1.1 Kaedah Penyiasatan Saintifik
1.1 Kaedah Penyiasatan Saintifik
SAINTIFIK
1.1: Kaedah Penyiasatan Saintifik
Membuat Hipotesis
Merancang Penyiasatan
Menjalankan Penyiasatan
Membuat Kesimpulan
Menulis Laporan
TIPS SPM
Kaedah penyiasatan saintifik memerlukan pemerhatian
yang tepat, analisis data yang jujur serta keputusan dan
kesimpulan yang dibuat dengan rasional tanpa berat
sebelah.
Banyak pengetahuan yang telah diperoleh dengan
menggunakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.
Satu pernyataan yang tidak boleh diuji melalui eksperimen
tidak boleh digunakan sebagai hipotesis.
Pengendalian peralatan sains dan bahan kimia dengan
teknik yang betul dalam suatu eksperimen adalah penting
kerana akan memberikan hasil yang lebih tepat dan
mengurangkan risiko kemalangan.
Kaedah penyiasatan saintifik telah terbukti sangat
berguna, dipercayai dan boleh menambahkan pengetahuan
kita tentang alam semesta.