Anda di halaman 1dari 9

PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN DI ACHEH
1. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih
peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu
2. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang utama di
Nusantara
3. Pendidikan asas bermula di Meunasah, diikuti dengan pendidikan menengah di Rangkang
dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di peringkat universiti
1. Meunasah
• Meunasah merupakan institusi Pendidikan permulaan yang didirikan di setiap kampung
• Pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan perkara-perkara asas dalam Islam
• Anak-anak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis dalam Bahasa Jawa dan Acheh
• Sejarah Islam juga diajar dengan cara bercerita

2. Masjid
• Masjid berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam
• Masjid merupakan pusat Pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah pertama
• Beberapa masjid dinaik taraf menjadi pusat Pendidikan tinggi seperti Masjid Bait al-Rahaman
3. Rangkang/Pondok
• Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang
• Rangkang juga dikenali sebagai pondok, pasantren, atau madrasah
• Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar
• Murid yang pintar kebiasannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk mengikuti pelajaran
daripada guru yang lebih mahir

4. Dayah
• Merupakan institusi pendidikan yang didirikan hamper setiap daerah
• Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia
• Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam tinggi yang pertama di Asia
• Terdapat dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum
5. Jamiah/Universiti Baiturahman
• Jamiah/Universiti Baiturahman berasal daripada Masjid Bait al-Rahman yang dinaik taraf
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mendirikan Masjid Bait al-Rahman yang dijadikan
sebagai tempat menuntut ilmu
• Terdapat 17 dar (fakulti) seperti:
 Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis
Fakulti Ilmu Kedoktoran
Fakulti Ilmu Kimia
Fakulti Pertanian
Fakulti Peperangan
Faktor-faktor kemunculan acheh sebagai pusat Pendidikan islam pada abad ke-16 masihi
1. Peranan pemerintah
• Pemerintah Acheh mempunyai inisiatif untuk mengembangkan ilmu pengetahuan
• Istana dijadikan pusat pengajian Islam terutamanya untuk keluarga di raja dan golongan bangsawan
• Pemerintah menggalakkan perkembangan intelektual Islam dengan menubuhkan balai gadang dianggotai oleh
para ulama

2. Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi


• Dasar peluasan wilayah membolehkan Acheh muncul sebagai pusat perdagangan
• Pemerintah Acheh memberi tumpuan kepada perkembagan sistem pendidikan dan intelektual
3. Hubungan diplomatik
• Acheh menjalinkan hubungan yang erat dengan negara Islam seperti Turki dan India
• Hubungan diplomatik ini meninggalkan impak positif dari sudut pendidikan, intelektual, politik dan
ekonomi
• Dari segi pendidikan, ia telah membawa kepada kemasukan kitab agama dan para ulama

4. Kewujudan pelbagai sistem pendidikan


• Terdapat pelbagai sistem pendidikan di Acheh
• Wujud 3 peringkat pendidikan yang sistematik dan teratur
• Terdapat 3 institusi pendidikan utama iaitu Meunasah, Rangkang dan Jamiah Bait al-Rahman
• Institusi ini menawarkan kurikulum pendidikan yang berbeza
5. Peranan ulama luar
• Ulama luar turut memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan di Acheh
• Golongan ulama menjadi tenaga pengajar di Jamiah Bait al-Rahman
• Mereka menghasilkan karya yang bermutu termasuk karya sastera bercorak tasawwuf

6. Kelahiran ulama tempatan


• Ulama tempatan memainkan peranan dalam perkembangan Acheh sebagai pusat pendidikan
• Antara ulama tempatan yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumaterani dan Bukhari al-
Jauhari
• Tokoh-tokoh ini telah menukilkan karya-karya berbentuk prosa dan puisi
7. Peranan Bahasa Melayu
• Bahasa Melayu berfungsi sebagai Bahasa penulian intelektual dan mencapai tahap lingua franca
• Bahasa melayu menjadi asas perkembangan tulisan jawi membolehkan karya dari Asia Barat diterjemah ke
dalam Bahasa Melayu

8. Iklim intelektual yang bebas


• Iklim intelektual yang bebas telah menggalakkan polemik dan menyuburkan ilmu pengetahuan
• Perkembangan ini menyebabkan banyak karya yang bercorak tasawwuf dihasilkan

Anda mungkin juga menyukai