Anda di halaman 1dari 26

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDRA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

PENGENALAN

SIAPA PENGAWAS?
Pengawas sekolah adalah kumpulan murid yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin murid ke tahap yang lebih baik. Pengawas dianggap mata dan telinga sekolah.

SIAPA PENGAWAS?
Pengawas juga adalah pelajar , mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Ringkasnya, pengawas adalah pemimpin pelajar di peringkat sekolah.

PEMIMPIN MESTILAH
Beriman dan bertaqwa kepada Allah Memiliki sahsiah yang cemerlang seperti amanah, adil, thiqah (dipercayai), sabar, ikhlas dan bertanggungjawab. Berilmu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki.

PEMIMPIN ITU
Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: Wahai Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah).
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

PEMIMPIN ITU
Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya. ( Riwayat Muslim )

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

BIDANG TUGAS PENGAWAS

PENGAWAS ITU
Bangga dengan tugasnya. Sentiasa tahu dan mahu bertugas. Bekerja tanpa disuruh, berusaha bersungguhsungguh. Petah tuturkatanya, bijak tegurannya. Bijak dalam tindakan, cantik dalam penampilan.

TANGGUNGJAWAB ANDA
Melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat menerusi penguatkuasaan peraturanperaturan sekolah. Menjadi pemimpin dan contoh teladan kepada murid-murid yang lain.

BIDANG TUGAS UMUM


Melaksanakan segala arahan daripada Ketua Pengawas sekolah. Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan peraturan dan disiplin di sekolah. Mencatat kesalahan murid dan melaporkan sebarang salahlaku disiplin murid kepada guru.

BIDANG TUGAS UMUM


Mengawasi kelas ketika ketiadaan guru. Mengendalikan kemasukan murid di pintu pagar/ laluan masuk sekolah. Mengendalikan perhimpunan rasmi, bacaan doa pagi dan majlis-majlis yang ditentukan pihak sekolah. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan bersih.

BIDANG TUGAS UMUM


Melaksanakan tugas mengawal murid pada waktu rehat di kantin. Menguruskan dan menceriakan bilik gerakan pengawas. Menjadi model / contoh teladan kepada murid yang lain. Melaksanakan tugas seperti yang telah dientukan di dalam jadual tugasan.

BIDANG TUGAS UMUM


Berucap dan mengendalikan program yang ditentukan oleh pihak sekolah. Mewujudkan papan kenyataan pengawas yang informatif. Mengenalpasti masalah murid / murid yang bermasalah dan memaklumkan kepada guru. Membantu guru melaksanakan spot check ke atas murid.

IKUTANKAH BILA
Tidak berpakaian kemas Tidak mematuhi peraturan sekolah Membuat bising dan bermain di dalam kelas Malas menyiapkan tugasan / kerja sekolah

IKUTANKAH BILA
Sentiasa datang lewat Ponteng sekolah Berlagak dan sombong Tidak menghormati guru Gagal dalam peperiksaan

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

TATACARA BERTUGAS

TATACARA BERTUGAS
Perhimpunan rasmi dan perhimpunan pagi Bacaan doa pagi Pintu masuk sekolah

Waktu rehat / kantin sekolah

PERHIMPUNAN RASMI
Pengacara majlis
Hadir awal, mendapatkan teks ucapan daripada guru bertugas dan bersedia untuk memulakan majlis. Membaca teks ucapan pengacara majlis seperti yang ditentukan oleh guru. Memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan teratur.

PERHIMPUNAN RASMI
Pengawas Kelas
Hadir awal dan bergerak ke kelas yang ditugaskan. Mengiringi murid ke dewan perhimpunan sebelum perhimpunan dimulakan. Memastikan kehadiran penuh murid ke majlis perhimpunan rasmi. Meluruskan barisan murid.

PERHIMPUNAN RASMI
Pengawas Kelas
Berdiri tegak di sisi dewan dalam keadaan teratur dan tertib. Memastikan murid tidak membuat bising dan mengambil tindakan terhadap murid yang bising. Membawa pulang murid ke kelas dalam keadaan senyap dan tertib. Mengawal kelas ketika ketiadaan guru.

BACAAN DOA PAGI


Hadir awal ke sekolah. Bergerak ke pejabat sekolah dan menyempurnakan bacaan doa pagi. Pengawas lain memastikan murid berbaris di luar kelas dan membaca doa pagi.

PINTU MASUK SEKOLAH


Hadir awal ke sekolah Membawa buku nota kecil, bergerak ke pintu masuk sekolah dan tunggu di pintu masuk sehingga loceng dibunyikan. Memanggil dengan sopan dan mencatat nama murid yang datang lewat. Murid yang telah memasuki kawasan sekolah tidak boleh keluar kembali.

WAKTU REHAT / KANTIN


Pengawas yang bertugas hendaklah makan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas. Memastikan murid beratur ketika membeli / mengambil makanan di kaunter. Mencatat nama murid yang melakukan kesalahan / tidak memberikan kerjasama dan melaporkannya kepada guru.

PENUTUP
Diharapkan menerusi kursus ini, para pengawas SKSI menyedari dan mengetahui akan bidang tugas dan tanggungjawab anda. Tugas ini merupakan amanah yang wajib dan mesti anda laksanakan selagi anda menyarung blazer dan uniform pengawas. Bagi pengawas, tiada istilah tidak boleh dan tidak tahu.

RENUNGAN
Jika anda gagal merancang, bererti anda merancang untuk gagal. Try your best, then let your God do the rest.

Anda mungkin juga menyukai