majlis sukan, perkhemahan
dan sebagainya

AKTA/SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN


PERATURAN AM PERLAKSANAAN
GERAK KERJA KOKURIKULUM
Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21 Mei 1998,Jilid 42. No 11
Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA
PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan:
PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN(PERSATUANSEKOLAH )
1998.
Pada masa menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen
130 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pelajaran membuat
Peraturan-peraturan yang berikut :

1. Peraturan-peraturan ini dinamakan peraturanperaturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998


dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 21 Mei
1998
2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi
sekolah Kerajaan dan Sekolah bantuan kerajaan
3. Dalam pertauran-peraturan ini

Guru besar atau pengetua ertinya Pegawai dalam


Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh ketua
pengarah pendidikan untuk menguruskan sekolah
Jawatakuasa ertinya sekumpulan orang yang dilantik
atau dipilh untuk menjalankan tugas Persatuan/Kelab
sekolah
Penasihat ertinya guru yang dilantik Guru Besar atau
Pengetua untuk memberi nasihat kepada
Persatuan/Kelab sekolah
Persatuan ertinya apa-apa Kelab atau Persatuan muridmurid dan guru

Samb.

4. Guru besar dan Pengetua setelah menerima

permohonan secara bertulis hendaklah


menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori
yang berikut:
Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana
yang dinyatakan dalam peraturan pendidikan
(kurikulum kebangsaan 1997)
Hobi dan rekreasi
Sukan dan permainan
Badan beruniform
Apa-apa persatuan yang diluluskan oleh pendaftar

Samb
5(a) Jawatan kuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau
pengetua laporan lengkap mengenai perkara-perkara
berikut.
Perlembagaan Persatuan
Senarai ahli Jawatankuasa
Senarai aktiviti utama/Kelab/Persatuan
(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam masa 14 hari
berkuatkuasannya peraturan-peraturan ini atau dalam
hal
persatua/kelab yang ditubuhkan selepas peraturanperaturan ini
berkuatkuasa dalam tempoh 14 hari selepas mensyuarat
pertama Persatuan/Kelab tersebut.
(c) Perlembagaan dan perubahan dalam perlembagaan,

peraturan, jawatakuasa atau ahli persatuan hendaklah


diluluskan oleh guru besar atau pengetua.

Samb
6. (a) Jawatakuasa tiap-tiap persatuan /Kelab sekolah
hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada
guru besar atau pengetua laporan yang lengkap
mengenai apa-apa perubahan dalam Perlembagaan,
Peraturan, Jawatankuasa atau ahli Persatuan
(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam tempoh
empat belas hari dari tarikh laporan tentang
perubahan itu dibuat, dan hendaklah disahkan
dengan tandatangan Pengerusi dan Setiausaha
persatuan/ Kelab berkenaan
(c) Guru Besar atau Pengetua boleh menerima atau
enggan menerima perubahan yang dinyatakan
dalam subperaturan (1)

Samb.
7. Guru besar dan pengetua hendaklah menyimpan
atau menyebabkan disimpan suatu rekod tentang
ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga
puluh hari selepas berkuatkuasannya peraturanperaturan ini dan hendaklah sedia ada bagi
pemeriksaan oleh pendaftar
8. Guru besar atau pengetua hendaklah melantik
seorang atau beberapa orang guru untuk
bertindak sebagai penasihat atau penasihatpenasihat bagi setiap persatuan/kelab dan
disimpan satu rekod tentang maklumat itu dan
hendaklah sedia ada menyimpan untuk
pemeriksaan oleh pendaftar

Samb.
9.(a) Akaun bagi tiap-tiap persatuan/kelab sekolah
hendaklah di bawah kawalan Guru Besar atau Pengetua
dan Guru Penasihat
(b) Guru Besar atau Pengetua hendkalah menyimpan
atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun
dibawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam
bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan
hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pendaftar.
10. Pendaftar , Guru Besar dan Pengetua boleh
mengarahkan mana-mana Persatuan/Kelab sekolah
mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti
keahlian atau selainnya berkenaan dengan Persatuan
/Kelab itu.

Samb.
11.(a) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh secara bertulis
mengarah mana-mana Persatuan /Kelab sekolah dibubarkan
jika dia tidak berpuashati bahawa Persatuan /Kelab itu mungkin
digunakan bagi maksud:
- yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru
- propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia
atau awam
- yang memudaratkan kepentingan murid
- yang melanggar mana-mana peraturan atau peruntukan
peraturan- peraturan ini
(b) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau
peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu
salinan mengenainya dipapan kenyataan sekolah atau manamana tempat yang boleh dilihat di premis ekolah

12. Peraturan-peraturan di Bawah


Seksyen 92
Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan
Dibuat
8 April 1998 (KP (PUU) S
10075/07/1/Jld. IV
(25): PN. (PU2) 569.

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI


PERLAKSANAAN DASAR PELAJARAN 7 HB
NOVEMBER 1979 TELAH MEMPERAKUKAN
PERKARA 50
Semua murid hendaklah mengambil bahagian secara
aktif dalam kegiatan kokuirkulum. Guru-guru
hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang
menarik dalam pengendalian kegiatan-kegiatan
kokurikulum apabila mereka menjalani kursus
perguruan. Guru-guru yang banyak berjasa
hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
PERKARA 51
Untuk meningkatkan lagi mutu pasukan beruniform di
sekolah maka adalah diperakukan guru-guru yang
memimpin pasukan tersebut hendaklah terdiri dari
mereka yang menerima latihan kepimpinan dan
pengendalian dalam pergerakan-pergerakan
tersebut.

PERKARA 52
Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan
Kadet Polis adalah sangat berfaedaha untuk menyemai
semangat disiplin dan berdikari yang tinggi maka
diperakukan supaya pasukan-pasukan tersebut hendaklah
diperluaskan seberapa banyak yang boleh.
PERKARA 53
Untuk menjamin persatuan-persatuan dan kelab-kelab di
sekolah dapat memainkan peranan dalam pembentukkan
perpaduan dikalangan murid-murid adalah diperakukan :
(a)Sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/kelab atau
kelab-kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada
murid-murid. Pemilihan persatuan/kelab hendaklah
berasaskan kemudahan-kemudahan yang ada dengan
suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan
(b)Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya
hendaklah ditubuhkan dengan tujuan menyemai memupuk
dan menanam minat murid dan meningkatkan kemajuan
mereka dalam penggunaan sesuatu bahasa.
(c) Murid-murid dari pelabagai kaum hendaklah digalakkan
menyertainya selain persatuan berasaskan bahas a Ibunda
mereka

PERATURAN 54
Untuk memastikan kegiatan sukan dan
olahraga dapat mencapai matlamat yang
ditentukan adalah perakuan :
(a)Sekolah hendaklah mengadakan
senaman beramai-ramai yang melibatkan
penyertaan semua murid. Pertandingan
senaman beramai-ramai diantara pasukan
disesebuah sekolah dan antara sekolah
hendaklah dijalankan.
(b)Permainan-permainan disekolah
seberapa yang boleh hendaklah
melibatkan penyertaan murid yang ramai
seperti dalam perlumbaan merentas desa.

PERKARA 55
Adalah diperakukan bahawa semua
sekolah memperkemaskan lagi
program-program kokurikulum dan
dalam perlaksanaan program-program
ini keutamaan hendaklah diberikan
kepada kegiatan-kegiatan yang boleh
memupuk disiplin dikalangan muridmurid. Di samping itu guru-guru yang
mengendaklikan kegiatan kokurikulum
hendaklah diberi pengiktirafan yang
sewajarnya supaya mereka lebih bergiat
lagi terutama dari segi penyeliaan .

GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN


MELANCONG DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG)
SEKOLAH 1957 (THE SCHOOL TOURS REGULATIONS
1957)
TAKRIF PELANCONGAN ADALAH SEBAGAIMANA YANG
DITERANGKAN
DALAM PERATURAN 2 (1) DAN 2(2) THE SCHOOLS (TOURS)
REGULATIONS 1957.
Cara memohon
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan
borang JPN . Borang-borang ini hendaklah disediakan
sendiri oleh pihak sekolah
b) Bagi dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat
dalam 4 salinan

Samb..

c) Bagi lawatan keluar keluar negeri tiap-tiap


permohonan hendaklah dalam 6 salinan. Tambahan
satu salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.
Contoh ke Bandaraya Melaka, Port Dickson di Negeri
Sembilan, 3 negeri Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan (6+3=9 salinan)
d) Tentukan semua maklumat yang dikehendaki didisi
dengan lengkap
e)Borang permohonan yang telah lengkap diisi
diserahkan kepada Guru Besar/ Pengetua 6 minggu
sebelum tarikh lawatan
f) Guru besar dan Pengetau hendaklah menyampaikan
borang tersebut kepada pendaftar sekolah-sekolah
negeri, jabatan pendidikan negeri 5 minggu sebelum
tarikh lawatan

Samb..

g) Sertakan sampul surat beralamat


sendiri
h) Surat kebenaran bertulis ibu bapa
/penjaga tidak perlu dihantar kepada
pendaftar sekolah-sekolah negeri.

PANDUAN MENGISI BORANG

a) Permohonan ditandatangani sendiri oleh Guru


Besar/Pengetua
b) Bahagian butiran wang hendaklah
mengandungi :
- jumlah wang yang dipungut
- punca wang (murid/guru/PIBG/subsidi/Tajaan
- catatkan semua pendapatan dan kemana
wang tersebut dibelanjakan
c) Catatkan semua tempat yang dilawati secara
terperinci

Samb
d) Senarai peserta hendaklah mengandungi
maklumat
- nama penuh
- jantina
- bangsa
- darjah/tingkatan
- alamat
e)Hal-hal lain
-persetujuan bertulis ibu bapa /penjaga murid
- perakuan kebenaran bertulis mengikut format
yang dilampirkan
- kebenaran bertulis Guru Besar/Pengetua

Rujukan
Dr.Tam Yeow Kwai (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kumpulan
Budiman Sdn Bhd KL.
Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja Kokuirkulum (sukan). Fakar
Bakti Sdn Bhd.
Helen Ten Hong Beng (1992). Pengelolaan dan Pengurusan
Pertandingan Sukan. Fajar Bakti Sdn Bhd
Wee Eng Hoe (2003). Panduan Pengajaran Olahraga.
KarismaPublication Sdn Bhd.
Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Pearson
Education Malaysia Sdn Bhd.
Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas
Permainan. Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

SOALAN TUGASAN ESEI:


Sebagai seorang Setiausaha rancangkan satu
program kegiatan kokurikulum bagi
a)Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah anda
Atau
b) Lawatan ke Pusat Sains Negara
Atau
c) Perkhemahan Agung Unit Beruniform
Sekolah Anda

SOALAN OBJEKTIF

1. Kementerian Pendidikan Malaysia


mengasaskan program Kokurikulum di
sekolah atas beberapa pertimbangan. Yang
manakah bukan pertimbangan tersebut?
A. Perkembangan menyeluruh semua murid
dan pelajar.
B. Potensi murid /pelajar boleh dimajukan
C. Sekolah adalah tempat belajar dan
mendidik
D Masyarakat tidak perlu libatkan diri dalam
hal-hal kokurikulum .

2. Gerak kerja kokurikulum meliputi


program-program intramural,
ekstramural dan antara sekolah.
Yang manakah yang dimaksudkan
dengan intramural?
A. Pertandingan antara kelas
B. Pertandingan antara sekolah
C Pertandingan antara zon
D Pertandingan antara daerah

3. Program gerak kerja kokurikulum


extramurals mempunyai banyak objektif .
Antaranya ialah:
A. Membekalkan aktiviti kepada semua
pelajar
B. Memenuhi kehendak persaingan individu
C.Memberi peluang pelajar berbakat
bersaing
sesama tahap kebolehan dengan sekolah
lain.
D. Memotivasikan pelajar menceburi diri
dalam kegiatan selepas sekolah

4.pemilihan aktiviti gerak kerja kokurikulum di sesebuah sekolah


bergantung kepada:
A. penglibatan masyarakat luar
B. saiz dan gred sesebuah sekolah
C. bilangan pelajar lelaki dan
perempuan
D. kemampuan kewangan dan
kemudahan

5. Pentadbiran gerakerja ko-kurikulum


di sesebuah sekolah ditadbirkan oleh
pihak sekolah dari masyarakat luar
melalui :
A.Jawatankuasa Persatuan Ibubapa
(PIBG)
B.Jawatankuasa Bimbingan pelajar
sekolah
C.Jawatankuasa Belia Daerah
D.Jawatankuasa Unit Kurikulum dan
Kokurikulum sekolah

Anda mungkin juga menyukai