Anda di halaman 1dari 24

Hermeneutik dalam Penafsiran

al-Qur’an

PH 3313
Latarbelakang Hermeneutik
• Hermeneutik adalah ‘science of interpreting the
Bible’ yang mengandungi peraturan dan undang-
undang bagi menyempurnakan penafsiran
tersebut. Menurut Zondervan Pictorial
Encylopedia, “mengeluarkan pemikiran dari pihak
lain( samada penulis atau pengucap)biasanya
berlaku dari bahasa yang berbeza dan dikenali
sebagai ‘Interpretation’. Tetapi apabila cara ini
digunakan terhadap Bible, ia disebut
Hermeneutik.”
• Hermeneutik sebenarnya berasal dari istilah
Greek (Thompson,1990) iaitu dari katakerja
‘Hermeneueuein’ (to speak/interpret) dan
nama “Hermeneia”(speech/interpretation).
Istilah ini mula digunakan oleh ahli Teologi
Yahudi dan Kristian serta dikembangkan oleh
golongan Protestan Liberal apabila mereka
menghadapi masalah dalam memahami Bible.
Ianya bertitik-tolak dari akar umbi yang
dihadapi iaitu kekeliruan tentang keaslian
Bible kerana terdapat banyak dokumen yang
berbeza mengenainya.
• Apatah lagi kini ianya ditulis dan dibaca bukan
dalam bahasa asalnya.Seterusnya istilah
Hermeneutik itu dipindahkan dari ruang
lingkup teologi kepada Falasafah dan
melahirkan aliran pemikiran yang berbeza.
Kesimpulannya, Hermeneutik ini digunakan
untuk mencari nilai kebenaran Bible dan
makna yang dikehendaki oleh pengarangnya
• The New Encyclopaedia Britannica(1998)
menyatakan,
• “the main objective of hermeneutics has been
to discover the truths and values of the Bible”
• Pendekatan sebeginilah yang cuba dilakukan
oleh Modernis Muslim terhadap al-Qur’an.
Mereka mahu melakukan kritikan terhadap al-
Qur’an sebagaimana yang dilakukan oleh ahli
teologi Kristian terhadap Bible.
• Menurut Abdul Kabir Hussain Solihu dalam tesisnya
bertajuk Historicist Approach to the Qur’an:Impact of
Nineteenth Century Western Hermeneutics in the
Writings of two Muslim Scholars mengatakan;

“ Hermeneutik terhadap Muslim Modern merupakan


perkembangan interaksi terkini masyarakat Muslim
dengan Barat. Kesannya beberapa elemen dalam
Hermeneutik Bible mula meresap dalam approach
mereka terhadap al-Qur’an. Akhirnya, masalah yang
berasal dari Barat juga menjadi masalah bagi Muslim
serta teknik yang digunakan untuk menyelesaikannya
di Barat telah diterima pakai secara universal”
• Antara tokoh-tokoh Hermeneutik ialah
Freidrich Schleiermacher (1768-1834),
Wilheim Dilthey(1833-1911) dan Emilio Betti
(1890-1968) Martin Heidegger (1889-1976)
dan Hans-Georg Gadamer.
perbezaan antara Hermeneutik
dengan Ilmu Tafsir
• Pertama, dari segi konsepnya Ilmu Tafsir amat
berbeza dengan Hermeneutik. Hermeneutik
menganggap al-Qur’an sebagai ‘teks’ atau
karya sedangkan Islam menerimanya sebagai
wahyu. Inilah titik persoalan yang utama
menjadi pemisah antara kedua-duanya.
Golongan Modernis menganggap Al-Qur’an
sebagai ‘Muntaj al-Thaqafi’ yang terhasil dari
sejarah, politik dan budaya Arab.
• Fazlur Rahman ada menyatakan dalam
bukunya, Islam and Modernity:
The Qur’an and the genesis of the Islamic
community occurred in the light of history and
against a social-historical background.The
Qur’an is a response to that situation and for
the most part it consists of moral, religious
and social pronouncements that respond to
specific problems confronted in concrete
historical situation.
• Secara jelas Allah menyatakan bahawa al-
Qur’an adalah kalamNya yang dinuzulkan
kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan
malaikat sebagaimana dalam surah al-
Shucara’:192-194.
Maksudnya:
• “Dan sesungguhnya al-Qur’an ini benar-benar
diturunkan oleh Tuhan Semesta Alam. Ia
dibawa turun oleh Ruh al-Amin ke dalam
hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi
salah seorang di antara orang-orang yang
memberi peringatan .”
• Nasr Hamid Abu Zayd (2004) seorang Sarjana
Islam dalam satu kertas kerja beliau bertajuk
Human Rights and Renewing of Religious
Discourse:How Can the Arab World benefit from
the Experiences of the non-Arab Islamic World ?,
secara jelas menyatakan:

“al-Qur’an adalah ‘living phenomenon’ yang


terhasil dari dialog, perdebatan,dakwaan,
penerimaan dan penolakan. Sehubungan dengan
itu, dimensi kemanusiaan dan komunikasi ini
merupakan struktur al-Qur’an yang semestinya
diterjemahkan semula melalui pendekatan
Hermeneutik.”
• Manakala Islam menerima al-Qur’an sebagai
wahyu ‘Jaliyy’ iaitu dinuzulkan kepada
Baginda Rasulullah s.a.w. dan Baginda
menerimanya dalam keadaan ‘buraha’
(bersangatan sakit) akibat beratnya apa yang
disampaikan oleh al-Qur’an.(Khalid c Abd
Rahman al-cIk,1994).
• Kedua, dari segi latar belakangnya, pendekatan
Hermeneutik ini tidak bersumberkan kepada Ilmu
Wahyu, Hermeneutik lahir dari falsafah Barat
terutamanya oleh usaha ahli Teologi Yahudi dan
Kristian mengkaji secara kritis kitab suci mereka.
Apabila Hermeneutik diserapi falsafah, maka ia
menjadi berbagai aliran dan teori. Malah Fazlur
Rahman sendiri dikatakan lebih cenderung untuk
menerima pendekatan falsafah Hermeneutik
Emilio Betti daripada Gadamer
• Manakala Ilmu Tafsir itu pula lahir dari al-Qur’an .
Apabila merujuk kepada Istimdadnya, ia terdiri
dari pelbagai ilmu sebagaimana dinyatakan oleh
Al-Suyuti (1992) yang memberi definisi Ilmu
Tafsir sebagai ilmu mengenai nuzul ayat dan
keadaannya, sebab-sebab turunnya ayat,
susunan ayat Makki dan Madani, Ayat-Ayat
Muhkam dan Mutasyabihat, Nasikh dan
Mansukh, Khas dan Am, Mutlaq dan Muqayyad,
Mujmal dan tafsirannya, Halal dan Haram, Wa’d
dan Wacid, Perintah dan Larangan, Ibarah dan
Amthal. Ironisnya, Hermeneutik itu sendiri
menepikan ilmu-ilmu seperti Asbab nuzul, Nasikh
dan Mansukh, Balaghah dan sebagainya.
• Ketiga, metod Hermeneutik bertentangan
dengan Manhaj Usul Tafsir . Tafsir dan ta’wil
lebih sah (berautoriti) dan utuh. Ia
berdasarkan Manhaj Rabbani yang digariskan
oleh Rasulullah dan para Ulama selepas
baginda. Ini dapat dilihat pada Masadir Ilmu
Tafsir itu sendiri iaitu pertama al-Qur’an,
kedua Hadith Rasulullah, Ketiga, Aqwal
Sahabat, Keempat, Ijma’tabiin.
• Khalid cAbd Rahman al-cIk(1994) pula dalam
bukunya 'Usul al-Tafsir wa Qawaiduhu'
menyatakan ada sembilan perkara yang
termasuk dalam manhaj Mufasirin antaranya
tafsiran mesti menepati apa yang ditafsirkan,
memelihara makna Hakikat dan Majaz,
susunan antara makna dan tujuan dalam Siyaq
Kalam, munasabah dalam ayat serta
mengambil kira Asbab Nuzul.
• Berbeza dengan Hermeneutik, metodenya
amat longgar sekali dan berubah-ubah
mengikut pendapat peribadi. Aminah Wadud,
contohnya cuba untuk membawa pendekatan
agar al-Qur’an dibaca mengikut perspektif
wanita. Beliau mempertikaikan tentang ‘dress
code’ wanita muslim yang didakwa diciplak
dari style pakaian Arab di abad ke 7.
• Modernis Muslim seperti Fazlur Rahman
berpendapat bahawa al-Qur’an seharusnya
difahami secara langsung dengan kesatuan yang
menyeluruh, tidak terikat dengan tradisi samada
hadith atau tafsir terdahulu, kerana penafsir yang
terbaik adalah al-Qur’an itu sendiri dan juga
pendekatan Hermeneutik yang melibatkan
kefahaman kontekstual iaitu ‘double movement
theory’.,Iaitu melibatkan pemahaman situasi
masa kini kemudiannya kembali kepada zaman
turunnya al-Qur’an seterusnya kembali semula ke
masa kini.
• Keempat, Hermeneutik mengabaikan konsep
‘taallum’dan jauh sekali dari landasan Sistem
periwayatan atau isnad.

• Berdasarkan kajian terhadap latar belakang


terutamanya Modernis Muslim, jelas mereka
bergurukan golongan Yahudi dan Nasara yang
mewakili Pusat Pengajian Tinggi di Eropah.
Sekaligus menepikan konsep pembelajaran
yang diwarisi oleh Ulama secara riwayah dan
dirayah..
• Sedangkan penerimaan konsep taalum dalam
Epistemologi Islam itu termasuklah Ilmu Tafsir
amat penting bagi merekodkan sesuatu
maklumat itu sahih atau sebaliknya. Melihat
kepada Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir
dapat dilihat keabsahan serta keunikannya
samada era pembelajarannya, penyebarannya
serta perlaksanaannya. Terdapat rantaian
guru dan pelajar ilmu tafsir bermula dari
zaman Rasulullah s.a w, manhaj yang
disepakati, sistem isnad yang digunakan serta
karangan-karangan yang muktabar.
Kesan Pendekatan Hermeneutik
dalam Penafsiran al-Qur’an
• Salah satu perkara yang amat jelas dalam
penafsiran bentuk sebegini ialah menolak
sebarang ikatan dengan tradisi termasuk
Hadith atau Tafsir terdahulu. Ini bermakna
dari segi kesannya juga dapat dilihat sebagai
suatu penafian terhadap autoriti Hadith dan
Sistem Sanad.
• Seterusnya juga pendekatan Hermeneutik ini secara
langsung menolak Ijma’Ulama. Apa yang diterima oleh
Golongan Liberal ini hanyalah tafsiran secara literal
yang disesuaikan dengan kehendak Zaman.

• Seterusnya kesan yang dapat dilihat dari penerimaan


hermeneutik dalam penafsiran al-Qur’an ialah
kelonggaran aqidah sehingga membawa kepada
Pluralisme Agama. Cak Nur atau Nurcholis
Madjid(2001), dalam Teologi Inklusif (terbuka) pernah
mendakwa setiap agama adalah merupakan ekspresi
keimanan kepada Tuhan yang sama dan lain-lain
Agama selain Islam adalah sah.

Anda mungkin juga menyukai