Anda di halaman 1dari 7

ADAT DAN PANTANG LARANG

FARIHA BINTI ZULKIPLY SAIDATUL NADZRAH BINTI SHUID

Pantang Larang Orang Jakun


Kebanyakkan jns binatang yg hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama-sama dengan hidupan/binatang dalam air. Umpamanya, ikan dengan daging lembu tidak boleh dimakan bersama. Jika tidak, ia akan jatuh sakit seperti demam kuning, keguguran rambut, batuk berdarah, sakit paru-paru, serta kudis dalam kulit yg sllau tjadi di pinggang. Dilarang membuang sisa makanan di merata tempat yg mungkin dimakan oleh semut atau binatang atau dihanyutkan oleh air. Sisa makanan perlu dikumpul untuk ditanam atau dibakar atau si pembuang akan mendapat busung. Air-air yg bertakung di dlm tin dan botol ataupun batang-batang kayu tidak boleh dilangkah atau didekati kerana boleh mendapat busung. Dilarang memakan buah-buahan yg pokoknya tumbuh di bwh kayu teras atau yang berapit serta dahan dan batangnya bertakung air kerana dikhuatiri akan mendapat sakit.

Kanak-kanak dilarang memakan daging seperti rusa, kijang, dan burung helang. Di setengah tempat pula ada yang melarang anak mereka makan telur ayam kerana bimbang mendapat sawan. Telur ayam menyebabkan kanak-kanak sakit dan selalu menangis. Dilarang mentertawakan telatah binatang yang menggelikan hati seperti beruk, manusia yang bertopengkan atau menyerupai diri beruk. Sekiranya mentertawakan kura-kura mahupun cacing ia boleh mendatangkan petir atau rebut yang kuat serta berlaku banjir di tempat-tempat pantang dilanggar. Tempat-tempat binatang buas membunuh manusia tidak boleh ditempuhi atau dilalui. Akibatnya terkena sakit atau mengigau ternampak binatang buas itu.

Pantang Larang Orang Temiar


Lubuk, lata, teluk, gua, bukit dan gunung ada penunggu dan harus dihindari dan tidak diganggu. Tidak boleh menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut kerana akan disampuk bagi mereka yang lemah semangat Pertemuan antara dua orang yang telah berjanji untuk bertemu tidak boleh dimungkiri kerana dipercayai jika salah seorang mungkir janji, jelmaan harimau akan datang mengganggu orang itu.

Bunga pakma tidak boleh dipetik kecuali Tok Halaq. Jika terjatuh dan bergolek ketika membawanya, dipercayai boleh bertukar menjadi harimau.

Buah-buahan dalam hutan hendaklah dipetik dalam sesuatu musim dengan satu upacara bergotong-royong untuk dibuat kenduri. Selepas itu baru boleh ambil, jika langgar pantang, buah-buahan akan arahkan harimau ganggu orang ramai.

Pantang Larang Kaum Mah Meri


Kaum Mah Meri akan memuja laut dalam upacara puja pantai bagi bolehkan mereka dapat hasil laut yang banyak. Dilarang makan tebu di waktu malam, seolah-olah menghisap darah keluarga yang telah mati.

Dilarang menyembelih ayam pada waktu malam, akan disumpah oleh ayam.

Makan pisang di rumah orang mati ibarat makan jari orang mati.

Pantang Larang Orang India


Ibu mengandung dilarang melakukan sebarang kerja sewaktu gerhana bulan ataupun gerhana matahari. Jika ibu mengandung melakukan sesuatu sewaktu gerhana, dipercayai anak yang bakal lahir akan cacat. Suami kepada isteri yang mengandung dilarang menebang sebarang pokok khasnya pokok pisang. Menyembelih atau membunuh binatang juga dilarang.

Kunyit merupakan symbol kebaikan, tuah dan suci.

Pokok pisang digunakan ketika upacara perkahwinan. Pokok pisang selalunya tumbuh sebagai rumpun. Ia juga cepat mengeluarkan anak. Sekali ditanam, pokok pisang akan menjadi serumpun dalam satu dua tahun dan rumpun ini akan berterusan seterusnya. Begitulah hendaknya keluarga.

Daun hijau pokok kelapa digunakan ketika upacara mencapai baligh (puuppeitutai) kerana dipercayai dapat mengelakkan bakteria dan kuman yang terhasil daripada haid awal anak perempuan.

Anda mungkin juga menyukai