Anda di halaman 1dari 27

JABATAN BOMBA DAN

PENYELAMAT MALAYSIA

BAHAGIAN LATIHAN JBPM NEGERI SELANGOR

DARUL EHSAN
MENYELAMAT

1. PENGENALAN
Menyelamat adalah satu tugas yang baik di sisi
masyarakat dasar berperikemanusian seorang
individu mahupun kumpulan, yang beruniform
ataupun awam tidak kira tempat dan masa adalah
wajib bagi seseorang insan membantu insan yang lain
dalam apa jua bentuk kesusahan.
Penyelamat perlu kesabaran dan hendaklah
mempunyai pengetahuan yang luas dari segi
praktikal mahupun teori tanpa pengetahuan boleh
membahayakan mangsa ataupun diri sendiri.
Untuk menjamin penyelamatan yang berkesan,
latihan hendaklah sentiasa diadakan dengan
agensi-agensi yang bertauliah.
MATLAMAT

 Untuk memberi pendedahan kepada orang awam


kerja-kerja menyelamat dengan betul dan
selamat.
 Supaya dapat menyelamat mangsa tanpa
menghadapi sebarang masalah dari tempat yang
merbahaya.
 Supaya dapat menenangkan keadaan mangsa.
 Supaya dapat menjalankan kerja-kerja
menyelamat dengan teratur, licin dan
berkesan.
 Dapat menghindarkan bahaya yang akan
diterima oleh mangsa.
 Mengurangkan kesakitan yang ditanggung
oleh mangsa.
SEBELUM MELAKUKAN KERJA-KERJA
MENYELAMAT, PENYELAMAT HENDAKLAH
MENGETAHUI ISTILAH “DRCAB”.

D -Danger - Pastikan keadaan persekitaran selamat


untuk penyelamat menyelamatkan
mangsa.
R -Response - Tindakbalas mangsa, kenal pasti
kecederaan pada mangsa.
C-Compression- Memberikan tekanan ke dada mangsa
untuk memulihkan nadi mangsa
A -Airways - Pastikan saluran pernafasan mangsa
tidak tersekat.
B-Breathing - Dengar dengan telinga, pernafasan di
hidung dan mulut serta tengok dengan
mata pergerakan dada. Sekiranya
tiada pernafasan mangsa hendaklah
diberi rawatan pemulihan pernafasan.
HALANGAN-HALANGAN SEMASA
MENYELAMAT

 Keadaan tempat
 Keadaan mangsa
 Masa
 Pemandangan yang kurang jelas
 Bahang api yang panas
 Perabut yang sedia ada menjadi penghalang.
 Aliran elektrik yang hidup
 Gas-gas yang beracun
 Kaca-kaca yang pecah
 Alat bantuan menyelamat yang kurang / tidak
bersesuaian .
KAEDAH-KAEDAH MENYELAMAT TERBAHAGI
KEPADA 2 IAITU:-
a) Tanpa menggunakan peralatan
b) Dengan menggunakan peralatan
a) Tanpa Menggunakan Peralatan
Teknik ini dijalankan tanpa bantuan peralatan lain ianya
hanya menggunakan daya usaha penyelamat sahaja dan terbahagi
kepada beberapa kaedah;
i) 1 orang penyelamat
ii) 2 orang penyelamat
iii) 3 orang penyelamat
iv) 4 orang penyelamat
1) 1 orang penyelamat
Teknik ini hanya memerlukan seorang penyelamat
sahaja dalam melaksanakan tugas menyelamat dan
teknik-tekniknya adalah seperti berikut:-
i) One rescuer assist
ii) Piggy-back carry
iii) Front piggy-back carry
iv) Cradle carry / Darling carry
v) Fireman’s lift / Fireman’s carry
vi) Back-strap carry
vii) Shoulder-drag
viii) Fireman’s drag
ix) Clothes drag
x) Foot drag
xi) Down Stair Method
2) 2 orang penyelamat
Teknik ini memerlukan 2 orang penyelamat di
dalam menjalankan tugas-tugas menyelamat dan
teknik-tekniknya adalah seperti berikut:-
i) Two-man assist
ii) Two-handed seats
iii) Four-handed seats
iv) Two-Extremities carry
V) Chair method / carry
3) 3 Orang Penyelamat
1. Three Man Lift
Cara mengangkat mangsa yang mengalami
kecederaan tulang belakang

4) 6 Orang Penyelamat
1. Six Man Lift And Carry
b) Menggunakan peralatan

Menyelamat menggunakan peralatan adalah adalah satu


kaedah di mana penyelamat mendapat / menggunakan
bantuan peralatan untuk memindahkan mangsa dari
tempat kejadian atau kemalangan ke tempat yang
selamat. Antara peralatan yang digunakan untuk
membantu penyelaamat ialah:-

i) Stretcher
ii) Kerusi
iii) Blanket
iv) Cadar
v) Bed trolley
vi) Hose
vii) Tali

Semua kaedah ini memerlukan kreativiti anggota


penyelamat untuk memilih kaedah yang sesuai
semasa membuat kerja-kerja menyelamat.

Ia juga bergantung kepada tempat kejadian, keadaan


mangsa, masa dan jumlah anggota penyelamat yang
ada.
1) SATU ORANG PENYELAMAT

i) One Rescuer Assist

Untuk membawa mangsa yang


cedera di bahagian sebelah
kaki.

Perhatian ;

Kaki yang cedera hendaklah


ditinggikan sedikit semasa
membawa.
ii) DARLING CARRY
Untuk membawa mangsa seperti
berikut:-
 Pengsan
 Orang tua
 Kanak-kanak
 Lumpuh
Perhatian;
Jangan bawa mangsa dengan
cara ini, sekiranya mangsa
cedera di pinggang.
iii) FIREMAN’S
LIFT
Terbahagi kepada dua:,
i) Mengangkat mangsa berat
ii) Mengangkat lelaki
Mangsanya seperti berikut:-
 Pengsan
 Cedera
 Lumpuh
iv) PICK A BACK
Untuk mengangkat mangsa-
mangsa seperti berikut:-
 Budak kecil
 Lumpuh di bahagian kaki
 Cedera di bahagian kaki
 Buta
 Orang tua yang tak boleh
berjalan.
v) SHOULDER DRAG
Bagi mengangkat mangsa yang
berikut
 Berat.
 Pengsan
 Lumpuh
 Cedera di kaki
Perhatian!
Sekiranya lantai kasar jangan
mengheret mangsa cara ini.
vi) ARM LIFT
Untuk mengangkat mangsa
seperti berikut:-
 Cedera di bahagian kaki
 Lemah bahagian kaki
 Pengsan
Perhatian!
Jangan gunakan cara ini
untuk orang yang patah
tangan dan pinggan
vii) CRAWL METHOD
Untuk menyelamatkan
mangsa yang pengsan atau
cedera di tempat yang sempit
seperti lubang bawah tanah
yang mana penyelamat tidak
boleh berdiri.
viii) DOWN STAIRS METHOD
Untuk menyelamatkan mangsa di
bangunan yang tinggi ke bawah
melalui tangga.
Perhatian !
Cara ini boleh digunakan
sekiranya kita tidak boleh buat
cara-cara yang lain kerana mangsa
terlebih berat dari penyelamat.
2) DUA ORANG PENYELAMAT

i) TWO MAN ASSIST /


TWO MAN HUMAN
CRUTCH
Untuk membawa mangsa yang
cedera di bahagian kaki
ii) TWO HANDLE SEAT
Untuk mengangkat mangsa
seperti berikut:-
 Cedera bahagian kaki
 Orang tua tak boleh berjalan
 Lumpuh
Perhatian !
Jangan gunakan cara ini bagi
orang yang patah pinggang.
SEKIAN TERIMA KASIH

SALAM PENGHARGAAN

UNIT LATIHAN
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT
PELABUHAN KLANG

Anda mungkin juga menyukai