Anda di halaman 1dari 10

Apakah konsep asas dalam hubungan etnik?

Huraikan aplikasi tiga konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat malaysia

Konsep Masyarakat

Masyarakat - Kamus Dewan: kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara tertentu -terbina hubungan sosial, contohnya; gotong-royong, majlis keraian dan lainlain.

Berkelompok;

Berbudaya;

Mengalami perubahan;

Ciri-ciri utama masyarakat

Berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar) Mempunyai kepimpinan; dan

Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.

Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya.

Contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan sebagainya.

Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya , memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu.

Dari keterangan di atas dapatlah dikatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa atau masyarakat majmuk.

Konsep Budaya
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-satu kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya.

Boleh dipelajari Boleh diwarisi Boleh dikongsi

Budaya tidak lahir dengan sendiri, oleh itu ia mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya.
Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu. Budaya boleh diamalkan juga oleh etnik lain.Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia. Budaya berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Sebagai contoh, sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan berubah kepada atap genting dewasa ini. Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya mencintai alam sekitar dan menghormati orang tua. Unsur-unsur berupa imej (bendera, warna, logo, lambang dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

BUDAYA

Boleh berubahubah Bersifat sejagat


Mempunyai unsur simbolik

Konsep Perpaduan dan Integrasi


Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tana air.
Integrasi: satu proses bagi mewujudkan sati identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan, politik

Integrasi wilayah

Mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara yang maju dan kurang maju contohnyan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur atau Semenanjung dan Sabah/Sarawak

Integrasi ekonomi

Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik

Integrasi kebudayaan

Membentuk satu kebudayaan kebangsaan

Integrasi sosial

Merangkumi usaha-usaha untuk menyatupadukan rrakyat melalui aktiviti sosial antaranya sukan, pendidikan (aktiviti kokurikulum), kesihatan dan sebagainya
Mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi JERI. Contoh penubuhan sekolah Wawasan, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari

Integrasi pendidikan

Integrasi politik

Menyatukan rakyat melalui kerjasama politik seperti Parti Perikatan

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai