Anda di halaman 1dari 1

Peranan Institusi Pendidikan Islam dan Kaedah Pembelajaran Di Alam Melayu

Pendahuluan :
o Dalam konteks Islam, pendidikan melibatkan proses sepanjang hayat iaitu bermula dari dalam buaian
hingga ke liang lahad. Pendidikan dalam Islam memberikan kebebasan kepada semua orang untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina, kekayaan dan warna kulit.

Isi-isi Penting :

Peranan Institusi pendidikan di Alam Melayu :

o Masjid sebagai institusi utama bagi masyarakat melayu mendapatkan ilmu pengetahuan khususnya asas-
asas ajaran Islam selain tempat beribadat.
o Istana sebagai salah satu institusi terawal di Alam Melayu. Ilmu-ilmu yang diajar khas untuk golongan
bangsawan sebagai persediaan untuk memerintah kelak.
o Pesantren/pondok merupakan institusi pendidikan Islam tradisional. Pendidikannya dijalankan oleh seorang
ulama yang bukan sahaja mengajar ilmu-ilmu agama tetapi juga ilmu-ilmu lain.
o Meunasah, institusi asas bagi kanak-kanak yang akan menerima pendidikan asas daripada seorang guru
yang dikenali sebagai Tengku Muenasah
o Rangkang juga berperanan sebagai pusat pengajaran Bahasa Arab, Fiqah atau Tauhid dan Tasawuf. Buku-
buku yang digunakan samada dalam B. Melayu atau B. Arab.
o Jamiah Baitul Rahman merupakan institusi tertinggi di Aceh. Ia meliputi tujuh buah fakulti dan mengajar ilmu
berkaitan keagamaan dan matematik, falsafah, undang- undang, peperangan dan lain-lain.

Kaedah Pembelajaran di Alam Melayu :

o Sistem halaqah, cara pengendalian atau penyampaian ilmu terawal sejak zaman Rasulullah s.a.w. Guru
berada di tengah-tengah bulatan atau separa bulatan atau dilingkungi oleh anak-anak murid.
o Pembelajaran berlaku selepas atau antara solat, samada waktu zohor ataupun Isyak atau selepas solat
subuh. Bentuk pendidikan tidak formal, namun guru yang mengajar mempunyai tauliah samada ulama
tempatan atau luar negeri.
o Mata pelajaran yang diajar adalah ilmu keagamaan khususnya ilmu Fiqah dan Usuluddin.
o Guru-guru tidak diberi gaji namun mendapat pertolongan daripada anak-anak murid mengerjakan tanah-
tanah pertanian dan seumpamanya..
o Sistem madrasah pula dianggap sebagai sekolah/tempat belajar. Sistem ini mengandungi 3 peringkat iaitu
rendah, menengah dan tinggi.
o Guru dibayar dengan gaji yang tetap dan institusi ini dikendalikan oleh kerajaan. Mata pelajaran yang diajar
adalah agama dan bukan agama. Di Acheh terdapat institusi yang dikenali sebagai Rangkang, Muenasah
dan Jamiah.
o Sistem pondok bermula pada abad ke 12 di Tanah Melayu. Tiada kurikulum yang jelas bergantung kepada
ilmu guru.
o Tenaga pengajar menggunakan kaedah halaqah dan tidak mendapat gaji.

Kesimpulan :

Masyarakat Melayu memberikan fokus pada aspek pendidikan bagi mendalami ilmu khususnya keagamaan.

Anda mungkin juga menyukai