Anda di halaman 1dari 6

KERJA LAPANGAN

GEOGRAFI
TINGKATAN 2
2023 SMK DESHON,SIBU

TAJUK: AMALAN
BERKONSEPKAN
TEKNOLOGI HIJAU DI SMK
DESHON
Nama: Alice Ling Jia Ning
Kelas:2E
Tajuk: Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau di SMK Deshon, Sibu.
1.0 Penghargaan
Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Tan Kim Hock, Pengetua SMK Deshon kerana
memberi sokongan yang sepenuhnya dalam menjayakan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada guru mata pelajaran Geografi,Cikgu Michalle Sigan kerana membimbing saya menyiapkan
kerja lapangan ini.Terima kasih kepada ibu saya Ma Lee Eng ,dan bapa Ling Weing Daing kerana
memberi sokongan moral kepada saya.Terima kasih juga diucapkan kepada rakan saya kerana
sering membantu dan membimbing saya melengkapkan kajian lapangan ini.

2.0 Pendahuluan
Kerja lapangan Geografi Tingkatan Dua wajib dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pentaksiran
bagi penilaian akhir tahun. Tajuk kajian tentang amalan berkonsepkan teknologi hijau di sekitar
kawasan SMK Deshon. Dalam kajian ini,saya mengkaji tentang konsep teknologi hijau dan
menjelaskan kriteria produk teknologi hijau.Kedua,menerangkan contoh produk teknologi hijau dan
kepentingan produk teknologi hijau terhadap ekonomi,sosial,tenaga serta alam sekitar. Seterusnya,
menjelaskan amalan-amalan berkonsepkan teknologi hijau yang boleh dilaksanakan dalam
kehidupan seharian.

3.0 Objektif kajian


Kajian lapangan Geografi bertujuan untuk:
a. Mentakrifkan konsep teknologi hijau
b. Menjelaskan kriteria produk teknologi hijau
c. Menerangkan contoh produk teknologi hijau
d. Mengkaji kepentingan produk teknologi hijau
e. Menjejaskan amalan-amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam kehidupan seharian.

4.0 Kawasan Kajian


Saya menjalankan kajian di sekitar kawasan kediaman dan sekolah SMK Deshon. Hal ini kerana
memudahkan pergerakan dan keselamatan lebih terjamin.

5.0 Kaedah Kajian


Saya menggunakan kaedah pemerhatian dan rujukan buku teks semasa melengkapkan tugasan ini.

6.0 Hasil Kajian


6.1 Konsep Teknologi Hijau
• Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari.
• Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan
generasi masa depan.
• Bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti yang
kita nikmati sekarang atau yang lebih baik.
6.2 Matlamat teknologi hijau

6.2.1- Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.


6.2.2- Melindungi ekosistem semula jadi
6.2.3- Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia
6.2.4- Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi

6.3 Kriteria produk teknologi hijau

6.4 Teras Teknologi Hijau


Teras Huraian Contoh
Tenaga  Mengurangkan penggunaan tenaga bahan  Kereta hibrid, kenderaan
api fosil elektrik, biodiesel dan
 Mempromosikan kecekapan guna tenaga kenderaan gas asli (NGV)

Ekonomi  Meningkatkan pembangunan ekonomi negara  Industri fotovolta


melalui penggunaan teknologi canggih

Alam  Kesan kepada alam sekitar dapat  Produk biodegradasi dan


Sekitar diminimumkan baja kompos
Sosial  Kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan  Penggunaan bekas
makanan mesra alam
 Menggunakan
pengangkutan awam
6.5 Kepentingan Teknologi Hijau
6.5.1 Sosial
• Meningkatkan kualiti hidup
• Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
• Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat
• Meningkatkan kualiti udara
• Mengurangkan peningkatan suhu
• Mengurangkan pencemaran bunyi
6.5.2 Ekonomi
• Mengurangkan kos operasi
• Meningkatkan nilai aset dan keuntungan
• Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
• Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan
• Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK)
6.5.3 Menjana Tenaga
• Merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang bersumberkan alam
semula jadi
• Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui
• Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan mesra pengguna
6.5.4 Memelihara dan memulihara alam sekitar
• Melindungi sumber semula jadi
• Meningkatkan kualiti udara dan air
• Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
• Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup
• Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara

6.6
BilAmalan Berkonsepkan Amalan
Kategori Teknologi Hijau

1. Penjimatan Tenaga • Praktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi.


• Tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang
tidak digunakan.
• Tetapkan suhu penyaman udara minimum pada
24ºC.

2. Zon bebas asap • Tetapkan kawasan larangan merokok.


rokok • Rondaan dan kompaun dikeluarkan kepada perokok.
• Luaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan merokok.

3. Perolehan produk • Utamakan penggunaan bahan mesra alam.


hijau • Amalkan pembelian bahan kimia biodegradasi untuk pembersihan
fdan penyelenggaraan.
• Gunakan kertas kitar semula.
• Galakkan penggunaan kereta hibrid.
Bi Kategori Amalan
l

4. Pengangkutan • Amalkan penggunaan pengangkutan awam atau perkongsian


kenderaan.
• Gunakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan
jalan raya.
• Galakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki ke sekolah atau
pejabat mengikut kesesuaian.

5. Pengurangan sisa • Minimumkan penggunaan peralatan pakai


buang untuk mengurangkan sisa pepejal.
• Kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi
rumah secara berperingkat.

6. Penjimatan air • Pastikan pili air ditutup dengan betul.


• Buat aduan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran
paip.
• Menadah air hujan untukdigunakan semula bagi mencuci kereta,
halaman rumah dan menyiram tumbuhan.

7. Amalan 5R • Gunakan tong kitar semula yang betul.


• Galakkan pengedaran dokumen secara elektronik.
• Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat.

8. Perkhidmatan • Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam.


makanan • Bawa bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman.
• Elakkan penggunaan botol air plastik yang tidak boleh diguna semula.

9. Landskap • Menanam pokok di persekitaran rumah


sekolah dan bangunan.
• Pastikan sistem perparitan berfungsi dengan
baik.
7.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, amalan teknologi hijau terdiri daripada beberapa elemen utama iaitu teras teknologi
hijau, kriteria produk teknologi hijau dan kepentingan teknologi hijau kepada sosial, ekonomi, penjanaan
tenaga serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Amalan berkonsepkan teknologi hijau sangat
penting diterapkan pada generasi muda bagi menjamin kelestarian hidup antara manusia dengan alam sekitar
untuk generasi akan datang.

8.0 Rujukan
1.Buku Teks
Kang Chai Yoeng, Zulkipli Bin Ismail, Rajanderan Subramaniam. (2016). Geografi Tingkatan 2. Johor: IMS
Book Trading Sdn. Bhd.

Jadual Kerja Kajian Lapangan Geografi Tingkatan Dua 2023

Tarikh/ Hari Aktiviti Catatan


26.09.2023 1. Mendengar taklimat mengenai panduan penulisan kerja 1 waktu PdPC
(Selasa) lapangan Geografi daripada guru mata pelajaran.
2. Menentukan tajuk, objektif kajian, dan kaedah kajian.

02.10. 2023 1. Mentakrifkan konsep teknologi hijau. 2 waktu PdPC


(Isnin) 2. Menjelaskan kriteria produk teknologi hijau.
3. Menjelaskan contoh produk teknologi hijau

03.10.2023 1. Mengkaji kepentingan produk teknologi hijau. 1 waktu PdPC


(Selasa)
09.10.2023 1. Menjelaskan amalan teknologi hijau di kawasan 2 waktu PdPC
(Isnin) kediaman.
10.10.2023 1. Menulis runjukan dan menghantar laporan 1 waktu PdPC
(Selasa)

Anda mungkin juga menyukai