Anda di halaman 1dari 1

ADAB KETIKA BERCAKAP DENGAN ORANG

Tahukah Adik-adik. Apabila kita bercakap dengan seseorang pun kena ada cara dan adab sopannya. Janganlah kita lupakan sifat sopan santun kita walaupun kita hidup dalam dunia yang semakin moden. Kerana Adab dan sopan tidak sepatutnya hilang dari budaya kita. Antara cara-caranya yang adik-adik boleh amalkan ialah seperti berikut:

Hendaklah kita memberi salam terlebih dahulu kerana orang yang memberi salam itu adalah lebih baik.

Bercakap dengan perlahan dan teratur. Bercakap dengan lemah dan lembut serta nada yang sederhana. Mendengar dahulu apa yang hendak disampaikan. Sekiranya ada perkara yang hendak kita jawab seelok-eloknya tunggu sehingga mereka habis bercakap.

Ucapkan sesuatu apabila hendak beredar. Contohnya terima kasih atau Jumpa lagi.
Dengan kita mengamalkan nilai-nilai murni kita akan dipandang mulia dimata masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai