Anda di halaman 1dari 27

BENGKEL PENGURUSAN

KETUA KELAS &


PENOLONG KETUA KELAS
SESI 2022
KAUNSELOR:
PN SURAYA BINTI OTHMAN
ANJURAN:
PN SARINAH BINTI MUHAMAD
UNIT HEM
PN SITI NUR RASIDAH BINTI ROSLI
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
PN MARLIZAH BINTI LAILI
SMK BANDAR PUTRA, KULAI
EN LEE HOCK FAH
HIERAKI MASYARAKAT SEKOLAH

PENGETUA
GURU PENOLONG KANAN (PK)
GURU KANAN MATAPELAJARAN (GKMP)
KAUNSELOR
GURU
PENGAWAS
KETUA KELAS &
PENOLONG KETUA KELAS
Semua tugas besar menjadi lebih
mudah jika dipecah-pecahkan
menjadi bahagian yang lebih kecil.

Beban yang lebih banyak dapat


dibawa jika diikat dengan kuat
berbanding dibiar bertebaran.
PEMIMPIN
Memahami prinsip kepimpinan yang
baik dan mempunyai ketokohan
untuk memimpin.

Pandai mempergunakan orang yang


dipimpin untuk bekerjasama dengan
bersungguh-sungguh supaya
terlaksana sesuatu pekerjaan.
TUGAS PEMIMPIN
Sebagai penjaga/ketua
Sebagai pemandu arah
Sebagai pembuat keputusan
Sebagai petindak
Sebagai pembawa perubahan
Sebagai tenaga perancang
CIRI SEORANG PEMIMPIN
TEGAS DAN KONSISTEN
IKHLAS DAN SABAR
MENGAMBIL BERAT AKAN
SELURUH ORGANISASI
CERGAS DAN CERDAS
MEMPUNYAI BUDI BICARA/
PERTIMBANGAN
KEBOLEHAN MERANCANG
PERANAN SEORANG PEMIMPIN
TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI
SENDIRI
Berdisiplin dan bersahsiah mulia
Maju dalam ilmu/ akademik dan
kokurikulum
Berhemah tinggi
Prihatin
Mesra
Berkeyakinan
Tidak mementingkan diri sendiri
Positif
TANGGUNGJAWAB TERHADAP
SEKOLAH
Melaksanakan peraturan dan
undang-undang sekolah.
Menjaga nama baik sekolah.
Memelihara iklim sekolah yang
baik.
Bangga akan sekolah.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP GURU

Memberi maklumat dan maklum


balas
Bersama-sama membanteras
masalah
Menghormati mereka seperti
ibubapa
TANGGUNJAWAB TERHADAP
PELAJAR LAIN
Mengambil berat akan masalah
pelajar lain.
Menjaga keselamatan dan keselesaan
pelajar lain.
Berinteraksi dan menghormati
mereka.
Menunjukkan teladan / menjadi ‘role
model’.
TANGGUNGJAWAB KETUA &
PENOLONG KETUA KELAS
Mengetuai ucapan memberi salam dan
menyebut nama guru selepas guru
masuk dan sebelum keluar kelas.
Ucapan selepas tamat PdP

“terima kasih cikgu, maafkan dan doakan


kami cikgu, halalkan ilmu cikgu, kami
sayang cikgu”
Mengetuai murid ketika
menjalankan aktiviti dalam kelas.

Mengawal disiplin murid ketika


ketiadaan guru.

Menyelia kebersihan serta


keceriaan kelas.
Membantu guru mengedar dan
memungut buku latihan.

Membuat teguran secara lembut


kepada murid yang melakukan
kesalahan.

Melaporkan kesalahan murid di


dalam kelas kepada guru.
Memastikan setiap pelajar
melaksanakan tugas masing-masing
seperti yang tertera dalam jadual
kelas.

Mengambil kedatangan setiap pelajar


pada setiap pagi.

Berhak untuk menahan pelajar


daripada keluar dari kelas ketika
ketiadaan guru di dalam kelas.
Menunjukkan sikap positif dalam
pembelajaran.

Mengamalkan sikap kerjasama dan


toleransi sesama ahli.

Ketua dan penolong ketua kelas mesti


mencari guru sekiranya guru tidak
hadir ke kelas selepas 5 minit.
Dalam apa jua keadaan, ketua dan
penolong ketua kelas mesti
sentiasa memastikan kelas dalam
keadaan bersih, selamat, kemas
dan ceria. Ketua dan penolong
ketua kelas bolehlah meminta AJK
kelas berfungsi mengikut jawatan
yang disandang. Minta kerjasama
rakan-rakan di dalam kelas untuk
bertanggungjawab bersama.
Sebarang kemalangan dan kejadian di
dalam kelas adalah menjadi
tanggungjawab ketua dan penolong
ketua kelas untuk terus melaporkan
perkara tersebut kepada guru kelas.
Sekiranya guru kelas tiada pada hari
kejadian maka terus laporkan kepada
guru disiplin/guru bertugas mingguan.

Ketua dan penolong ketua kelas


bertanggungjawab membantu pengawas
mengawal kelas setiap masa.
Ketua dan penolong ketua kelas
bertanggungjawab membantu
pengawas dan guru memastikan
kekemasan diri pelajar di dalam
kelas masing-masing.
RUMUSAN
Berkeperibadian mulia dan terpuji
Bersabar dan tenang hadapi dugaan
Pengalaman tingkatkan pengetahuan
Berusaha tingkatkan kualiti organisasi
Berfikiran terbuka dan sedia terima
teguran
Berusaha tingkatkan prestasi akademik
Amanah, minat dan berdedikasi
Memelihara hubungan yang baik
SEKIAN….

Anda mungkin juga menyukai