Anda di halaman 1dari 18

UNIT 6: DAYA

Daya

6.1 Daya dan 6.2Daya Geseran


Kesannya

B.
A. B. A.
FaktorYang
Maksud Daya Kesan Daya Maksud Daya Geseran Mempengaruhi Geseran

C. D.
Kesan Daya Geseran Menyelesaikan Masalah dalam
Kehidupan Harian Dengan
Menambah Atau Mengurangkan
Geseran

E. F.
Kebaikan Geseran Keburukan Geseran
6.1 DAYA DAN KESANNYA
A. Maksud Daya
Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek dengan menjalankan
aktiviti.
Tidak mempunyai jisim.
Tidak memenuhi ruang.
Tidak boleh dilihat.
Kesan daya boleh dilihat dan dirasai
Contohnya: semasa kita menolak sebiji bola, kita tidak boleh melihat daya yang
dikenakan ke atas bola, tetapi kita boleh melihat bola tersebut bergerak
menjauhi kita.
Daya tolakan: daya yang menggerakkan objek menjauhi kita
 Contohnya: menendang bola, melontar batu, menekan plastisin, menjentik
syiling, menolak troli.
Daya tarikan: daya yang menggerakkan objek mendekati kita
 Contohnya: meregang spring, mengangkat kotak, mencabut paku, membuka
pintu
Berikut adalah beberapa contoh gabungan kedua-dua daya tolakan dan tarikan.
 Memerah tuala yang basah
 Menggergaji kayu
 Mengisi udara tayar basikal
 Membuka dan menutup pili air
 Bermain yo-yo
 mendayung sampan
 Menggosok baju
Tidak dapat
dilihat

Menyebabkan Menyebabkan
objek mendekati Daya Tarikan Daya Tolakan objek menjauhi
kita kita

Kesan boleh
dirasai dan
diperhatikan
B. KESAN DAYA
1. Daya boleh mengubah bentuk objek
 Apabila daya dikenakan pada sesuatu objek, daya akan mengubah bentuk objek.
 Perubahan bentuk objek bergantung kepada sifat objek tersebut.
 Kenyal: sesuatu objek yang kembali kepada bentuk dan saiz asalnya setelah ditekan, diregang, dipintal dan
dipicit.
 Perubahan bentuk objek kenyal adalah sementara.
 Contohnya:
i. Gelang getah yang diregang – kembali kepada bentuk asalnya.
ii. Memampatkan spring – spring kembali kepada bentuk asalnya.
iii. Menekan span – span kembali kepada bentuk asalnya.
 Perubahan bentuk bagi objek tidak kenyal adalah kekal.
 Contohnya:
i. Mengoyak sehelai kertas – kertas kekal dalam cebisan kecil
ii. Menjatuhkan sebiji gelas – gelas pecah kepada serpihan kecil
iii. Merenyukkan tin kosong – tin kekal renyuk
2. Daya Boleh Mengubah Arah Pergerakan Objek
 Daya mengubah arah objek yang bergerak.
 Contohnya:
i. Jika bola tenis yang sedang bergerak dipukul dengan raket, bola tenis akan bergerak dalam arah
yang berlainan.
ii. Raket mengenakan daya pada bola tenis yang menyebabkan bola tenis mengubah arah.

3. Daya Boleh Mengubah Kelajuan Objek


 Daya mengubah kelajuan objek yang bergerak.
 Apabila satu daya dikenakan dalam arah yang sama dengan arah gerakan sesuatu objek, daya ini
menyebabkan objek bergerak dengan lebih laju. Contohnya:
i. Sebuah kapal layar yang sedang bergerak akan bergerak ke hadapan dengan lebih laju apabila angina
yang kuat meniup dari arah belakang kapal layar.
 Daya boleh memperlahankan pergerakan sesuatu objek jika daya yang dikenakan dan pergerakan objek
dalam arah yang bertentangan. Contohnya:
i. Sebuah kapal layar akan bergerak dengan lebih perlahan apabila angina yang kuat meniup dari arah
hadapan kapal layar.
4. Daya Boleh Menggerakkan Objek Yang Pegun
 Objek pegun akan bergerak apabila daya yang lebih besar daripada beratnya
dikenakan ke atasnya.
 Objek bergerak dalam arah yang sama dengan daya yang dikenakan.
 Contohnya:
 Bola yang pegun akan bergerak ke hadapan apabila ditendang ke hadapan.
5. Daya boleh memberhentikan objek yang bergerak
 Objek yang bergerak akan berhenti apabila daya yang sama dikenakan pada
arah yang bertentangan dengan gerakannya.
 Contohnya: bola yang sedang bergolek akan berhenti bergerak apabila
ditahan dengan kaki.
SEMAK CEPAT
1. Nyatakan sama ada perbuatan yang berikut melibatkan daya tolakan atau tarikan :
a) Membuka suis lampu: _______________
b) Menggosok lantai: _______________
c) Menarik busur: _______________
d) Menunggang basikal: _______________
e) Sukan tarik tali: _______________
2. Nyatakan kesan-kesan yang diakibatkan oleh daya?
3. Menolak sesuatu objek pada arah yang _______________ akan menjadikan objek bergerak
lebih cepat.
4. Menolak sesuatu objek pada arah yang _______________ akan menjadikan objek bergerak
dengan lebih perlahan.
6.2 DAYA GESERAN

A. Maksud Daya Geseran


• Sejenis daya yang dihasilkan apabila dua permukaan bergeser antara satu sama lain.
• Daya geseran menentang arah pergerakan objek.

Daya geseran Arah pergerakan


B. Faktor Yang Mempengaruhi Geseran

1. Jenis permukaan yang bersentuhan


Semua permukaan menghasilkan geseran
Permukaan licin seperti kaca dan cermin menghasilkan daya geseran yang lebih
kecil.
Permukaan kasar seperti permaidani menghasilkan daya geseran yang lebih besar.
Contohnya: menggolek sebiji guli di atas permukaan kaca lebih mudah berbanding
dengan permukaan permaidani.
2. Jisim objek
Objek berat menghasilkan daya geseran yang lebih besar berbanding dengan objek
ringan.
Oleh itu, menggerakkan objek ringan dalah lebih senang berbanding dengan objek
berat di atas permukaan yang sama kerana kurang geseran.
C. Kesan Daya Geseran

1. Geseran menghasilkan haba


– Apabila dua permukaan bergeser antara satu sama lain, permukaan akan menjadi
panas.

2. Geseran menyebabkan permukaan menjadi haus


– Tayar dan tapak kasut akan haus apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang.
– Getah pemadam akan menjadi semakin kecil saiznya setelah digunakan akibat geseran.

3. Geseran menentang pergerakan


– Kelajuan sebiji bola yang digolekkan di atas lantai akan berkurangan dan lama-kelamaan
bola akan berhenti.
– Bole berhenti bergerak kerana geseran antara bola dan lantai menentang dan
mengurangkan pergerakannya.
D. Menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan menambah
atau mengurangkan geseran
• Menambah geseran
– Menggunakan alas kaki antigelincir di dalam bilik air untuk menggelakkan daripada
tergelincir.
– Membuat corak pada permukaan tayar untuk menggelakkan kenderaan daripada
terbabas dan tergelincir.
– Membuat corak pada kasut untuk membolehkan kita berlari atau berjalan tanpa
tergelincir.
– Memegang gelas dengan tangan yang kering supaya gelas dapat dicengkam dengan erat
dan tidak mudah terlucut daripada tangan.
• Mengurangkan geseran
– Menyapu gris atau minyak pelincir pada permukaan yang bersentuhan untuk menjadikan
permukaan yang bergeser lebih licin.
– Menggunakan penggolek, alas bebola atau roda untuk memudahkan pergerakan objek.
– Menggunakan kusyen udara supaya hoverkraf bergerak lebih mudah dan cepat.
E. KEBAIKAN GESERAN
1. Daya geseran membolehkan:
– Kita berjalan dan berlari tanpa tergelincir
– Objek dipegang
– Perlatan seperti pisau ditajamkan
– Objek kekal pegun
– Haba dihasilkan
– Objek bergerak dan diberhentikan
F. KEBURUKAN GESERAN
1. Geseran boleh mengganggu dan mendatangkan masalah seperti:
– Tapak kasut kita dan tayar kereta menjadi haus
– Menghasilkan haba pada mesin. Haba yang dihasilkan merosakan sesetengah
bahagian sensitif dalam mesin.
– Geseran menentang atau memperlahankan gerakan. Dalam kenderaan, ini
akan menyebabkan lebih banyak bahan api digunakan kerana lebih banyak
tenaga digunakan untuk mengatasi geseran.
– Geseran menghasilkan bunyi dalam mesin. Ini menyebabkan pencemaran
bunyi.
SEMAK CEPAT
1. Geseran berlaku apabila _________________________.
2. Geseran ialah suatu daya yang ___________________ arah gerakan.
3. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi geseran.
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
4. Nyatakan dua kesan daya geseran.
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai