Anda di halaman 1dari 12

PENGAWAS:

Peranan &
Tanggungjawab
PERANAN & TANGGUNGJAWAB
SEBAGAI SEORANG PENGAWAS
SEKOLAH
DEWAN & PERHIMPUNAN PAGAR DEPAN / BELAKANG

DI DALAM KELAS TANDAS

BILIK-BILIK KHAS KANTIN

BLOK A & B
Tugas & Tanggungjawab
• Mengawal disiplin pelajar.
• Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas muda.
• Menjaga imej dan nama baik sekolah.
• Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada
rakan-rakan pelajar.
• Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
• Mematuhi peraturan sekolah juga menguatkuasakannya.
• Memimpin rakan-rakan pelajar.
• Mencegah kes jenayah di sekolah.
Tugas & Tanggungjawab
• Menghormati guru.
• Tidak berat sebelah dalam tugas harian.
• Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi.
• Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar Iain.
• Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum,sahsiah dan disiplin.
• Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada
Badan Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
Tugas & Tanggungjawab
• Mengenal pasti pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah
sikap mereka.
• Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka
yang bersalah.
• Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
• Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal
daripada masa yang ditetapkan.
• Membantu mengawas kelas ketika guru tiada dalam kelas
SIFAT SEORANG PENGAWAS
PERANCANG

PENDEDAH PENDORONG

PEMBIMBING ROLE MODEL

PERUNDING
PERANAN DI PINTU PAGAR SEKOLAH

• Datang tepat atau lebih awal semasa bertugas.


• Memberi salam kepada guru, staf , dan murid sekolah.
• Memantau setiap murid yang datang ke sekolah.
• Mengenalpasti murid semasa masuk ke kawasan sekolah seperti rambut yang tidak diikat,
baju yang tidak dimasukkan kedalam seluar dan lain-lain
• Memberitahu guru yang bertugas di pagar sekolah jika terdapat masalah atau kesalahan
daripada pelajar.
• Dekati murid yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah.
PERANAN DI KANTIN

• Pastikan pelajar beratur mengikut saluran yang betul semasa di kaunter membeli
• Pasti pelajar makan di meja dalam keadaan senyap dan terkawal.
• Memberitahu pelajar untuk letakkan makanan kedalam bekas disediakan lalu terus beratur
jika sudah selesai makan
• Dekati pelajar yang terlampau bising dan tegur secara berhemah.
PERANAN DI KANTIN
• Memastikan kantin berada didalam keadaan bersih sepanjang waktu rehat. Dekati pelajar
yang melakukan kotoran untuk segera membersihkannya.
• Memberikan laporan kepada guru bertugas jika terdapat masalah yang berlaku di kantin
• Jika terdapat pelajar yang degil dan tidak mengikut arahan. Perhatikan, kesan namanya, dan
laporkan kepada guru bertugas.
• Elakkan murid melakukan bising semasa beratur.
• Kawal murid sepanjang masa, dan elakkan menyertai mereka untuk bersembang atau
bergaul dengan mereka.
PERANAN SEMASA PERHIMPUNAN
• Sentiasa peka dengan tugasan mingguan yang diberikan :
• Mengambil, mengatur dan menyimpan kerusi
• Menyediakan PA system
• Memasang, menaikkan dan menurunkan bendera dengan betul.
• Memastikan murid beratur dalam barisan dengan baik.
• Menjadi pengerusi majlis
• Membaca ikrar dan bacaan doa

• Sentiasa berada di dalam kedudukan masing-masing. Elakkan berkumpul dan sentiasa memantau
• Mengawal disiplin murid.
• Perhatikan tingkah laku murid dan kelakuannya.
• Sebut nama mereka secara berhemah.
• Mengenal pasti dan mencatat nama murid yang melakukan kesalahan.
• Memantau kekemasan diri murid.
• Memberi isyarat senyap jika perlu
PERANAN SEMASA DI BLOK A DAN B
• Memantau di blok A dan B pada awal pagi dan waktu rehat.
• Memastikan tiada murid yang masih berada di kelas.
• Memastikan tiada murid yang berkumpul di koridor.
• Mengarahkan murid supaya terus berada di dewan atau kantin.
• Meronda kawasan
• Memantau disiplin dan pergerakan murid-murid semasa naik dan turun ke kelas
• Mencatat kesalahan murid dan laporkan kepada guru
PERANAN SEMASA DALAM KELAS
• Mempamerkan contoh yang baik semasa pembelajaran berlangsung.
• Membantu guru memantau dan mengawal keadaan kelas ketika pertukaran guru
• Memastikan tugasan yang diberikan oleh guru sentiasa disiapkan.
• Menjadi seorang yang proaktif terhadap keadaan sekeliling semasa di dalam kelas
• Mengenalpasti dan memaklumkan kepada guru yang bertugas sekiranya berlaku sebarang masalah
• Mengelakkan murid merayau dari kelas.
• Membantu ketua dan penolong kelas menjaga kelas.
• Memastikan kelas kekal bersih dan ceria, menegur murid yang melakukan kotor secara berhemah

Anda mungkin juga menyukai