Anda di halaman 1dari 9

Tema 2

Huraikan perkembangan institusi Pendidikan di Acheh


pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi
Pengenalan
>Selepas kejatuhan Melaka sebagai empayar dan pusat penyebaran
Islam, Acheh telah muncul sebagai pusat kegiatan keilmuan utama
di Nusantara.
>Pada abad ke-16 hingga 17M, berlaku perkembangan pesat dalam
bidang keilmuan terutama pengajian Islam sehingga Acheh digelar
sebagai serambi Makkah.
>Acheh mempunyai institusi Pendidikan yang lengkap , sistematik
dan terancang. Ia terdiri daripada tahap rendah, menengah dan
universiti.
>Berikut merupakan perkembangan institusi pendidikan di Acheh
pada abad ke-16 hingga ke17 masihi.
ISI 1:MASJID
Masjid berfungsi sebagai pusat Pendidikan dan pusat kemasyarakatan
umat Islam.
Masjid sebagai pusat Pendidikan yang bersangkutan dengan
Pendidikan tahap menengah pertama.
Antara masjid yang dijadikan pusat Pendidikan ialah Masjid
Baiturrahman, Masjid Baiturrahim dan Masjid Bait Mushadah.
Beberapa masjid telah dinaik taraf menjadi pusat menjadi pusat
pengajian tinggi seperti Masjid Baiturrahman.
ISI 2:MEUNASAH ATAU MADRASAH
• Meunasah merupakan institusi Pendidikan peringkat awal sekolah
yang didirikan di setiap kampung.
• Contohnya, para pelajar diajar membaca dan menulis huruf Arab,
membaca al-Quran, Rukun Islam dan belajar perkara-perkara asas
dalam Islam.
• Para pelajar juga mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman,
Rukun Islam, feqah, ibadah dan akhlak.
ISI 3: DAYAH
• Di Acheh, dayah boleh disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di
Indonesia (Madrasah ‘Aliyah ).
• Hampir setiap daerah mempunyai dayah.
• Misalnya, Pendidikan di dayah dibahagikan kepada dua iaitu
Pendidikan secara umum dan Pendidikan secara khusus.
• Dayah bersifat khusus adalah umtuk kaum wanita sahaja. Dayah
khusus ini menyampaikan ilmu dalam bidang pertanian, pertukangan
dan perniagaan berdasarkan syariat Islam.
ISI 4: BALAI SETIA HUKAMA DAN
BALAI SETIA ULAMA
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga
Pelaksana Pendidikan atau Lembaga Ilmu Pengtahuan.
• Contohnya, Lembaga ini terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai
Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama.
• Balai Setia Hukama merupakan tempat para ulama dan sarjana untuk
membahaskan isu-isu berkaitan Pendidikan.
• Manakala Balai Setia Ulama pula berfungsi menguruskan masalah-
masalah berkaitan Pendidikan.Balai ini boleh disamakan dengan
JawatanKuasa Pendidikan.
ISI 5: UNIVERSITI BAITUL
RAHMAN
• Masjid Baitul Rahman telah dinaik taraf menjadi Universiti Baitul Rahman
( Jamiah Baitul Rahman).
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Sendiri mendirikan masjid ini untuk
dijadikan tempat membina ilmu.
• Contohnya, Universiti ini terdapat 17 fakulti(dar) seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan
Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian dan
sebagainya.
• Tenaga pengajar pula terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan negara-
negara Islam lain seperti Arab, Turki, Parsi dan India.
Penutup:

• Masjid merupakan institusi Pendidikan Islam


terpenting bagi rakyat Acheh khasnya dan umat Islam
amnya.Kewujudan institusi Pendidikan yang sistematik
di Acheh telah melahirkan ramai golongan ulama dan
intelektual Islam seperti Hamzah Fansuri dan
sebagainya.Kewujudan pelbagai institusi Pendidikan
menjadikan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu
terkemuka di rantau Nusantara.

Anda mungkin juga menyukai