Anda di halaman 1dari 26

DAYA DAN GERAKAN

TEKANAN
Tekanan
1. Tekanan ialah daya yang bertindak ke atas satu unit luas
permukaan.
2. Takrif:
• Daya per unit luas permukaan

Tekanan = Daya (N)


Luas permukaan (m²)

Unit bagi tekanan ialah Pascal (Pa)


1 Pa = 1 newton per meter persegi (N/m²)
Teori Kinetik Gas
• Teori Kinetik Gas menerangkan
kewujudan tekanan udara.
• Teori Kinetik Gas
a) Gas terdiri daripada zarah-zarah seni.
b) Zarah-zarah gas mempunyai tenaga
kinetik kerana zarah-zarah ini sentiasa
bergerak.
c) Udara mengandungi zarah-zarah yang
bergerak secara rawak.
Teori Kinetik Gas
d) Zarah-zarah sentiasa berlanggar antara
satu sama lain dan berlanggar dengan
permukaan objek.
e) Daya yang dikenakan ke atas permukaan
objek akibat perlanggaran zarah-zarah
akan menghasilkan tekanan udara.
f) Tekanan udara bertindak ke atas semua
benda di permukaan bumi tetapi tidak
dapat dilihat atau dirasai.
Terdiri
daripada
zarah-zarah
seni

Zarah-zarah TEORI Zarah-zarah


mempunyai bergerak
tenaga KINETIK secara
kinetik rawak
GAS

Zarah-zarah
berlanggar
antara satu
sama lain
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Tekanan Udara
1. Isipadu bekas
2. Suhu udara
a) Bilangan zarah-zarah gas ditambahkan
(menambahkan gas)
Penerangan: bilangan perlanggaran ke atas
dinding bekas bertambah.
b) Isipadu bekas dikecilkan (gas dimampatkan)
Penerangan: perlanggaran zarah-zarah gas
dengan dinding bekas menjadi lebih kerap.
c) Gas itu dipanaskan
Penerangan: tenaga zarah-zarah bertambah
dan berlanggar dengan dinding bekas
dengan lebih kerap dan kuat.
Tekanan Atmosfera
• Atmosfera ialah lapisan udara
yang tebal di sekeliling Bumi.
• Zarah-zarah udara di atmosfera atmosfera
berlanggar antara satu sama
lain dan dengan semua benda
di permukaan Bumi.
• Hentaman ini menghasilkan
tekanan udara atau tekanan
atmosfera.
Tekanan Atmosfera
• Tekanan atmosfera diukur dengan
menggunakan Tolok Bourdon.
• Unit: kilo pascal (kPa).
Kewujudan Tekanan Udara
1) Isikan sebiji gelas dengan air dan tutup
mulut gelas itu dengan sekeping kadbod.
2) Terbalikkan gelas dan kadbod itu dengan
memegang kedua-duanya dengan tangan.
3) Apabila tangan dilepaskan, kadbod itu
melekat pada gelas dan air tidak tertumpah
dari gelas walaupun ia tidak disokong oleh
apa-apa benda.
Kewujudan Tekanan Udara
Penerangan:
Udara menghasilkan tekanan yang menekan ke
atas kadbod untuk menyokong air di dalam gelas.

Kesimpulan:
Udara menghasilkan tekanan.
Kewujudan Tekanan Udara
1) Tin diisi separuh penuh dengan air sejuk.
2) Air di dalam tin itu dipanaskan sehingga
mendidih.
3) Mulut tin itu ditutup dengan ketat. Air sejuk
dituang ke atasnya secara perlahan-lahan.

Pemerhatian:
• Tin itu akan kemek ke dalam.
Kewujudan Tekanan Udara
Penerangan:
• Air yang dituangkan ke atas tin menyejukkan
lalu mengkondensasikan stim di dalamnya
(wap air→ air).
• Semasa disejukkan dengan tiba-tiba, jarak di
antara zarah-zarah stim dikurangkan dan stim
bertukar menjadi air.
Kewujudan Tekanan Udara
Penerangan:
• Ruang di bahagian atas air di dalam tin
menjadi kawasan bertekanan sangat rendah.
• Tekanan udara di luar tin yang lebih tinggi lalu
mengemikkannya.

Kesimpulan: Air sejuk


Udara menghasilkan
tekanan.
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
a) Straw minuman
• Apabila air disedut,
udara di dalam straw Sedut (tekanan rendah)
disedut keluar. Tekanan
• Tekanan udara di dalam tinggi

straw menjadi rendah.


• Tekanan udara pada
permukaan air yang lebih
tinggi menolak air masuk
ke dalam straw
minuman.
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
b) Pencangkuk getah
• Apabila pencangkuk getah ditekan, udara di dalam
dipaksa keluar, ini meninggalkan kawasan
bertekanan rendah.
• Tekanan udara di luar yang lebih tinggi menekan ke
atas pencangkuk getah dan melekapkannya
dengan kuat pada dinding.
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
c) Picagari
i. Apabila omboh ditarik ke atas,
• Dalam picagari: tekanan rendah.
• Di luar picagari: tekanan tinggi.
• Kesan: tekanan atmosfera yang lebih tinggi menekan
pada permukaan air dan memaksa air masuk ke
dalam picagari.
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
c) Picagari
ii. Apabila omboh ditolak ke
bawah,
• Dalam picagari: tekanan tinggi.
• Di luar picagari: tekanan rendah.
• Kesan: tekanan udara yang lebih
tinggi dalam picagari memaksa
air keluar dari picagari.
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
d) Pam semburan
• Apabila omboh ditolak, udara ditolak keluar
melalui muncung dengan cepat.
• Udara yang bergerak dengan cepat
menghasilkan tekanan yang rendah di muncung.
• Tekanan udara yang
lebih tinggi dalam tin
menolak cecair keluar
melalui tiub yang lebih
kecil.
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
e) Pelocok
• Apabila pelocok ditekan ke bawah, udara di
dalam mangkuk getah dipaksa keluar.
• Apabila pelocok ditarik ke atas, isipadu di bawah
mangkuk getah bertambah dan tekanan udara
berkurangan.
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
f) Sifon - untuk memudahkan cecair dari
satu aras yang tinggi ke aras yang rendah
• Apabila cecair mengalir keluar, bahagian hujung hos di
mana air mengalir keluar mengalami tekanan udara
yang lebih rendah.
• Tekanan udara yang lebih rendah ini disebabkan oleh
aliran air.

Tekanan
udara
rendah
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
f) Sifon - untuk memudahkan cecair dari satu
aras yang tinggi ke aras yang rendah
• Penting: Sifon perlu diisi penuh dengan cecair
terlebih dahulu sebelum dapat beroperasi.
Tekanan Atmosfera
• Ciri-ciri tekanan udara ialah:
a) Bertindak ke semua arah .
b) Berubah-ubah mengikut tempat
• Semakin tinggi suatu tempat, semakin rendah
tekanan udara

Anda mungkin juga menyukai