Anda di halaman 1dari 1

Allahumma Antal Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, merafakan kesyukuran dan pujian

terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya kami berkumpul disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami terhadap pendidikan. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi . Ya Allah.. berkatilah majlis ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini. Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai