Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU PETI SURAT 10491 88805 KOTA KINABALU, SABAH.

TEL : 088-210646 088-210979 FAKS: 088-217124

LamanWeb : http://www.sabah.edu.my/mpg Emel : mpg@sabah.edu.my

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI-SR & DPLI-PAKK)

BAHASA INGGERIS (SEKOLAH RENDAH)


Semester 2 Sesi: Jun Nov 2012

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TARIKH: 12 JULY 2012

TEMPAT LAWATAN: KK WETLAND

ANJURAN: Kursus Pendidikan Alam Sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

GURU CEMERLANG NEGARA GEMILANG

KERTAS KERJA PROGRAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU WETLAND CENTER (KK WETLAND) Kota Kinabalu Wetland Centre (KK Wetland) terletak di Likas iaitu hanya dua kilometer ke timur laut Bandaraya Kota Kinabalu iaitu dengan mengambil masa selama 10 minit perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Ia lebih dikenali sebagai tempat Perlindungan Burung yang meliputi kawasan seluas 24 hektar (60 ekar) hutan paya bakau. Kawasan ini merupakan kawasan tanah lembap yang mempunyai jumlah kawasan paya bakau yang luas. Oleh kerana ianya merupakan tempat persinggahan burung-burung maka ia juga sesuai dijadikan sebagai pusat pendidikan dan rekreasi. Antara spesies burung yang sering didapati di sini ialah spesies yang berhijrah dari kawasan-kawasan sejauh Asia Utara, Siberia dan China Utara seperti Burung Kedidi, Greenshank, Redshank, bangau, pucung dan juga burungburung silara umpamanya collared kingfisher serta stork-billed kingfisher. Sehingga kini hampir 80 spesies burung telah dikenal pasti di tempat perlindungan ini. Namun begitu, burung-burung ini hanya dapat dilihat pada bulan September hingga April setiap tahun. Kawasan ini dijadikan sebagai kawasan Santuari burung pada tahun 1996 dan diwartakan sebagai tapak warisan budaya negeri pada tahun 1998. Pusat tanah lembap ini merupakan tempat tinggal kepada hidupan paya bakau seperti ketam rebab yang berwarna-warni dan ikan tembakul yang kecil lagi licik, serta burung tempatan dan persinggahan bagi burungburung hijrah. Pusat Tanah Lembap ini menjadi mercu tanda rizab alam semulajadi dan rekreasi kepada penduduk tempatan dan para pelancong, beberapa kemudahan seperti tempat pemerhatian burung, menara pemerhati dan pusat pendidikan alam sekitar dibina para pelawat dapat berinteraksi dan belajar tentang ekosistem tanah lembap di kawasan ini. KawasanTanah Lembap ini diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Pemuliharaan TanahLembap Sabah (Sabah Wetlands Conservation Society). Menurut The Ramsar Convention (1971), tanah lembap adalah kawasan marsh, fern, paya gambut berair sama ada semulajadi atau buatan, kekal atau sementara, dengan aliran statik atau mengalir, air tawar, payau atau masin, termasuk kawasan marin yang kedalamannya tidak melebihi 6 meter pada waktu air surut. Tanah lembap juga boleh didefinisikan sebagai kawasan berair yang boleh menampung pelbagai hidupan dan kebanyakan tanah lembap akan diliputi oleh lapisan air yang cetek. Memandangkan Kota Kinabalu Wetland mempunyai kepelbagaian spesis flora danfauna, maka KK Wetland sesuai dijadikan kawasan pelancongan alternatif yang berkonsepkan eko-pelancongan. Ini kerana pengunjung atau pelancong yang datang kesini kebanyakkannya terdiri daripada pelancong-pelancong yang cintakan alam sekitar dan menekankan penjagaan ekosistem di kawasan tersebut. Disamping itu KK Wetland juga menyediakan tempat untuk pengujung yang ingin melakukan aktiviti mengenai alam sekitar seperti mengkaji pokok hidupan flora dan fauna. OBJEKTIF LAWATAN KE KK WETLAND: Antara objektif lawatan ke Kota Kinabalau Wetland (KK Wetland) Center ialah :i) Mengetahui inventori tarikan eko-pelancong yang terdapat di KK Wetland ii) Mengetahui tarikan-tarikan yang terdapat di KK Wetland . iii) Untuk melihat pengaruh pelancong terhadap habitat flora dan fauna KK Wetland.

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk mengadakan Program .

2.0

PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Guru pelatih Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI-SR) Bahasa Inggeris Kumpulan 1 Semester 2 dan Program Diploma Perguruan Ijazah (DPLI-PAKK) Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 2 daripada Kursus Pengajian Alam Sekitar Semester 2 sesi Jun - November 2012, akan mengadakan program Lawatan sosial ke KK Wetland Centre. Program ini bertujuan untuk melaksanakan tugasan bagi kursus PAS 2202 W Pengajian Alam Sekitar.

3.0

MISI

Melahirkan Guru yang cemerlang, berkualiti dan berilmu

4.0

MATLAMAT

4.1 Membentuk dan melahirkan Guru yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 4.2 Melahirkan Guru yang boleh menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program

pembudayaan ilmu. 4.3 Melahirkan Guru yang dapat mengadaptasi pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara menyeluruh.

5.0

OBJEKTIF LAIN

5.1 Mengeratkan hubungan antara peserta. 5.2 Memberikan pengalaman hidup yang menarik kepada peserta.

5.3 Memupuk kerjasama antara guru pelatih yang berbilang kaum.

6.0

TEMA

Guru Cemerlang Negara Gemilang

7.0

ANJURAN DAN ORGANISASI

Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI-SR) Bahasa Inggeris Kumpulan 1 Semester 2 dan Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI-PAKK) Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 2. Kursus Pendidikan Alam Sekitar (Sesi: Jun November 2012) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Rujuk lampiran A.

8.0

TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Nama Program : Lawatan sambil belajar ke KK Wetland Centre Tarikh : 12 Julai 2012 Masa : 2.00pm 06.00pm

9.0

TEMPAT PROGRAM

1. KK WETLAND CENTRE

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta seramai 43 orang. Jumlah pesyarah seramai 2 orang.

11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

12.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C

13.0

PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, sumbangan dan urusan, sila hubungi :

:- dpli.sains@gmail.com :- 012 864 9960 ( u/p : Sabrinah Hj Mohd Saufie ) Timbalan Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar Kursus Pendidikan Alam Sekitar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI-SR) Bahasa Inggeris Kumpulan 1 Semester 2 (Sesi: Jun-November 2012) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

14.0

PENUTUP Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak Tuan dan pihak IPG Kampus Gaya khususnya. Kami juga berharap agar mendapat bantuan perkhidmatan bas bagi melancarkan acara program ini dilaksanakan. Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah:

...................... (JESLEZRA BIN TABA) Ketua Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar Kursus Pendidikan Alam Sekitar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI-SR) Bahasa Inggeris Kumpulan 1 Semester (Sesi: Jun-November 2012) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Disemak dan disahkan oleh:

........................................................................ (EN NOR AZNAN HJ MAHMOOD) Pensyarah Penasihat Program Lawatan Sambil Belajar Kursus Pendidikan Alam Sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

LAMPIRAN A CARTA ORGANISASI PROGRAM Penaung Puan Salmah Binti Abdullah Pengarah IPG Kampus Gaya Pengerusi Puan Lee Yoke Yee Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Penyelaras Ms Carole Anne Justin Jabatan Sains Penasihat I En Nor Aznan Hj Mahmood Ketua Pengarah Jeslezra bin Taba (DPLI-SR BI 1) 010-9488523 Timbalan Pengarah Kartini binti Itantoro (DPLI-PAKK) 014-6759027 Setiausaha Adliah binti Badiozaman (DPLI-PAKK) 017-5048285 Bendahari Susanti Bacho (DPLI-SR BI 1) 014-2015315 Pengarah Program Pengarah Pengangkutan Pengarah Tugas-Tugas Khas : Edmond Gidang (DPLI-PAKK) : Yayah Arshad (DPLI-PAKK) : Fedwin Masikong (DPLI-SR BI 1)

Pengarah Dokumentasi & Teknikal : Florence Suduyin (DPLI-SR BI 1)

LAMPIRAN B TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KK WETLAND CENTRE 12 JULAI 2012

TARIKH DAN MASA 2.00 PETANG 2.10 PETANG 2.40 PETANG 4.30 5.30 PETANG

PERKARA BERKUMPUL DI IPG GAYA TAKLIMAT RINGKAS DAN BERTOLAK TIBA DI KK WETLAND LAWATAN TAMAT DAN BERTOLAK KE IPG GAYA

LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

Anggaran Perbelanjaan

BIL

PERKARA

RM

1. 2

Tiket Masuk KK Wetland bagi peserta (RM8 x 42 peserta + 1 FOC) Nota: Tanggungan tiket masuk seorang peserta program adalah percuma kerana mempunyai lesen pemandu pelancong Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

RM

336.00

RM 336.00

Anda mungkin juga menyukai