Anda di halaman 1dari 3
Pantang larang orang Asli sebelum mengambil tumbuhan atau herba # Elakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan #Mestilah dikalangan orang yang arif mengenai fungsi serta yakin dengan khasiat herba yang diambil. (Sering dilakukan mereka dari keturunan bomoh atau bidan) # Tidak boleh bercakap sembarangan semasa mencabut pokok herba seperti mengeji, mengata dan bercakap kasar. # Kenal pasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan pokok lain, ia tidak boleh dicabut. Dilarang juga mengambil herba yang tumbuh berdekatan atau di atas busut. # Elakkan mencabut herba pada waktu senja. Sebaik-baiknya jam 9 pagi hingga 5 petang. (Selain sebab keselamatan, mereka percaya senja adalah waktu syaitan berkeliaran), # Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi ‘tawar’. Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek, bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur. # Untuk mendapatkan khasiat dan kemujaraban herba, ia hendaklah diminum atau dimakan mentah atau segar (kerana getahnya berkhasiat). Herba yang baru diambil tidak boleh dibiarkan berjemur panas matahari. la hendaklah dimasukkan ke dalam bekas dan terus dibawa masuk ke rumah atau balai berubat. # Herba juga tidak boleh dimakan bersama makanan pedas seperti ada (cili padi). Sesiapa yang makan herba juga tidak boleh menghempas pakaian ke batu ketika mencuci pakaian. # Semasa memasang herba, hiasan di bale atau tamu’ (gugusan bunga) di pentas sewang, herba tidak boleh ‘sama sekali jatuh dan jika ia berlaku, sewang perubatan tidak boleh diteruskan. Sekiranya mahu juga diadakan, ia perlu dilakukan pada hari lain dengan menggunakan herba baru. Pantang Larang Orang Asli (Perkahwinan) Mandi limau - kedua-dua pengantin di arak dan dimandikan limau (berjampi) untuk mengelakkan malapetaka Dalam tempoh 3 hari tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kampung kerana takut diganggu segala hantu dan syaitan. Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu. Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati

Anda mungkin juga menyukai