Anda di halaman 1dari 18

Analisis dan Penilaian Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan Empat A.

PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa sekolah-sekolah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai buku teks khusus sebagai panduan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran pembelajaran mereka. Setiap mata pelajaran dibekalkan dengan buku teks khas yang telah disemak semula berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Semua buku teks KPM telah melalui proses pemerakuan yang tertentu dan memenuhi serta menepati sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran termasuklah buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 yang diterbitkan oleh Percetakan Pelangi Sdn Bhd pada tahun 2002 untuk dijadikan rujukan dalam analisis buku teks ini. Dalam penyediaan buku teks ini, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan diberi penekanan yang khusus. Penggunaan bahasa yang ringkas dan padat. Disamping itu, ilustrasi yang menarik secara tidak langsung merangsang minda pelajar menghayati matlamat dan objektif pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran bagi melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berketrampilan, berdikari, peka terhadap perkembangan teknologi dan keadaan ekonomi semasa selain mampu memberi sumbangan bagi keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini mempunyai 2 tema utama yang merangkumi tajuk Pertanian di Malaysia dan Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan. Kandungan setiap bab telah dilengkapi dengan peta konsep agar para pelajar dapat menggambarkan dengan menyeluruh dan terperinci mengenai kandungan bab terbabit. Selain itu, penelitian dan penekanan telah dilakukan dengan teknik dan kaedah pedagogi yang turut dimuatkan dalam buku teks ini. Hal ini termasuklah Peta Konsep, Jendela ICT, Rangsangan Minda, Sumbang Saran, Kajian Kes, Jurnal Pertanian, Merentasi Kurikulum, Eksperimen, Cabaran Minda dan juga soalan pengayaan yang terdapat di setiap akhir subtopik yang dipelajari. Setiap tema pula disusun mengikut aras Taksonomi Bloom dan disertai dengan objektif yang tertentu seperti Bab 1 yang menekankan aspek pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan pertanian kepada negara dan peranan institusi dalam pembangunan pertanian. Selain itu, bab ini juga mengkehendaki pelajar memahami dan peka terhadap trend, permasalahan, isu-isu semasa pertanian serta menghargai sumbangan pertanian kepada negara. Dalam tema kedua pula pada aras yang lebih tinggi. Bab ini mengkehendaki pelajar faham faktor yag mempengaruhi pertumbuhan dan penghasilan tumbuhan selain dapat menerangkan pengubahsuaian faktor untuk mendapatkan pertumbuhan serta penghasilan yang lebih baik. Selain itu, pelajar diharap dapat mengaplikasikan prinsip saintifik dalam pengeluaran tanaman, menyelesaikan masalah mudah dala pengurusan tanaman selain memperoleh kemahiran semasa menjalankan eksperimen dan amali. Dengan ini, pelajar dapat menyedari dan menghargai kepentingan hidupan serta keseimbangan alam sekitar dalam aktiviti penanaman.

B. MATLAMAT MATA PELAJARAN


Sains Pertanian merupakan satu mata pelajaran elektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ditawarkan di peringkat menengah atas di sesetengah sekolah di bawah kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menegah Vokasional. Mata pelajaran ini disenaraikan di bawah Kumpulan Sains Tulen dan Teknologi. Mata pelajaran ini adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian, Sains, Matematik, dan Geografi semasa di peringkat menengah rendah. Mata pelajaran Sains Pertanian memenuhi keperluan KBSM di peringkat menengah atas berdasarkan sifat praktis dan menggunapakai pelbagai disiplin ilmu merentasi kurikulum. Selain itu, pertanian adalah sumber ketiga terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, pertanian juga mempunyai impak dan potensi yang besar yang dapat mempengaruhi gaya hidup terkini yang mementingkan produktiviti, farmasiutikal dan juga perubatan. Pertanian perlu didedahkan kepada pelajar sebagai satu wadah yang mempunyai keuntungan yang tinggi jika dikawal atur secara teliti dan terancang seperti mana yang digariskan dalam aliran perkembangan pendidikan semasa melalui Transformasi Pendidikan Sekolah Menegah menerusi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memasukkan pendidikan teknik dan vokasional dalam pendidikan am. Pelajar juga didedahkan dengan kerja amali bagi pengaplikasian pembelajaran bilik darjah. Secara umumnya matlamat mata pelajaran Sains Pertanian adalah untuk merangsang ekonomi negara melalui sektor pertanian dan usaha ini perlu dipergiat lagi dari peringkat sekolah. Selain itu, semua negara di dunia bergantung kepada sektor pertanian kerana peranan utamanya menyediakan makanan, samada untuk kegunaan negara atau dieksport ke negara lain. Oleh itu, jelas di sini bahawa matlamat mata pelajaran Sains Pertanian adalah untuk membentuk generasi yang berpotensi untuk memajukan sektor pertanian di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara secara berterusan di masa hadapan.

C. OBJEKTIF MATA PELAJARAN


Pada akhir pembelajaran pelajar diharapkan dapat menguasai 2 tema utama dalam buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini yang menekankan: 1. Pemerolehan pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan pertanian kepada negara. 2. Pemerolehan pengetahuan dan kefahaman tentang peranan institusi dalam pembangunan pertanian. 3. Pemahaman dan kepekaan terhadap trend, permasalahan dan isu dalam pertanian. 4. Penghargaan sumbangan pertanian kepada negara. 5. Pemahaman faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan penghasilan tumbuhan. 6. Penerangan pengubahsuaian faktor untuk mendapatkan pertumbuhan serta penghasilan yang lebih baik. 7. Pengaplikasian prinsip saintifik dalam amalan pengeluaran tanaman. 8. Penyelesaian masalah mudah dalam pengurusan tanaman. 9. Pemerolehan kemahiran semasa menjalankan eksperimen dan amali. 10. Kesedaran dan penghargaan kepentingan hidupan seta keseimbangan alam sekitar dalam aktiviti penanaman. 11. Pemerolehan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang sains pertanian dari segala aspek bermula dari kepentingannya sehingga amalan penjagaan terbaik. 12. Pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian di sekolah mahupun di kawasan kediaman. 13. Perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti dalam bidang pertanian. 14. Penggunaan kemahiran matematik dalam mengukur, mengira dan membuat anggaran. 15. Penggunaan teknologi dalam bidang pertanian bagi meningkatkan lagi hasil. 16. Amalan nilaian murni semasa menjalankan aktiviti dalam bidang pertanian.

H. LAMPIRAN
4.0 ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK TINGKATAN PENULIS EDITOR PENERBIT TEMPAT TERBIT TAHUN TERBIT : Sains Pertanian :4 : Tai Lung Aik : Goh Kin Huat : Percetakan Warni Sdn. Bhd. : Johor Darul Takzim : 2002

ARAHAN Tandakan ( ) pada skor: 1: Lemah 2: Sederhana

3: Baik

4: Cemerlang

Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi. KOMPONEN A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP PERKARA 1 1. Kelengkapan konten SKOR 2 3 ULASAN (halaman dan justifikasi) Cemerlang Konten yang terdapat dalam buku ini lengkap dan memenuhi kriteria pembelajaran. Setiap subtopik diolah dengan baik serta memenuhi setiap aspek pembelajaran mencakupi ilmu sains pertanian serta memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Terdapat dua tema dalam buku ini yang dipecahkan kepada 5 subtopik untuk Bab 1 dan 6 subtopik untuk Bab 2. Setiap bab dilengkapi dengan peta konsep dan setiap subtopik dilengkapi dengan teknik dan kaedah pedagogi yang ditulis dalam bentuk kolum di tepi atau pada sudut helaian.

2. Keluasan konten

3. Kedalaman konten

Baik Konten mencakupi hampir kesemua pembelajaran mengenai sains pertanian daripada perkara asas pada awal bab hingga perkara yang kompleks seperti penggunaan hormon sebagai pengawalatur pertumbuhan tumbuhan pada akhir bab. Sederhana Kedalaman konten berada pada tahap sederhana kerana kupasan sesuatu proses tidak dikupas dengan terperinci. Contohnya pada halaman 78, tidak dinyatakan dengan jelas proses-proses yang berlaku dengan gambarajah yang dilampirkan. Hanya penerangan umum diberikan mengenai kesan air terhadap proses tanaman.

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kesesuaian konten dengan aras Taksonomi Bloom berada pada tahap yang baik. Teknik dan kaedah pedagogi seperti Jendela ICT, Rangsangan Minda, Sumbang Saran, Kajian Kes, Jurnal Pertanian, Merentasi Kurikulum, Eksperimen dan Cabaran Minda mampu menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut kerana sering menyatakan isu-isu semasa. Penambahbaikan perlu diperkaya seperti menambah ruangan aktiviti interaktif yang lebih menyeronokkan. Cadangan aktiviti seperti soalan berbentuk teka silangkata, soalan berbentuk padanan dan permainan berkumpulan bagi menggalakkan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah. Cemerlang B. KETEPATAN 4. Ketepatan konsep, KONTEN definisi dan fakta Konsep, definisi dan fakta diterangkan dengan jelas. 5.Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi Baik Kebanyakan penerangan disertakan dengan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi. Namun begitu, pada halaman 46, contoh yang diberikan pada bahagian d) Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan terlalu ringkas dan tidak mencakupi spesis komersil lain. Hanya ditekankan kepada penorehan getah sahaja.

6. Ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol

7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan.

Baik. Konsistensi istilah bertepatan dengan kandungan, namun begitu pada halaman 126 terdapat istilah seperti kulat mikoriza yang mengelirukan pembaca, sama ada nama tersebut merupakan nama saintifik atau nama vernakular dan gambar rajah kulat tersebut juga tidak dilampirkan. Cemerlang Keseluruhan penulisan dalam buku ini adalah bertepatan dengan daftar ejaan.

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara keseluruhannya, penulisan konten dalam buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini menepati kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penggunaan istilah yang tepat sangat penting dalam memastikan objektif yang ingin disampaikan dapat diterima dengan mudah oleh pelajar. Selain itu, bahasa yang digunakan juga menggunakan nahu yang betul bertepatan dengan dasar untuk merentasi kurikulum. Kekeliruan dalam istilah boleh menyebabkan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Cadangan penambahbaikan adalah dengan memberi penerangan yang lebih jelas dan terperinci mengenai sesuatu istilah baru yang dirasakan agak asing bagi kebanyakan pelajar C.KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi Cemerlang Kesesuaian kandungan dalam buku ini adalah seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi hari ini. Sebagai contoh, bidang pertanian hari ini bukan sahaja berfokus kepada penanaman di ladang sahaja, tetapi turut melibatkan penyelidikan dalam makmal seperti biogenetik. Bidang ini dapat membantu dalam penghasilan varieti tanaman atau ternakan yang baru mengikut ciri-ciri khas yang dikehendaki. (halaman 139)

9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar.

10. Kemutakhiran daftar ejaan

Sederhana Buku ini diterbitkan pada 1 dekad yang lepas iaitu pada tahun 2002. Contoh-contoh yang diberikan kebanyakannya bukan contoh mutakhir. Rujuk halaman 22, Jadual 1.25 yang menunjukkan bilangan beberapa ternakan terpilih (Taburan 1999) yang menunjukkan data bagi 13 tahun yang lalu. Cemerlang Boleh dikatakan keseluruhan ejaan dalam buku ini adalah mutakhir dengan daftar ejaan.

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara keseluruhannya, kemutakhiran konten buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini berada di tahap yang baik. Konten amatlah bersesuaian dengan perkembangan ilmu dan teknologi hari ini. Namun begitu, penggunaan contoh, gambar dan ilustrasi perlulah masih lagi menggunakan reka bentuk lama dan kurang menarik. Contoh-contoh yang tidak mutakhir tidak dapat memberi gambaran sebenar isu semasa kepada pelajar. Penggunaan daftar ejaan yang mutakhir dapat membantu para pelajar untuk lebih mudah memahami konten yang ingin disampaikan. Bagi cadangan penambahbaikan, konten seperti jadual, contoh, gambar dan ilustrasi yang digunakan mestilah mutakhir selaras dengan peredaran semasa. Bagi melaksanakan isu ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum sepatutnya menerbitkan satu halaman sesawang bagi mengemaskini data terbaru dan slaid-slaid terbaru jika ada. Hal ini dianggap remeh tetapi impaknya amat besar kepada pelajar kerana penggunaan kandungan yang mutakhir dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar tentang isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN PELAJAR 11. Sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar Cemerlang Konten buku ini adalah sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar. Susunan topik yang terdapat di dalam buku ini adalah mengikut Taksonomi Bloom sepenuhnya dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi. Oleh itu, pelajar mampu mengembangkan idea secara deduktif. Sebagai contoh, Bab 1 (halaman 1) menggunakan aras kefahaman (Aras 1) dan pengetahuan (Aras 2) berkaitan pertanian di Malaysia. Pelajar akan memasuki aras pengetahuan

12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar

yang lebih sukar apabila mempelajari Bab 2 (halaman 61) yang menggunakan aras aplikasi (Aras 3), aras analisis (Aras 4) aras sintesis (Aras 5) dan aras penilaian (Aras6) berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan. Baik Konten buku ini adalah sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar kerana tidak menyentuh sebarang isu-isu sensitif bagi kaum-kaum tertentu dan lebih bersifat merentas sosiobudaya. Cemerlang Penulisan buku ini menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia). Sebagai contoh pada halaman 36 memaparkan Gambar foto 1.16: Pusat Ternakan Haiwan Padang Hijau, Keluang yang menjalankan program agrotourism.

13. Menggunakan contoh gambar dan kes tempatan (Malaysia)

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara amnya, penyusunan konten buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini bersesuaian dengan kehidupan pelajar serta perkembangan dan kemampuan pelajar. Penyusunan topik adalah mengikut aras Taksonomi Bloom sepenuhnya selain sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar. Proses pembelajaran lebih mudah diterima oleh pelajar yang mempunyai sosiobudaya berbeza. Penggunaan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar dalam memahami isu-isu pertanian di Malaysia. Cadangan penambahbaikan adalah diharapkan penulis dapat memperbanyakkan lagi konten yang bersesuaian dengan kehidupan pelajar agar pelajar lebih mudah menghubungkait ilmu yang dipelajari dengan kehidupan seharian. E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN 14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilainilai tempatan (ikut subjek) Baik Sebagaimana yang sedia maklum, subjek Sains Pertanian merupakan subjek elektif bagi pelajar menengah atas. Penulisan buku ini dimulai dengan tajuk pengenalan iaitu 1.1 Kepentingan Pertanian di Malaysia pada halaman 4.

15. Menumbuhkan nilainilai terhadap gagasan wawasan negara

Tajuk ini sangat penting dalam menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan. Sebagai contoh, apabila pelajar didedahkan dengan tajuk ini, mereka akan menyedari sumbangan ekonomi sektor pertanian kepada negara. Hal ini akan dapat melahirkan sifat patriotik selain menghargai pertanian di dalam diri pelajar. Selain itu, pelajar akan lebih bermotivasi untuk mempelajari Sains Pertanian dengan lebih mendalam lagi. Lemah Secara keseluruhannya, buku ini tidak memaparkan kandungan yang boleh menumbuhkan nilai-nilai terhadap gagasan wawasan negara.

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara umumnya, penyusunan konten buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini kurang memyerlah dari aspek kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan. Namun begitu, permulaan konten buku ini tetap mampu memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan pertanian di Malaysia. Kandungan ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran patriotik kepada para pelajar bahawa betapa pentingnya sektor pertanian kepada ekonomi negara. Jika dilihat dari aspek kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan wawasan negara pula, boleh dikatakan hampir tiada penerapan nilai cintakan negara dalam kandungan buku ini pada subtopik-subtopik berikutnya. Cadangan penambahbaikan adalah bagi mewujudkan satu sudut yang menerapkan unsur-unsur nilai gagasan wawasan negara bagi setiap subtopik. Dengan wujudnya sudut ini, secara tidak langsung pelajar dan guru dapat melahirkan kepekaan terhadap nilai-nilai tersebut. F. FOKUS KENDUNGAN 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar Terdapat nota sisipan pada sesetengah halaman buku teks bagi merangsang minda dan kemahiran eksploratori pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat pertanian. Fakta asas yang menarik juga dimuatkan bagi pelajar menambahkan pengetahuan. Penulis turut memuatkan Jendela ICT sebagai rujukan melalui laman web dan menggalakkan pelajar

17. Memperkembangkan daya kreativiti

memanfaatkan teknologi maklumat dalam mengkaji bidang pertanian dengan lebih meluas. Setiap kaedah dan eksperimen yang disediakan bersesuaian dengan topik konten mengikut sukatan pelajaran. Pelajar dapat berfikir secara meluas dan berusaha untuk mengumpul serta memproses maklumat bagi mendorong pelajar membina idea baru. Contohnya eksperimen menentukan tekstur tanah (Subtopik 2.3, halaman 96).

18. Mengembangkan daya kritikal

19. Mengembangkan kemahiran hidup

Pelajar turut didedahkan kepada aktiviti sumbang saran dan ransangan minda bagi menilai dan membincangkan isu-isu berkaitan mengenai Sains Pertanian bersama guru dan rakan kelas. Selain itu pelajar dapat memanfaatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mereka menguasai bab yang dipelajari. Buku teks ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenali dengan lebih meluas mengenai aspek pengetahuan pertanian, cara dan kaedah penanaman yang betul serta sistematik dan kepentingan pertanian kepada negara. Nilai-nilai yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi pelajar untuk mendapatkan pengalaman dan situasi pertanian sebenar dalam aktiviti kerja lapangan.

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Fokus konten buku teks ini banyak memberi input pengetahuan asas berkenaan Sains Pertanian kepada pelajar dengan memberi gambaran sebenar serta kaedah praktikal untuk diaplikasi dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di lapangan. Walau bagaimanapun guru perlu membimbing pelajar bagi meningkatkan minat pelajar dengan aktiviti-aktiviti praktikal dan pengayaan agar berkesan dan bermanfaat. Sebagai contoh, guru perlu memberi penjelasan yang mendalam dalam mengaitkan setiap konten yang sesuai dengan suasana persekitaran pelajar. Hal ini membolehkan pelajar berupaya memperoleh pengalaman pembelajaran untuk dipraktikkan dengan kehidupan seharian pelajar dan sekaligus meningkatkan kreativiti dan daya kritis dan kritikal pelajar. G. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN 20. Bab dan sub bab dipaparkan secara konsistensi dan sistematik Setiap bahagian dipaparkan dengan menggunakan sistem nombor yang konsisten dan sistematik. Setiap tajuk besar menjadi pendahuluan dan diikuti oleh beberapa sub tajuk kecil sebagai isi berdasarkan kandungan. Rumusan setiap bab dan latihan sebagai penutup juga disediakan. Setiap awalan subtopik dijelaskan dengan peta konsep, definisi dan penggunaan istilah. Perincian topik mengikut sukatan turut disediakan. Fakta yang dinyatakan juga bersesuaian dengan tajuk yang dihuraikan. Huraian yang terdapat dalam buku teks bersesuaian dengan kefahaman pelajar. Isi topik diperincikan dengan jadual, carta aliran dan gambar rajah yang bersesuaian bagi memudahkan pelajar memahami dengan jelas. Kandungan bab di dalam buku teks hanya mengandungi 2 tema utama. Keseimbangan kuantiti bab dan sub bab adalah seimbang.

21. Ketertiban konsep, definis dan fakta

22. Bersifat konstekstual

23. Keseimbangan di antara bab dan sub bab

24. Kesinambungan di antara bab/ sub bab/ topik

25. Keutuhan makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik

Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah selari. Pada awalan bab, pelajar diperkenal dengan asas pengenalan pertanian di Malaysia. Hal ini dapat membantu pelajar memahami turutan konten pembelajaran sebelum dikembangkan dalam bab 2: faktor yang mempengaruh pertumbuhan dan hasil pertumbuhan. Aktiviti eksperimen dan latihan juga disediakan pada akhir setiap sub bab bagi pelajar menguji tahap penguasaan mengenai topik yang diajar. Konten nota yang ditulis dalam buku teks ini menggambarkan tema yang berkaitan dengan sukatan pelajar Sains Pertanian.

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Teknik penyajian kandungan buku teks ini amat memuaskan di mana pelajar diperkenalkan mengenai asas pertanian di Malaysia secara beperingkat dan teratur. Buku teks ini menggunakan Kaedah Pengajaran Tematik. 2 Tema dipilih yang dibahagikan kepada 2 Bab utama. Bab 1: Pertanian di Malaysia dan Bab 2: Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan. Namun begitu, kepelbagaian tema lebih diperlukan memandangkan 2 tema ini terlalu lama untuk dihabiskan dan mungkin terbit rasa bosan dalam diri pelajar. Penulis mungkin boleh menyemak dan membuat pembahagian semula tajuk dan konten mengikut keperluan tema dan konten mengikut kesesuaian. H. PAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN 26. Berpusatkan kepada pelajar Sebahagian daripada buku teks ini juga adalah berpusatkan kepada pelajar. terdapat aktiviti-aktiviti eksperimen yang melibatkan penyertaan pelajar. (halaman 96, para pelajar dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menentukan bagaimana tekstur tanah melalui cara medan dan cara mendapan.) terdapat kajian kes yang diberi memerlukan pelajar cuba berfikir secara mendalam dan memberikan pendapat mereka.

(halaman 40, kajian kes : Ladang kontrak burung puyuh) 27. Pembelajaran kendiri Terdapat ruangan Jendela ICT di sebahagian maklumat atau nota yang diberikan. Ruangan Jendela ICT ini mengandungi alamat laman-laman web terpilih sebagai sumber rujukan atau maklumat tambahan untuk pelajar. (halaman 38,laman sesawang Contract Poultry Farming, maklumat tentang perladangan secara kontrak dalam industri ternakan ayam.) Penyampaian buku teks ini sangat bervariasi sama ada dari segi penyusunan nota dan gambarajah berwarna warni yang dapat menarik minat pelajar untuk membaca buku teks. Terdapat juga pelbagai aktiviti seperti eksperimen dan latihan yang dapat mengukuhkan lagi pengetahuan pelajar. Kandungan buku teks ini tidak mempunyai sebarang bias sama ada dari segi lokasi, gender ataupun etnik. Kandungannya sangat adil dan demokrasi. (halaman 41, menyatakan tanaman-tanaman pertanian yang terdapat di setiap negeri di malaysia.) Gaya paparan buku teks ini dapat mengembangkan kemahiran proses para pelajar dengan memberi paparan proses tentang beberapa pekara seperti carta aliran sistem perladangan secara kontrak (halaman 39), proses dan tindakbalas fotosintesis (halaman 65) serta penyerapan

28. Bervariasi

29. Adil dan demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll)

30. Mengembangkan kemahiran proses

dan translokasi nutrien (halaman 78) 31. Mencipta komunikasi interaktif Daripada kandungan buku teks ini dapat mencipta komunikasi yang interaktif melalui kajian kes yang diberikan kepada pelajar dan meminta pelajar memberikan pendapat mereka. (halaman 40, kajian kes : Ladang kontrak burung puyuh) Selain dari itu, terdapat juga satu sudut di dalam buku teks ini yang melibatkan komunikasi interaktif antara pelajar dan guru iaitu melalui sudut sumbangsaran, dimana pelajar akan diberikan soalan untuk dibincangkan bersama. (halaman 30) Tidak semua aktiviti amali dan praktikal yang terdapat di dalam buku ini menekankan aspek keselamatan. Namun, masih terdapat aktiviti yang menekankan aspek keselamatan dengan menyenaraikan langkahlangkah keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti tersebut. (halaman 97), Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah)

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Secara rumusannya, paparan kandungan pembelajaran sangat baik dan cemerlang sama ada dari segi berpusatkan pelajar, mempunyai pembelajaran kendiri dan paparan bervariasi. Pengolahan kandungan juga adil dan demokrasi, tiada bias mana-mana lokasi, gender atau etnik. Selain dari itu, kandungan buku teks ini dapat mengembangkan kemahiran proses pelajar terhadap subjek ini dengan adanya carta-carta dan gambarajah-gambarajah. Ia juga dapat mencipta komunikasi interaktif dalam pengajaran pembelajaran dengan menjalankan aktiviti kajian kes atau sumbangsaran. Namun begitu, paparan kandungan pembelajaran dalam buku ini perlu ditambah baik lagi dengan menyenaraikan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti amali atau praktikal. Ini supaya semua yang terlibat semasa menjalankan aktiviti ini akan lebih berhati-hati dan menekankan aspek keselamatan. Selain itu, paparan kandungan pembelajaran ini juga perlulah memperbanyakkan lagi gambarajah-gambarajah atau carta alir serta tulisan yang berwarna bagi menarik perhatian pelajar dan memudahkan proses penerimaan dan mengingat.

I.KELENGKAPAN DOKUMENTASI

33. Ada kata penghantar

Terdapat pada halaman (vii) Kata pengantar adalah dipetik daripada Datuk Abdul Rafie bin Mahat(2002). Muka surat 180, glosari ini lebih menyenaraikan terma-terma yang berkaitan dengan teori sains sebagai contoh loam dan gen. Muka surat (62) ada carta/advance organiser tetapi ianya agak kurang menarik kerana tidak berwarna dan kurang meletakkan gambar/visual kerana pada pendapat saya sains pertanian merupakan satu subjek yang hands-on dan real dan pelajar harus dapat membuat gambaran awal (melalui bantuan visual) tentang apa yang bakal dipelajari. Sumber maklumat yang terdapat dalam buku teks ini tidak dikemaskini dan dari sumber 15 tahun lepas. Sebagai contoh Jadual 1.1(halaman4) dan teks(halaman 38) yang memberi data pada tahun 2000 dan 2001.Sumber internet(halaman 91), sumber internet/ web yang dinyatakan dalam buku teks ini agak terhad dan rasanya lebih elok jika senarai web yang berkaitan dengan topik ni diletakkan di di satu ruangan seperti glosari/rujukan dan perlulah mengikut subtopik supaya pelajar dan guru lebih mudah mengaksesnya. Juga, kebanyakkan sumber internet adalah berbahasa Inggeris dan ini mungkin agak sukar bagi para pelajar yang lemah di

34. Definisi istilah dinyatakan

35. Ada carta / Advance organiser pada awal bab

36. Sumber maklumat terkini (teks, data, gambar, diagram, jadual, nama, tarikh & sumber internet).

dalam bahasa Inggeris. 37. Ada rumusan pada setiap topik/bab. Buku teks ini cuma mempunyai 2 bab utama sahaja, jadi rumusan hanya pada bab1( halaman 57) dan bab2(halaman 166 dan 167). Kekurangan pada rumusan kedua-dua bab ini ialah ia tidak menghitamkan perkataan kata kunci atau akronim yang penting.Tetapi, rumusan ia agak baik kerana jika kebiasaan rumusan disediakan di dalam bentuk teks lengkap, ia telah merumuskan dalam bentuk point jadi ia lebih berstruktur serta lebih mudah difahami oleh guru dan pelajar. Cadangan saya ialah, lebih baik jika pada akhir setiap topik diadakan sedikit rumusan kecil. Pada setiap subtopik buku teks ini menyediakan latihan topikal dalam bentuk objektif ,subjektif dan berbentuk esei(halaman 116-120)iaitu mengikut turutan taksonomi. Namun tidak terdapat tugasan ringkas homework kepada pelajar. Pada pendapat saya, soalan dan latihan yang disediakan dalam buku ini lebih menjerumus kepada penilaian kognitif dan sedikit penilaian afektif. Tetapi, psikomotor tidak ditekankan di dalam buku ini, dan lebik elok sekiranya aspek psikomotor diambil kira sebagai satu tugasan/latihan mini kerana subjek sains pertanian memerlukan latihan amali dan kemahiran pelajar dalam aspek

38. Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab.

39. Ada bibliografi/ rujukan terkini

40. Terdapat Indeks

41. Ada lampiran (bagi perkara yang berkaitan)

Jika melihat kepada tahun penerbitandan percetakan buku teks(2002), rujukan paling mutakhir ialah pada tahun 1990 (halaman 182) jadi, sumber rujukan boleh dikatakan agak lama, namun mungkin rujukan yang disenaraikan ini sesuatu yang autentik jadi ia dikekalkan. selebihnya, rujukan yang disenaraikan lebih kepada rujukan luar (luar dari Malaysia) manakala rujukan tempatan agak terhad bilangannya. Indeks terdapat pada halaman 183 dan halaman 184. Kandungan pada indeks agak lengkap namun pada U,V,W,X, dan Z agak sedikit manakala Y tiada langsung. Penambahbaikan boleh diadakan sekiranya perkataan yang disenaraikan pada indeks ini ditebalkanbold atau di italic kan supaya pencarian lebih mudah. Tiada sebarang lampiran disediakan di dalam buku teks ini. Sebagai penambahbaikan buku teks ini boleh disertakan dengan CD pembelajaran interaktif memandangkan pada abad ke-21 ini penyerapan teknologi terutamanya teknologi maklumat(IT) mesti didedahkan kepada para guru dan pelajar.

RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Sebagai rumusan untuk bahagian I. iaitu kelengkapan dokumentasi buku teks ini boleh dikatakan sebagai lengkap. Ini dapat dilihat dengan adanya item-item seperti kata pengantar, definisi istilah, advance organizer, sumber maklumat, rumusan setiap topik, tugasan/latihan, bibliografi dan indeks. Cuma, lampiran sahaja yang tidak terdapat di dalam buku teks ini. Walau bagaimanapun ,item-item dalam bahagian I.Kelengkapan dokumentasi seperti yang dinyatakan di atas ada, namun masih terdapat beberapa perkara yang boleh diadakan penambahbaikan. Sebagai contoh penggunaan akromin sebagai contoh TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan), MOA(Ministry of Agriculture), FELDA atau MARDI juga boleh disenaraikan di dalam bahagian glosari supaya pelajar dapat mengaitkan pelajaran dengan realiti sebenar bidang pertanian di Malaysia. Selain dari itu, pada akhir setiap topik boleh disediakan sedikit rumusan kecil. Untuk latihan/tugasan adalah lebih berkesan sekiranya aspek psikomotor diambil kira sebagai satu tugasan/latihan mini kerana subjek sains pertanian memerlukan latihan amali dan kemahiran pelajar dalam aspek psikomotor adalah sangat penting. Pada bahagian indeks penambahbaikan boleh diadakan sekiranya perkataan yang disenaraikan pada indeks ini ditebalkan atau dicondongkan supaya pencarian lebih mudah dilakukan. Akhir sekali, sebagai penambahbaikan buku teks ini juga boleh menyertakan CD pembelajaran interaktif memandangkan pada abad ke-21 ini penyerapan teknologi terutamanya teknologi maklumat (IT) mesti didedahkan kepada para guru dan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai