Anda di halaman 1dari 27

KURSUS MOTIVASI

PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM
KURSUS MOTIVASI PENGAWAS

PENGENALAN
SIAPA PENGAWAS?
• Pengawas sekolah adalah kumpulan murid
yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
untuk membantu pihak sekolah, terutamanya
dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin
murid ke tahap yang lebih baik.
• Pengawas dianggap mata dan telinga sekolah.
SIAPA PENGAWAS?
• Pengawas memerlukan keyakinan diri untuk
bertugas dengan penuh dedikasi dan
berketrampilan.
• Ringkasnya, pengawas adalah pemimpin
pelajar di peringkat sekolah.
PEMIMPIN MESTILAH…
• Berdisiplin dan bersahsiah mulia
• Maju dalam akademik
• Berhemah tinggi
• Prihatin
• Berkeyakinan
• Tidak mementingkan diri
KURSUS MOTIVASI PENGAWAS

PERHIMPUNAN RASMI
ATURCARA PERHIMPUNAN
• Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
• Bacaan Doa
• Nyanyian Lagu Negaraku
• Bacaan Ikrar
• Ucapan Guru Bertugas Mingguan
• Ucapan Pihak Pentadbiran
• Penutup
IKRAR MURID
Kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam berikrar:
• Akan menjaga nama baik sekolah
• Menghormati guru-guru dan ibubapa
• Bertanggungjawab dan bertimbang rasa
• Bersikap jujur, ikhlas dan amanah
• Bersemangat kesukanan
• Dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara:
– Kepercayaan kepada Tuhan
– Kesetiaan kepada raja dan negara
– Keluhuran perlembagaan
– Kedaulatan undang-undang
– Kesopanan dan kesusilaan
PEMIMPIN ITU…

Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW


sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau
meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau
diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan
(tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa
permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah).”

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie


dan Ahmad)
PEMIMPIN ITU…

“ Ia (iaitu kepimpinan) adalah


amanah dan di akhirat ia
menjadi kehinaan dan
penyesalan kecuali mereka
yang mengambilnya dengan
hak dan melaksanakan
tanggungjawab yang
diamanahkan di dalamnya.”
( Riwayat Muslim )
KURSUS MOTIVASI PENGAWAS

BIDANG TUGAS PENGAWAS


PENGAWAS ITU…
• Bangga dengan tugasnya.
• Sentiasa tahu dan mahu bertugas.
• Bekerja tanpa disuruh, berusaha bersungguh-
sungguh.
• Petah tuturkatanya, bijak tegurannya.
• Bijak dalam tindakan, cantik dalam
penampilan.
TANGGUNGJAWAB ANDA
• Melaksanakan segala tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak
sekolah.
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan
selamat menerusi penguatkuasaan peraturan-
peraturan sekolah.
• Menjadi pemimpin dan contoh teladan
kepada murid-murid yang lain.
BIDANG TUGAS UMUM
• Melaksanakan segala arahan daripada Ketua Pengawas
sekolah.
• Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan peraturan
dan disiplin di sekolah.
• Mencatat kesalahan murid dan melaporkan sebarang
salahlaku disiplin murid kepada guru.
• Mengawasi kelas ketika ketiadaan guru.
• Mengendalikan perhimpunan rasmi, bacaan doa pagi dan
majlis-majlis yang ditentukan pihak sekolah.
• Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat
dan bersih.
BIDANG TUGAS UMUM
• Melaksanakan tugas mengawal murid pada waktu rehat
di kantin.
• Menguruskan dan menceriakan bilik gerakan pengawas.
• Menjadi model / contoh teladan kepada murid yang lain.
• Melaksanakan tugas seperti yang telah ditentukan di
dalam jadual tugasan.
• Mengenalpasti masalah murid / murid yang bermasalah
dan memaklumkan kepada guru.
• Membantu guru melaksanakan spot check ke atas murid.
IKUTANKAH BILA…
• Tidak berpakaian kemas
• Tidak mematuhi
peraturan sekolah
• Membuat bising dan
bermain di dalam kelas
• Malas menyiapkan
tugasan / kerja sekolah
IKUTANKAH BILA…
• Sentiasa datang lewat
• Ponteng sekolah
• Berlagak dan sombong
• Tidak menghormati guru
• Gagal dalam peperiksaan
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

TATACARA BERTUGAS
TATACARA BERTUGAS
Perhimpunan rasmi dan
perhimpunan pagi

Bacaan doa pagi

Pintu masuk sekolah

Waktu rehat / kantin sekolah


PERHIMPUNAN RASMI
• Pengacara majlis
– Hadir awal, mendapatkan teks ucapan daripada
guru bertugas dan bersedia untuk memulakan
majlis.
– Membaca teks ucapan pengacara majlis seperti
yang ditentukan oleh guru.
– Memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar
dan teratur.
PERHIMPUNAN RASMI
• Pengawas Kelas
– Hadir awal dan bergerak ke kelas yang ditugaskan.
– Mengiringi murid ke dewan perhimpunan sebelum
perhimpunan dimulakan.
– Memastikan kehadiran penuh murid ke majlis
perhimpunan rasmi.
– Meluruskan barisan murid.
PERHIMPUNAN RASMI
• Pengawas Kelas
– Berdiri tegak di sisi dewan dalam keadaan teratur
dan tertib.
– Memastikan murid tidak membuat bising dan
mengambil tindakan terhadap murid yang bising.
– Membawa pulang murid ke kelas dalam keadaan
senyap dan tertib.
– Mengawal kelas ketika ketiadaan guru.
BACAAN DOA PAGI
• Hadir awal ke sekolah.
• Bergerak ke pejabat sekolah dan
menyempurnakan bacaan doa pagi.
• Pengawas lain memastikan murid berbaris di
luar kelas dan membaca doa pagi.
PINTU MASUK SEKOLAH
• Hadir awal ke sekolah
• Membawa buku nota kecil, bergerak ke pintu
masuk sekolah dan tunggu di pintu masuk
sehingga loceng dibunyikan.
• Memanggil dengan sopan dan mencatat nama
murid yang datang lewat.
• Murid yang telah memasuki kawasan sekolah
tidak boleh keluar kembali.
WAKTU REHAT / KANTIN
• Pengawas yang bertugas hendaklah makan
terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas.
• Memastikan murid beratur ketika membeli /
mengambil makanan di kaunter.
• Mencatat nama murid yang melakukan
kesalahan / tidak memberikan kerjasama dan
melaporkannya kepada guru.
PENUTUP
• Diharapkan menerusi kursus ini, para
pengawas SKSI menyedari dan mengetahui
akan bidang tugas dan tanggungjawab anda.
• Tugas ini merupakan amanah yang wajib dan
mesti anda laksanakan selagi anda menyarung
blazer dan uniform pengawas.
• Bagi pengawas, tiada istilah tidak boleh dan
tidak tahu.
RENUNGAN
• Jika anda gagal merancang, bererti anda
merancang untuk gagal.
• Try your best, then let your God do the rest.

Anda mungkin juga menyukai