Anda di halaman 1dari 2

Sistem Peredaran Darah Manusia >>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<< Sistem peredaran darah manusia

dikenali sebagai sistem peredaran tertutup dan ganda dua (double closed and complete circulatory system).

Ini kerana darah mengalir dalam salur darah berterusan melalui jantung (heart) sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap (complete circulatory).

Oleh itu, sistem peredaran ganda dua (double circulatory system) pada manusia terdiri daripada dua sistem peredaran yang utama: 1. Sistem peredaran pulmonari (pulmonary circulation). (jantung peparu jantung) 2. Sistem peredaran sistemik (systemic circulation). (jantung semua tisu badan jantung)

Sistem peredaran darah manusia.

Sistem peredaran pulmonari.

Darah terdeoksigen (deoxygenated blood) dipam keluar dari ventrikel kanan (right ventricle) ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke peparu kiri dan kanan. Di peparu (lungs), pertukaran gas berlaku. Darah terdeoksigen dalam arteri pulmonari menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen (oxygenated blood) yang kemudian diangkut dari peparu ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari (pulmonary vein).

Ventrikel kanan Arteri pulmonari Peparu Vena pulmonari Atrium kiri

Fungsi utama sistem peredaran pulmonari adalah untukmembolehkan darah terdeoksigen menjadi darah beroksigen.

Sistem peredaran sistemik.

Darah beroksigen dari peparu, yang memasuki atrium kiri jantung, dipam ke dalam ventrikel kiri dan seterusnya dipam keluar dari jantung melalui aorta. Darah yang dipam keluar dari jantung berada dalam tekanan tinggi. Aorta bercabang untuk membentuk arteri, yang membawa darah beroksigen ke semua tisu badan. Pertukaran gas dan nutrien (nutrient) berlaku di sel badan sesuatu organ. Darah yang diangkut keluar dari organ melalui vena adalah darah terdeoksigen. Darah dari vena di semua tisu badan akan disalurkan ke dalam vena kava (vena cava) dan dialirkan ke dalam atrium kanan jantung.

Atrium kiri Ventrikel kiri Aorta Tisu badan Vena kava Atrium kanan

Fungsi utama sistem peredaran sistemik adalah untukmembolehkan darah beroksigen dibawa dari jantung ke semua tisu badan.

Anda mungkin juga menyukai