Anda di halaman 1dari 18

KETUMBUHAN PROSTAT

DEFINISI
• Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian
kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri
daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi oleh satu lapisan
tisu luar .
• Ia terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing
yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu
saluran di mana urin dialirkan keluar daripada badan.
• Adalah menjadi kebiasaan untuk kelenjar prostat
membengkak bila seseorang lelaki meningkat umur.
Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang
bukan kanser.
PERINGKAT
• Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat.
• Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.
• Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat
dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari
komponen cecair air mani)
• Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ
seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik
atau bahagian lain terutamanya tulang
TANDA DAN GEJALA
• Simptom-simptom pembengkakan prostat berpunca daripada
penyumbatan saluran kencing dan kehilangan fungsi pundi kencing
secara beransur. Ini akhirnya menyebabkan pundi kencing tidak
dapat dikosongkan sepenuhnya.
• Simptom-simptom pembengkakan prostat adalah pelbagai. Saiz
kelenjar prostat tidak semestinya menunjukkan keterukan
penyumbatan atau keterukan simptom-simptomnya, tetapi
kebanyakannya melibatkan perubahan dalam pembuangan air
kencing seperti:
• Aliran yang tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan
• Tidak tertahan hendak kencing dan meleleh atau menitis
• Kencing kerap terutama waktu malam
PENYELIDIKAN
• Pemeriksaan Rektal Digital (Digital Rectal Exam (DRE) 
Biasanya ujian pertama yang dilakukan dengan memasukkan jari yang bersarung getah
ke dalam rektum dan merasa bahagian prostat yang bersebelahan dengan rektum.
Pemeriksaan ini memberi idea berkenaan saiz dan juga keadaan kelenjar tersebut.
• Prostate Specific Antigen (PSA) Blood Test. 
Satu ujian darah yang membantu menolak kemungkinan kanser prostat sebagai
penyebab. PSA adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel prostat, biasanya tinggi di
dalam darah seseorang yang menghidapi kanser prostat
• Rectal Ultrasound 
Probe (sejenis alat yang terdapat pada mesin ultrasound) dimasukkan ke dalam rektum
untuk mengeluarkan gelombang bunyi. Corak gema (echo patterns) gelombang bunyi
yang terhasil membantu mengesan masalah prostat. Kedua-dua ujian PSA dan
ultrasound meningkatkan pengesanan bila digabungkan dengan saringan DRE. Tetapi
ujian-ujian ini secara perbandingan mempunyai kadar false-positive yang tinggi dan ia
mengesan lebih banyak ketumbuhan yang tidak bahaya dari segi perubatan Ujian-ujian
lain termasuk:
• Ujian Aliran Kencing (Urine Flow Study) 
Pesakit kencing dalam satu alat yang mengukur berapa laju pengaliran air
kencing. Aliran yang perlahan biasanya menandakan pembengkakan prostat
• Pyelogram Intravena (Intravenous Pyelogram (IVP)) 
Sejenis X-ray kepada saluran kencing di mana pewarna (dye) disuntik ke dalam
salur darah vena, ia dikeluarkan melalui buah pinggang dan x-ray akan diambil.
Pewarna ini menyebabkan aliran air kencing dapat dilihat dalam x-ray dan dapat
menunjukkan penyumbatan atau sekatan dalam saluran kencing
• Cystoscopy 
Di mana doktor memasukkan satu tiub yang kecil melalui satu pembukaan salur
kencing pada zakar selepas bius setempat. Tiub ini dinamakan “cystoscope”, yang
mempunyai kanta dan sistem pencahayaan yang membantu melihat bahagian
dalam salur kencing dan pundi kencing. Cystoscope membantu mengenalpasti
saiz kelenjar serta lokasi dan keterukan penyumbatan.
PEMBEDAHAN
• Pembedahan (TURP)
Digunakan dalam 90% daripada semua pembedahan prostat dan tidak memerlukan
turisan (incision) dari luar. Selepas dibius, pakar bedah memasukkan tiub melalui salur
kencing di zakar untuk sampai ke kelenjar prostat. Pakar bedah menggunakan gelung
wayar untuk membuang tisu yang menyebabkan penyumbatan secara sedikit demi
sedikit. Prosedur ini kurang mencederakan dan tempoh pemulihan adalah lebih pendek.
• Pembedahan terbuka
Dalam segelintir pesakit di mana prosedur melalui salur kencing tidak dapat dilakukan,
pembedahan terbuka yang memerlukan turisan dari luar boleh digunakan. Pembedahan
terbuka biasa digunakan bila kelenjar terlalu besar, terdapat komplikasi lain atau bila
pundi kencing perlu diperbaiki.
• Pembedahan Laser
Satu prosedur pembedahan menggunakan fiber laser untuk menyejatkan dan
mengecutkan tisu prostat yang menyebabkan penyumbatan. Satu kelebihan
pembedahan laser berbanding dengan TURP adalah ia menyebabkan kurang kehilangan
darah.
BUKAN INVASIVE
• Transurethral Microwave thermotherapy hermotherapy 
Satu alat yang menggunakan mikrowave yang dikawal oleh
komputer dimasukkan melalui tiub untuk memanaskan
dan memusnahkan bahagian tertentu tisu prostat. Satu
sistem penyejukan melindungi saluran kencing semasa
prosedur ini.
• Transurethral Needle Ablation 
Menghasilkan tenaga pemancaran yang rendah melalui
jarum berkembar untuk membakar bahagian prostat yang
membengkak. Penghalang (shields) melindungi saluran
kencing daripada kepanasan.
KOMPLIKASI
• Masalah Kencing 
Aliran kencing menjadi lebih laju sebaik selepas pembedahan, tetapi ia
mungkin mengambil masa seketika sebelum kembali kepada aliran biasa.
• Ketidakupayaan mengawal kencing (Inkontinen)
Bila pundi kencing kembali normal, mungkin terdapat masalah sementara
untuk mengawal kencing walaupun inkontinen jangka panjang jarang berlaku.
• Pendarahan 
Dalam beberapa minggu yang awal selepas pembedahan melalui saluran
kencing, kuping (scab) yang terdapat di dalam pundi kencing menjadi longgar
dan pendarahan dalam air kencing mungkin timbul semula.
• Fungsi Seks Selepas Pembedahan 
Ia mengambil masa untuk fungsi seks kembali sepenuhnya. Tetapi
kebanyakan lelaki akan dapat menikmati perhubungan seks semula dalam
masa setahun. Aspek-aspek perubahan fungsi seks adalah seperti berikut:
• Ereksi 
Pembedahan jarang menyebabkan mati pucuk. Walau bagaimanapun pembedahan biasanya tidak
boleh mengembalikan masalah mati pucuk yang telah berlaku sebelumnya
• Ejakulasi 
Walaupun kebanyakan lelaki boleh terus mengalami ereksi selepas pembedahan, pembuangan
kelenjar prostat biasanya akan menyebabkan mereka mandul, akibat keadaan yang dipanggil ejakulasi
ke belakang (retrograde ejaculation). Semasa aktiviti seksual, sperma daripada testis masuk ke salur
kencing melalui satu pembukaan yang dekat dengan pundi kencing. Biasanya satu otot menghalang
kemasukan air mani ke pundi kencing dan ia dikeluarkan melalui zakar. Selepas pembedahan, air mani
mengambil jalan yang kurang rintangan dan masuk ke pembukaan yang lebih besar ke dalam pundi
kencing daripada dikeluarkan melalui zakar. Kemudian ia dikeluarkan bersama air kencing
• Orgasma 
Kebanyakan lelaki mendapati sedikit atau tiada perbezaan dalam sensasi orgasma sebelum dan
selepas pembedahan. Ia mengambil masa untuk membiasakan diri dengan keadaan ejakulasi ke
belakang, pesakit sepatutnya akan dapat menikmati seks seperti sediakala. Memahami prosedur
pembedahan dan perbincangan tentang sebarang kebimbangan dengan doktor sebelum
pembedahan biasanya membantu lelaki kembali semula kepada fungsi seks lebih awal. Kebanyakan
lelaki juga mendapati berguna untuk berbincang dengan kaunselor selepas pembedahan.
KANSER PROSTAT
• Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula
dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling
kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat
membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak
menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat
awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat
setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser
tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser
dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun
sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke
sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
FAKTOR
• Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di
ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut
boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:
• Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas
umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki
berusia lebih 65 tahun.
• Sejarah Keluarga
Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai
ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
• Hormon
Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan
pembentukan kanser prostat.
TANDA DAN GEJALA
• Aliran air kencing yang tidak lancar.
• Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada
waktu malam.
• Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
• Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
• Darah dalam air kencing atau air mani.
PENYELIDIKAN
• Prostate-Specific Antigen (PSA) test
Adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila
aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang
prostat).
• Digital Rectal Examination (DRE)
Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa
permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal
kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
• Transrectal Ultrasound (TRUS) 
Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.
• Biopsy
Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul kanser didiagnosakan adalah dengan biopsi.
Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
• Computed Tomography (CT atau CAT) scan
CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.
• Magnetic Resonance Imaging (MRI)
MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.
RAWATAN
• Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan
individu.
• Pembedahan
Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.
– Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan
nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.
– Transurethral Resection of Prostate (TURP) – kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air
kencing.
• Radiation therapy
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya
digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua
peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah
mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau “fraction”
mungkin diperlukan.
Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:
– Cirit birit atau gangguan fungsi usus
– Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
– Letih lesu
– Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
– Mati pucuk
• Terapi Hormon
Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens,
pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser.
Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan “androgen” atau terapi pelucutan
“androgen”. Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan
pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan
fungsi testis.
• Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara
makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser
prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan
secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam
jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan
pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%. Pesakit kanser prostat perlu dirawat
oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini
pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif.
BPH
BPH

Anda mungkin juga menyukai