Anda di halaman 1dari 25

KAEDAH MEMBAIKI

KEROSAKAN PADA PETI


SEJUK
KAEDAH MEMBAIKI KEROSAKAN
PADA PETI SEJUK
Bermula daripada sistem elektrik peti sejuk.
 Banyak kes kerosakan pada peti sejuk berlaku pada sistem elektriknya.
 Pertama, jika peti sejuk tidak beroperasi ketika suis dionkan, periksa sistem
elektrik yang bermula pada bahagian soketnya/plug 3 pin.

Elektrik tidak akan mengalir jika berlakunya keadaan seperti ini : -


i) Tiada bekalan elektrik daripada pusat (TNB).
ii) Fius utama terputus/trip.
iii) Wayar dalam plug tercabut atau terlepas/longgar.
KEROSAKAN PADA PETI SEJUK

 Jika tidak berlaku kerosakan pada sistem elektrik, tetapi peti sejuk tetap
bermasalah, lakukan pemeriksaan pada komponen-komponen peti sejuk yang
lainnya seperti : -

a. Penyejat g.Pelindung Beban Lampau;


b. Pemeluwap h. Geganti;
c. Pemampat i. Kapasitor;
d. Penyaring j. Kipas;
e. Pelaras suhu k. Pemanas;
f. Pengawal masa
A. PENYEJAT (EVAPORATOR).
 Penyejat boleh mengalami kebocoran seperti disebabkan oleh geseran atau
tertusuk benda tajam seperti pisau, garpu, pemutar skru atau benda lain
ketika mencungkil bongkah ais batu
 penyejat jenis kelompang.

 Antara tanda jika penyejat ini bocor ialah ia akan kelihatan berlubang.

Tetapi jika terlalu kecil tempat bocornya, kita boleh raba dan tempat yang bocor akan terasa
licin dan berminyak. Ini kerana minyak pemampat akan terbawa oleh bahan pendingin.

Membaiki kebocoran penyejat boleh dilakukan dengan cara berikut :-


1. Menampal dengan pelekat logam pada bahagian bocor. Kelemahan cara ini tampalan tidak
bertahan lama. Selain itu ia boleh mengakibatkan saluran penyejat tidak steril kerana
kemungkinan air akan ikut meresap ke dalam saluran sistem penyejukan.
2. Menampal bahagian yang bocor dengan memateri menggunakan rod “heat-seal stik”.
3. Menggantikan jalur aliran bahan pendingin dengan memasang paip tembaga yang dililit
mengelilingi permukaan penyejat.
4. Menggantikan dengan penyejat yang baru.
PEMAMPAT

 C. PEMAMPAT (COMPRESSOR).
- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk.
Untuk mengetahui keupayaan pemampat bekerja sekaligus mengetahui
keupayaan unit sama ada dalam keadaan baik ataupun kurang, kita boleh
menyukat kadaran arus elektrik yang mengalir pada salah satu wayar di
pemampat.
3. Kemudian tutup paip pemampat pada paip yang paling kecil (luahan) dengan
jari. Rasakan tekanan pada jari.
4. Jika pemampat baik, ketika jari yang menutup paip tadi dilepaskan, akan
berbunyi letusan akibat tekanan yang kuat.
5. Jika hembusan lemah keluar dari paip luahan tadi, ini bermakna injap pada
pemampat sudah rosak atau pun kurang keupayaan untuk bekerja.

- Jika ini berlaku, kita boleh menukar injap dengan membelah pemampat
kemudian mematerinya semula. Harus diingat, ianya amat berisiko (takut berlaku
bocor, body contact atau kerosakan semakin serius). Selain itu, penggantian injap
tidak menjamin pemampat akan bertahan dengan lebih lama.
 Jadi, sebaiknya tukarlah pemampat yang lama dengan pemampat yang baru.
Selain daripada membuat ujian mekanikal ke atas pemampat, ujian
elektrikal juga amat penting iaitu :
a. ujian intangan penebatan ( insulation resistance ) dengan menggunakan
Megger Ohm meter.
b. ujian pembumian (earth leaking test) dengan menggunakan Multimeter.
D. PENYARING (STRAINER).Penyaring bekerja dengan
menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan
pendingin di dalam sistem peti sejuk. Serpihan dan kotoran
paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan
ianya disaring oleh penyaring ini.

Ciri-ciri penyaring yang bermasalah adalah seperti berikut :-

- Ketika peti sejuk hidup (ON), penyaring terasa sejuk semasa disentuh.
Penyaring yang baik akan terasa suam panas semasa disentuh.
- Timbulnya frost (ais) di luar penyaring. Keadaan ini menunjukkan keadaan
yang sangat kritikal bagi penyaring kerana bahan pendingin berkumpul di
kawasan penyaring.
- Penyaring yang rosak tidak dapat dibaiki. Ia hendaklah digantikan dengan
yang baru.
TERMOSTAT

Termostat merupakan alat pengawal suhu peti sejuk sekali gus mengawal kerja
pemampat.
- Termostat yang bermasalah biasanya mempunyai dua gejala seperti berikut :-
i) Pemampat bekerja tanpa henti.
ii) Pemampat tidak berputar.
TERMOSTAT

 i) Pemampat bekerja tanpa henti.Dalam kes ini, kerosakan dipastikan terletak pada termostat.
Lazimnya kerosakan ini berlaku pada bahagian pengawal suhu termostat menyebabkan termostat
kurang bertindak balas pada perubahan suhu penyejat. Akibatnya termostat gagal menghentikan
operasi pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk sudah mencapai ke tahap yang maksima. Ia
akan bermula dengan timbunan frost pada penyejat. Pada ketika ini termostat perlulah ditukar
dengan yang baru.

ii) Pemampat tidak berputar.Dalam kes ini, perhatian diberikan pada sistem elektrik terlebih
dahulu.
Apabila tiada masalah pada sistem elektrik, lakukan pemeriksaan pada termostat dengan cara :-
- Tanggalkan termostat dari unit, kemudian hubungkan terminal-terminal elektrik pada ‘rumah’
termostat tadi secara terus (jumper). Jika pemampat hidup bermakna termostat rosak. - Jika
sebaliknya, periksa bahagian yang lain seperti, ‘relay’, ‘overload protector’ dan ‘timer
PELARAS MASA (TIMER)

Pengawal masa berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan
pemanas. Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan
bermasalah. Ciri - ciri timer yang rosak :-
- Lilitan terbakar (gelendung tembaga) atau tercium bau hangit.
- Tuas gigi roda dan batang timer rosak.
Untuk membaikinya mungkin rumit, jadi sebaiknya timer yang rosak tadi digantikan dengan yang
baru.
 G. PELINDUNG BEBAN LAMPAU (OVERLOAD PROTECTOR).

 Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk
pemampat. Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan
memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.
GEGANTI (RELAY)

Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor


pemampat. Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan
sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara
automatik.
 I. KAPASITOR (CAPASITOR).
 Kapasitor pada pemampat berfungsi untuk mempercepatkan putaran pemampat. Jika ianya
rosak ia akan melambatkan putaran pemampat. Begitu juga dengan kapasitor yang dipasang
pada kipas. Kapasitor yang rosak akan kelihatan mengelembung atau terbakar. Ianya mesti
ditukar dengan yang baru sesuai dengan nilainya yang asal.
 . KIPAS (FAN).
- Kipas berfungsi untuk mengedarkan udara dari penyejat ke bahagian lain dalam peti sejuk.
- Apabila kipas tidak berfungsi, suhu bahagian bawah peti sejuk akan merosot.
 Ciri-ciri kipas yang mungkin rosak :
- Ketika membuka pintu peti sejuk, tiada hembusan udara sejuk yang keluar.
-Suhu ruang di bawah peti sejuk, tidak sejuk ataupun seperti suhu normal.
Kipas yang rosak disebabkan :
- Daun kipas diselaputi frost (ais).
- Gegelung kipas terbakar.
- Tiada bekalan elektrik daripada timer
 K. PEMANAS (HEATER).
- Pemanas @ heater bekerja secara bergantian dengan pemampat yang
dikendali oleh timer.
Ciri-ciri pemanas yang mengalami kerosakan seperti berikut :
- Terdapat penimbunan frost di penyejat;
- Pemanas patah (diperbuat drpd kaca);
- Pemanas putus.
- Pemanas tidak boleh dibaiki. Jika rosak, ianya mestilah diganti dengan yang
baru.

Anda mungkin juga menyukai