Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Struktur jantung

Jantung merupakan satu pam berotot. Menurut Choo Y.T. et.al (2001), otot jantung
merupakan otot yang paling kuat dalam badan manusia. Jantung berbentuk seperti pir dan
mempunyai berat antara 340-396 g. Menurut Evelyn C.(2002), jantung terletak dalam toraks,
antara dua paru-paru di belakang sternum, dan lebih menghadap ke kiri daripada kanan.

Dinding jantung terdiri daripada otot kardium yang mengecut secara automatik tanpa
kawalan saraf dan disifatkan sebagai miogenik. Jantung terdiri daripada 4 ruang yang
dipanggil atrium kiri, autrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Atrium kiri dan atrium
kanan ialah ruang atas jantung manakala ventrikel kiri dan ventrikel kanan ialah dua ruang
bawah jantung. Bahagian kiri dan kanan jantung dipisahkan antara satu sama lain oleh
dinding jantung yang dinamakan septum yang mengelakkan darah beroksigen di sebelah kiri
tidak bercampur dengan darah terdeoksigen di sebelah kanan.

Ruang atrium adalah lebih kecil daripada ruang ventrikel. Dinding atrium juga lebih nipis
daripada dinding ventrikel kerana atrium hanya mengepam darah ke dalam ventrikel di
bawahnya manakala ventrikel pula terpaksa mengepam darah ke organ badan yang lain
dengan tekanan yang lebih tinggi. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dan berotot
berbanding dengan dinding ventrikel kanan kerana ventrikel kiri perlu mengepam darah ke
seluruh badan manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu sahaja.
Jantung juga mempunyai injap yang memastikan bahawa darah yang memasuki jantung
mengalir dalam satu hala. Injap terdapat dalam jantung seperti injap tricuspid yang terletak
di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. Injap bikuspid pula terletak di antara atrium kiri
dan ventrikal kiri dan kedua-dua injap ini memastikan tiada aliran balik darah dari ventrikel
ke atrium. Terdapat juga injap sabit pada pangkal arteri pulmonary dan aorta yang
mengelakkan aliran balik darah ke ventrikel kiri dan kanan.

Pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava, terdapat suatu bekas tisu
gentian kardium yang dinamakan nodus sinoatrium (SA) yang disebut sebagai perentak dan
ianya menjana impuls saraf yang menyebabkan otot kardium mengecut secara sponan
untuk memulakan denyutan jantung.

Mekanisme pengaliran darah di jantung

Darah dari semua bahagian badan mengalir balik ke atrium kanan melalui vena kava. Vena
kava anterior membawa balik darah terdeoksigen dari kepala dan anggota hadapan ke
jantung. Vena kave posterior pula membawa balik darah terdeoksigen dari anggota bawah
dan organ badan yang lain. Selepas itu, darah terdeoksigen memenuhi atrium kanan dan
apabila atrium kanan mengecut, darah dipamkan ke dalam ventrikel kanan. Ventrikel kanan
kemudian mengecut dan darah dipaksa keluar melalui arteri pulmonari ke peparu. Pada
masa yang sama, injap trikuspid akan tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir
balik ke atrium kanan.

Di arteri pulmonari, injap sabit akan tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir
balik ke ventrikel kanan. Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui
vena pulmonary. Darah beroksigen akan memenuhi atrium kiri dan apbila atrium kiri
mengecut, darah mengalir masuk ke venrtikel kiri. Apabila tekanan dalam ventrikel kiri tinggi,
darah beroksigen akan ditolak keluar melalui aorta. Pada masa yang sama, injap bikuspid
akan tertutup untuk mengelakkan darah daripada mengalir balik ke atrium kiri. Injap sabit di
pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang darah dalam aorta balik ke dalam ventrikel
kiri apabila ventrikel kiri mengendur.

Perbezaan antara sistem peredaran pulmonari dan sistemik

Darah terdeoksigen

Darah beroksigen
Sistem peredaran pulmonari

Menurut Mahadiah (2013), sistem peredaran pulmonari adalah bertujuan membolehkan


darah terdeoksigen menjadi darah beroksigen. Dalam peredaran pulmonari, darah
terdeoksigen dipam keluar dari ventrikel kanan ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke
peparu kiri dan kanan. Di peparu, pertukaran gas berlaku iaitu darah terdeoksigen dalam
arteri pulmonari menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen yang kemudian diangkut
dari peparu ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari.

Ventrikel kanan arteri pulmonari peparu vena pulmonari atrium kiri

Sistem peredaran sistemik

Sistem peredaran sistemik adalah untuk membolehkan darah beroksigen dibawa dari
jantung ke semua tisu badan. Darah beroksigen dari peparu yang memasuki atrium kiri
jantung dipam ke ventrikel kiri dan seterusnya dipam keluar dari jantung melalui aorta.
Darah yang dipam keluar dari jantung berada dalam tekanan tinggi. Aorta akan bercabang
untuk membentuk arteri yang membawa darah beroksigen ke semua tisu badan. Di tisu
badan, pertukaran gas dan bahan akan berlaku. Darah dalam kapilari darah di tisu badan
akan membebaskan oksigennya ke dalam tisu badan. Seterusnya, darah terdeoksigen
dibawa balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava yang mengumpulkan darah dari
vena yang lain di semua bahagian badan.

Atrium kiri ventrikel kiri aorta tisu-tisu badan vena kava atrium kanan

Anda mungkin juga menyukai