Anda di halaman 1dari 2

Budaya membaca lahir masyarakat berilmu Oleh Md Fuzi Abd Lateh KEMENTERIAN Pelajaran komited menjadikan amalan membaca

di kalangan pelajar sebagai satu budaya masyarakat yang berorientasikan pendidikan dan keilmuan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, berkata budaya membaca adalah strategi utama kementerian dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti seperti dinyatakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilancarkan, barubaru ini. Katanya, penganugerahan Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) peringkat kebangsaan adalah pengiktirafan tertinggi kepada pelajar yang mengamalkan budaya membaca dan menerokai ilmu. "Program Nilam diperkenalkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah merintis jalan ke arah usaha itu. Namun perubahan perlu dilakukan supaya program ini lebih berkesan. "Amalan berkenaan dapat memupuk dan menggalakkan lebih ramai pelajar menghayati amalan membaca yang diadakan sejak 2003 bagi memilih tokoh yang bakal diketengahkan bakat mereka," katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Nilam dan Khemah Membaca Kebangsaan 2007 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, kelmarin. Hadir sama Pengarah BTP yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Anugerah Nilam Kebangsaan, Datuk Yusoff Harun. Tokoh Nilam Kebangsaan tahun ini dimenangi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, Azali Azlan bagi kategori menengah, manakala murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Petaling, Selangor, Karyna Illiyyiana Suhaimi (kategori sekolah rendah). Katanya, membaca menjadikan seseorang itu berilmu, berfikiran kritis dan beriltizam untuk beramal dengan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian mereka. Dalam konteks ini, Ahamad, berkata program Nilam amat baik dalam memupuk tabiat membaca di kalangan masyarakat di negara ini. "Pemikiran bernas dan matang yang diperoleh hasil pembacaan penting kepada negara yang sedang menuju pembangunan pesat. Justeru, cara terbaik memupuk budaya itu adalah menerusi latihan dan membimbing kanak-kanak dalam pembacaan," katanya.

Ahamad berkata, kejayaan program Nilam ialah apabila mampu melahirkan pelajar cemerlang akademik seperti Nur Amalina Che Bakri yang juga tokoh Nilam Kebangsaan 2004. Katanya, kesannya menunjukkan amalan membaca secara berterusan memberikan impak kepada keputusan akademik, walaupun budaya itu bukan sekadar untuk memenuhi keperluan akademik, malahan lebih kepada keperluan kehidupan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai