Anda di halaman 1dari 34

3.

3 Tekanan Gas

Tekanan gas ialah daya per unit luas yang dihasilkan

daripada perlanggaran molekul-molekul gas ke atas


dinding bekas
Teori Kinetik Gas
Teori kinetik menyatakan bahawa molekul-molekul dalam
gas bergerak secara. rawak dan sentiasa berlanggar
dengan dinding bekas.
Molekul molekul gas yang berlanggar dengan dinding
bekas mengalami perubahan momentum.
Kadar perubahan momentum yang berlaku menghasilkan
daya impuls yang bertindak ke atas dinding bekas.

Soalan:
Terangkan bagaimana tekanan gas dihasilkan dalam satu
bekas tertutup.
Jawapan:
Molekul-molekul gas di dalam bekas sentiasa bergerak
secara rawak dan berlanggar dengan dinding bekas.
Semas molekul-molekul ini berlanggar dengan dinding
dan melantun balik, perubahan momentum berlaku
pada molekul-molekul gas.
Perubahan momentum ini menghasilkan satu daya yang
bertindak ke atas dinding bekas, seterusnya
menyebabkan tekanan ke atas dinding bekas itu.

Faktor-faktor Mempengaruh Tekanan Gas


Ketumpatan gas

-Ketumpatan gas lebih tinggi, tekanan gas lebih tinggi


-bagi gas yang lebih tumpat, bilangan molekul per unit isi padu
gas lebih besar. Kekerapan perlanggaran molekul molekul gas
dengan dinding bekas bertambah.
Suhu gas
-Suhu gas bertambah, tekanan gas bertambah
-Ini adalah kerana halaju molekul molekul bertambah apabila
suhu gas bertambah. Kadar perlanggaran antara molekul dengan
dinding bekas bertambah.
Isipadu gas
-Isi padu gas berkurang tekanan gas bertambah
-Ini adalah kerana apabila isipadu gas berkurang, bilangan
molekul per unit isipadu gas bertambah. Kadar perlanggaran
antara molekul dengan dinding bekas bertambah.

Tekanan Atmosfera

Tekanan atmosfera adalah disebabkan oleh perlanggaran

molekul molekul udara dalam atmosfera ke atas suatu jasad


tertentu.
Tekanan atmosfera boleh diukur dalam unit atm, mmHg atau Pa.
Tekanan di paras laut diambil sebagai 1 atm, iaitu kira-kira 760
mmHg atau 101,000 Pa.

Ciri-ciri Tekanan Atmosfera


Berkurang dengan altitud (Ketinggian dari aras laut)
Semakin tinggi dari aras laut, tekanan atmosfera semakin

berkurang. Ini disebabkan oleh ketumpatan udara berkurangan


apabila ketinggian bertambah.
Bertindak sama rata ke semau arah
Tekanan atmosfera yang bertindak ke atas suatu titik adalah
pada semua arah dengan magnitud yang sama.
Tidak bergantung kepada luas permukaan
Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan suatu
jasad, tetapi bergantung kepada ketinggian jasad itu dari aras
laut.

Unit-unit yang Digunakan untuk Menukur Tekanan


Atmosfera
Berikut ialah unit-unit yang digunakan untuk mengukur tekanan

atmosfera
Pascal (Pa)
1 Pa = 1 N/m
Tekanan Atmisfera Piawai (atm)
1 atm = Tekanan atmosfera di permukaan laut ( = 101,325 Pa)
mmHg (juga dikenal sebagai torr)
1 mmHg = 1/760 atm.
milibar (Not used in SPM)
unit cmHg digunakan dan bukan mmHg.

Bukti-bukti Kewujudan Tekanan Atmosfera


1.Eksperimen Tin Kemek
2.Air terkandung di dalam satu bekas yang ditutup oleh satu
kadbod tidak tertumpah.
3.Hemisfera Magdeburg

Eksperimen Tin Kemek

1.Dalam Rajah di atas, sedikit air dalam suatu tin logam dididihkan
untuk beberapa minit.
2.Apabila tudung tin ditutup dan air sejuk ditumpah ke atas tin itu, tin
itu menjadi kemek.
3.Ini menunjukkan bahawa tekanan atmosfera yang lebih tinggi telah
bertindak ke atas tin yang tekanan dalamnya lebih rendah.

Air terkandung di dalam satu bekas yang ditutup oleh satu kadbod

tidak tertumpah

1.Rajah di atas menunjukkan suatu gelas yang diisi penuh dengan


air dan ditutup dengan sekeping kadbod ringan.
2.Apabila ditelangkupkan dengan cepat dan tangan dialih dengan
teliti, kadbod tidak terjatuh dan air tidak tertumpah.
3.Ini menunjukkan daya yang dihasilkan oleh tekanan atmosfera
bertindak ke atas kadbod dan menyokong berat air dalam gelas.

Hemisfera Magdeburg

1.Apabila udara di dalam hemisfera dipam keluar supaya ruang dalam


hemisfera menjadi vakum, kedua-dua hemisfera tidak dapat dipisahkan
walaupun oleh daya yang besar.
2.Ini adalah kerana apabila udara dipam keluar, tekanan di dalam
hemisfera menjadi sangat rendah.
3.Di luar hemisfera, tekanan atmosfera mengenakan daya yang besar
ke atas permukaan luar hemisfera, seterusnya memegang kedua-dua
hemisfera dengan kuat.

Aplikasi-aplikasi Tekanan Atmosfera


Picagari

1.Apabila omboh ditarik ke atas, ruang di dalam picagari


mempunyai tekanan yang lebih rendah daripada tekanan
atmosfera di luar.
2.Tekanan atmosfera yang lebih tinggi akan menolak cecair
supaya masuk ke dalam picagari itu.

Pam Angkat

1.Rajah di atas menunjukkan suatu pam angkat yang diguna


untuk mengeluarkan air dari perigi atau mengeluarkan minyak dari
tong minyak besar.
2.Apabila omboh digerak ke atas, injap A tertutup dan ruang di
bawah omboh mempunyai tekanan yang lebih rendah daripada
tekanan atmosfera di luar.

3.Injap B terbuka, maka tekanan atmosfera yang bertindak


pada aras air menolak air masuk ke dalam pam melalui
injap B.
4.Apabila omboh bergerak ke bawah, injap 8 tertutup dan
air mengalir ke atas omboh melalui injap A yang terbuka.
5.Apabila omboh bergerak ke atas sekali lagi, injap A
tertutup dan air akan dibawa ke atas sehingga keluar
melalui muncung.

Sifon
Mekanisma Kerja Sifon

Penlekap Getah

1.Rajah di atas menunjukkan suatu penyedut getah yang diguna untuk


menggantung objek kecil pada permukaan licin.
2.Apabila penyedut getah ditekan pada suatu permukaan rata dan licin seperti
kaca, udara dalam ruang antara penyedut getah dengan permukaan licin itu
dikeluarkan dan menghasilkan suatu ruang separa vakum.
3.Tekanan atmosfera di luar yang lebih tinggi menekan dan mengekalkan
penyedut getah pada permukaan licin itu.

Penyedut Minuman

1.Apabila kita menyedut minuman melalui penyedut minuman

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas, udara di dalam


penyedut minuman. masuk ke peparu kita.
2.Tekanan udara penyedut minuman. menjadi lebih rendsh
daripada tekanan atmosfera di luar.
3.Tekanan atmosfera. di luar bertindak pada permukaan
minuman dan menolak minuman masuk ke dalam mulut kita.

Penyedut Getah

Pembersih Vakum

1.Pembersih vakum menghasilkan ruang separa vakum


dengan menghembus udara di dalamnya keluar.
2.Ini menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah di
dalamya .
3.Tekanan atmosfera di luar yang lebih tinggi menolak udara
masuk ke dalam melalui paip dan membawa bersama kotoran
ke dalamnya.

Barometer Ringkas

1.Barometer merkuri ringkas terdiri daripada suatu tiub kaca


berdinding tebal yang panjangnya lebih kurang 100 cm.
2.Tiub kaca diisi penuh dengan merkuri dan kemudian
ditelangkupkan supaya satu hujungnya dimasukkan ke
dalam suatu bekas yang berisi merkuri.
3.Pada aras laut, aras merkuri dalam tiub kaca akan jatuh
sehingga lebih kurang 76 cm di atas aras merkuri dalam
bekas.
4.Turus merkuri 76 cm ini disokong oleh tekanan atmosfera,
maka 1 tekanan atmosfera = 76 cm merkuri.

Cara Mengguna Barometer Merkuri Ringkas

Characteristics of the Mercury Barometer

1.Tinggi tegak turus merkuri dalam barometer merkuri ringkas


tetap sama dengan 76 cm pada aras laut walaupun tiub
dicondongkan seperti ditunjukkan dalam Rajah di atas.
2.Tinggi tegak turus merkuri dalam barometer merkuri ringkas
juga tidak dipengaruh oleh diameter tiub dan panjang tiub.

Barometer Fortin

1
.Barometer Fortin adalah barometer yang lebih canggih daripada barometer
merkuri ringkas.
2.Ia mempunyai tiub kaca yang dilindungi oleh tabung logam dengan tingkap
kaca pada bahagian atas supaya bacaan dapat dibaca.
3.Aras merkuri boleh dinaikkan dan diturunkan dengan pemutar skru di
bahagian bawah.
4.Ia menpunyai skala vernier yang boleh memberi bacaan yang lebih tepat
berbanding dengan barometer merkuri ringkas

Barometer Anaroid

1.Barometer aneroid mengandungi suatu kotak separa vakum yang disokong oleh suatu

spring yang kuat supaya tidak mudah kemek.


2.Apabila tekanan atmosfera bertambah, kotak itu menjadi kemek sedikit. Apabila tekanan
atmosfera berkurangan, kotak akan mengembang sedikit.
3.Gerakan kotak yang kemek dan mengembang itu diperbesarkan oleh suatu sistem tuas.
Sistem tuas seterusnya menggerakkan suatu penunjuk di atas skala.
4.Barometer ini boleh berfungsi sebagai sebuah altimeter untuk menentukan ketinggian
semasa dari aras laut bagi sebuah kapal terbang yang sedang dalam penerbangannya. Ini
adalah kerana tekanan atmosfera berkurangan apabila tinggi bertambah.

Alat-alat Mengukur Tekanan Gas

1.Tekanan gas di dalam suatu bekas boleh diukur dengan


menggunakan
a.Tolok Bourdon
b.Manometer
2.Dalam SPM, hampir semua soalan pengiraan tentang
pengukuran tekan gas adalah berhubung kait dengan manometer.
Oleh itu, adlah penting bagi anda memahami konsep disebalik
penggunaan manometer.
3.Bagi tolok Bourdon anda hanya perlu tahu mekanisma jalan
kerjanya..

1.Tolok Bourdon yang digunakan untuk mengukur tekanan gas di dalam satu
bekas.
2.Terdapat 2 komponen utama di dalam satu tolok Bourdon, iaitu
a.Tiub kuprom
b.sistem tuas
c.jarum penunjuk
Working Mechanism of a Bourdon Gauge
1.Apabila tiub logam melengkung disambung kepada suatu bekalan gas,
tekanan gas bertindak untuk meluruskan tiub logam melengkung itu.
2.Gerakan tiub logam melengkung itu diperbesarkan oleh suatu sistem tuas
yang boleh memutarkan penunjuk.
3.Tekanan gas boleh dibaca dari skala yang ada pada tolok itu.

Manometer

1.Manometer terdiri daripada suatu tiub bentuk-U yang mengandungi suatu


cecair dengan ketumpatan kgm-3.

2.Seperti ditunjukkan di dalam Rajah 1, apabila kedua dua hujung tiub bentuk
U didedahkan kepada atmosfera, aras cecair pada lengan A dan lengan B
adalah sama kerana dikenakan tekanan atmosfera yang sama.

3.Untuk menyukat tekanan suatu bekalan gas, lengan A disambung kepada


bekalan gas itu (Rajah 2).
4.Tekanan gas yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera menolak aras cecair A
ke bawah, maka aras cecair B naik ke atas.
5.Tekanan gas dalam tangki dapat dihitungkan dengan menggunakan persamaan
berikut
Pgas = Patm + hg
Pgas = Tekanan gas
Patm = tekanan atmosfera
= ketumpatan cecair
g = kekuatan medan graviti Bumi
h = beza tinggi aras cecair
Nota:
1.Beza tekanan gas pada paras yang berlainan dalam udara dapat diabaikan.
2.Bagi jenis cecair yang sama, tekanan adalah sama jika paras cecair adalah
sama.
3.Bagi jenis cecair berlainan yang mempunyai ketumpatan yang berlainan, tekanan
dalam cecair adalah berbeza walaupun pada aras yang sama.
4.Tekanan di permukaan cecair adalah sama dengan tekanan gas bagi gas
terdedah.
5.Tekanan yang dihasilkan oleh cecair = hg

Manometer - - Soalan-soalan Penghitungan


Contoh 1:

Rajah di atas menunjukkan satu manometer yang mengandungi merkuri


disambung kepada satu tangki yang diisi oleh cecair dan gas metana. Cari
tekanan gas dalam unit cmHg and Pa.
[Ketumpatan merkuri = 13.6 x 10 kg/m; tekanan atmosfera = 76 cmHg]
Jawapan:
Tekanan gas dalam cmHg
P = 20 + 76 = 96 cmHg
Tekanan gas dalam Pa
Tekanan atmosfera,
Patm=(0.76)(13.6103)(10)=103,360Pa
Tekanan gas,
P=hg+PatmP=(0.2)(13.6103)(10)+103,360=130,560Pa

Contoh 2:

Rajah di atas menunjukkan paras merkuri bagi satu manometer


apabila ia disambung kepada satu bekalan gas. Berapa banyak
tekanan gas itu lebih tinggi daripada tekanan atmosfera? Beri
jawapan anda dalam unit cm merkuri.
Jawapan:
Pgas = Pmercury + Patm
Pgas - Patm = Pmercury = 5 cmHg

Gas Terperangkap di Dalam Tiub


1.Tekanan bagi gas yang terperangkap di dalam satu kapilari bergantung
kepada kedudukan kapilari.
2.Rajah di bawah menunjukkan bagaimana tekanan gas boleh dihitung apabila
kapilari berada dalam kedudukan yang berlainan

Contoh 1:

Rajah di atas menunjukkan kedudukan berlainan bagi satu tiub kapilari yang
terdapat gas terperangkap di dalamnya. Jiak PA, PB dan PC masing-masing
ialah tekanan gas perangkap dalam kedudukan yang berlainan seperti
ditunjukkan di dalam rajah di atas. Cari nilai PA, PB dan PC dalam unit cmHg.
[Tekanan atmosfera = 76cmHg]
Jawapan:
PA = 76cmHg
PB = 76cmHg + 2cmHg = 78cmHg
PC = 76cmHg - 2cmHg = 74cmHg

Contoh 2 :

Rajah di atas menunjukkan gas terperangkap di dalam satu tiub-J.


Cari tekanan gas itu. [Ketumpatan air = 1000 kg/m; tekanan
atmosfera = 100,000 Pa]
Jawapan:
Pgas=Patm+hgPgas=(100,000)+(0.2)(1000)
(10)Pgas=102,000Pa

Alat-alat Mengukur Tekanan Atmosfera


1.Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan
a.barometer merkuri ringkas
b.barometer Fortin
c.barometer Aneroid
2.Dalam peperiksaan SPM, kebanyakan soalan ditanya adalah
berhubungkait dengan barometer merkuri ringkas.
3.Bagi barometer Fortin and barometer Aneroid , anda hanya
perlu tahu prinsip bagaimana ia berfungsi.

Simple Mercury Barometer

The Aneroid Barometer

The Fortin Barometer

Anda mungkin juga menyukai