Anda di halaman 1dari 2

JENIS BARANG BEG TANGAN WANITA BEG DUIT WANITA (KECIL) BEG DUIT WANITA (SEDERHANA) BEG DUIT

WANITA (BESAR) BEG DUIT LELAKI PENYEPIT RAMBUT RIBEN PENGIKAT RAMBUT TALI PINGGANG LELAKI TALI PINGGANG PEREMPUAN BEG TELEFON KERONGSANG \PENGEPIT KUKU

HARGA KOS (RM) 25 6 10 25 15 5 1.5 5 8 8 1 2

HARGA JUALAN(RM) 35 10 15 35 25 7 3 10 15 15 3 3.5

UNTUNG (RM) 10 4 5 10 10 2 1.5 5 7 7 1.5 1.5

KUANTITI BELI 3 3 6 3 3 12 12 6 6 6 12 12

KUANTITI TERJUAL 2 3 5 2 2 10 10 4 5 4 11 10

PENGALAMAN : Kami menjalankan tugasan dalam subjek keusahawanan dengan membuka gerai jualan. Terdapat banyak pengalaman yang kami perolehi. Antara pengalaman yang kami dapat ialah, cara-cara untuk memulakan perniagaan dari segi pengumpulan modal. Dengan itu, kami membuat perbincangan mengenai berapa modal yang perlu kita keluarkan dan berapa keuntungan yang kita perolehi supaya tidak mengalami kerugian dalam perniagaan. Selain itu, pengalaman yang kami perolehi ialah teknik-teknik untuk menarik perhatian atau minat pelanggan untuk datang ke gerai untuk melihat barang-barang jualan yang disediakan. Kami menggunakan teknik beramah mesra dengan orang ramai yang datang berkunjung di kawasan gerai jualan kami. Seterusnya pengalaman yang kami perolehi, dari segi melayan karenah para pelanggan . Sebagai peniaga , kami haruslah melayan karenah para pelanggan untuk meningkatkan lagi penjualan gerai kami. Disamping itu, pengalaman dari segi pengurusan bermula dari perbincangan bersama ahli kumpulan kami untuk menentukan produk untuk dijual di gerai kami. Seterusnya kami berbicang cara untuk menjual produk tersebut untuk menarik minat pelanggan. Kesimpulannya banyak pengalaman berfaedah yang dapat kami perolehi sepanjang menjalankan perniagaan . Kami berpengalaman untuk menjadi seorang peniaga walaupun secara kecil-kecilan

dan kami dapat pengetahuan tentang cara-cara peniaga untuk memulakan perniagaan.

STRATEGI: Sebelum memulakan perniagaan kami menjalankan beberapa strategi untuk memajukan lagi perniagaan yang kami jalankan. Antaranya ialah, menjual produk bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna , contohnya target utama kami menjual kepada pelajar dan pensyarah. Dengan ini kami menyediakan kegunaan seharian seperti pelbagai jenis beg wanita, penyepit rambut,beg telefon, kerongsang dan lain-lain lagi. Kami menjual dengan harga berpatutan. Disamping itu, strategi seterusnya kami memilih lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat berniaga yang menjadi laluan utama para pelajar dan pensyarah iaitu di student centre. Selain itu, strategi seterusnya ialah kami menghias gerai jualan kami supaya para pelanggan berminat untuk datang berkunjung ke gerai kami . Seterusnya ,kami menjual dengan harga yang murah berbanding dengan pasar- pasar malam. Kami menggunakan kaedah tawar menawar kepada pelanggan. Contohnya mereka yang datang membeli boleh menawar harga lebih murah berbanding harga yang telah di tetapkan. Selain itu, kami menggunakan strategi dengan cara berkomunikasi dengan baik kepada para pelanggan. Dengan ini, pelanggan akan lebih berminat untuk datang ke gerai kami.

MODAL DAN KEUNTUNGAN Perniagaan kami menggunakan modal pernigaan hasil daripada kutipan daripada ahli-ahli kumpulan . Jumlah anggaran yang digunakan untuk membeli produkproduk jualan kami ialah RM 513 dan telah memperolehi banyak keuntungan hasil daripada jualan kami. Antara contoh modal yang kami keluarkan untuk produk kami, seperti beg tangan wanita. Harga modal yang kami dapat RM 25 setiap satu dan kami telah menjual dengan harga RM 35. Dengan ini, kami keuntungan RM10 setiap satu.

Anda mungkin juga menyukai