Anda di halaman 1dari 20

KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI

Pembentukan Banjaran Pergunungan, jurang lautan,


mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi dan
letupan gunung berapi. Ini adalah kerana kerak bumi
terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat- plat.
Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan.
Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus
perolakan daripada bahagian mantel ini akan
menggerakkan plat-plat tersebut.
Pergerakan plat-plat ini adalah dalam pelbagai arah sama
ada mewujudkan pertembungan plat, pencapahan plat
atau perselisihan plat. Daya mampatan ( pertembungan
plat ) akan menyebabkan kerak bumi terlipat lalu
menghasilkan gunung lipat dan daya tegangan
( pencapahan plat ) akan menghasilkan lurah.

Pergolakan Arus Magma Dalam Mantel


Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan
pertembungan. Kejadian ini mewujudkan sempadan
pertembungan. Manakala pergerakan plat-plat ke arah
yang bertentangan menyebabkan terjadinya sempadan
pencapahan / pemisahan.

Pergolakan Arus Magma dalam Mantel telah mengerakan


kerak bumi diatasnya. Ini secara langsung menyebabkan
pergerakan plat-plat kerak bumi yang lemah mengikut
arus magma dibawahnya.

HANYUTAN BENUA
https://yudi81.wordpress.com/2010/12/04/teori-tektonik- lempeng/
Peta Pergerakan Plat-plat Dunia
Pergerakan arus secara pertembungan antara plat benua
dengan plat benua akan menghasilkan banjaran-banjaran
gunung lipat sepertimana banjaran Himalaya di utara India
dan banjaran-banjaran pergunungan lain. Perbentukan
banjaran Himalaya adalah pertembungan antara plat
India Australia dengan plat Eurasia. Ini dapat dilihat pada
rajah
dibawah.
GUNUNG LIPAT
Pertembungan Plat Benua dengan Plat Benua

Batuan yang termampat menghasilkan banjaran gunung


lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia
terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan ini,
pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan
banjaran gunung di sepanjang sempadan
pertembungan.
GUNUNG BONGKAH
GUNUNG BERAPI
Pertembungan Plat Lautan dengan Plat Benua
Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua seperti di rajah di sebelah, plat
lautan akan menjunam ke bawah kerana plat ini terdiri daripada sima yang padat dan
berat berbanding plat benua yang terdiri daripada sial yang kurang padat dan lebih
ringan, dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak
ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang
tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di kawasan gunung lipat.
Ini dapat dilihat pada bahagian barat pulau Sumatra dan Jawa di Indonesia. Di samping
kejadian ini juga terbentuk di pantai barat Benua Amerika Utara seperti di San Francisco
dan California, USA.
Jaluran Jurang Lautan dan Banjaran Gunung Berapi Di Sumatra dan Jawa, Indonesia.
Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di sebelah,
salah satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang
dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir
plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan
membentuk gunung berapi di dalam laut.
GEMPA BUMI
Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan
sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan,
berselisih atau berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak
bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi. Akibatnya gelinciran berlaku dan
tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tiba-tiba. ni menyebabkan bahagian
bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa bumi.

Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan
berlaku di kawasan yang tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan
tiada mangsa. Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi,
manakala titik yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas
focus dipanggil epicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan
gegaran seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter.
Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;-

1. Gempa bumi di sempadan perpisahan plat lebih lemah biasanya


bawah daripada magnitud lapan skala ritcher dan focusnya sedalam 25 km.
2. Gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3 skala
ritcher.
3. Gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan
bermagnitud melebihi 9 skala ritcher. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar
bentuk pergerakan gelombang.
o Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh
membawa kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk. Gempa Bumi berskala
rendah kurang daripada 3 skala ritcher tidak membawa apa kesan kepada muka bumi.
Ianya sering belaku boleh dikata setiap masa dan setiap hari cuma tidak disedari oleh
manusia.

Anda mungkin juga menyukai