Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan di hawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi

pelancongan kesihatan dan faedah - faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih banyak pelancongan pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Sebaga i sebuah nega ra yang mempun yai tahap kua liti pe rubata n yan g t ingg i, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara negara maju.. K e y a k i n a n p e l a n c o n g k e s i h a t a n t e r h a d a p m u t u r a w a t a n d i n e g a r a k i t a didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta s t a n d a r d M S I S 0 9 0 0 2 . P e n g i k t i r a f a n t e r s e b u t d i m i l i k i o l e h p e n g a m a l p e r u b a t a n tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan s wa st a d i Ma la ys ia m e n a w a r ka n p e lb a g a i p il ih a n p e n g in a p a n ke ra n a ko s p e n g in a p a n hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan. Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan p e rkh id ma t a n ya n g r e l e va n d e n g a n ke p e r lu a n se m a sa , K K M t e la h me mp e ru n t u k ka n undangundang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada MajlisKesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undangundang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sinergi Sektor Kesihatan dengan Pelancongan' oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Oktober 2010)

Soalan 2 (a) Petikan Umum. ( Masih soalan pemahaman berdasarkan Soalan SPM November 2012) 1. 2. Apakah maksud rangkai kata strategi menyeluruh? ( 2 markah )

Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan. Nyatakan usaha-usaha tersebut. ( 3 markah ) Jelaskan pendapat anda tetang dua peranan media untuk memajukan industri pelancongan kesihatan di negara ini ? ( 4 markah )

3.

PENGENALAN RUMUSAN a) Biasa ditulis oleh pelajar:Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks Petikan teks punca/ sebab/ alasan pemilihan membicarakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan

Frasa Tambahan berbanding dengan negara lain/ di peringkat Asia Tenggara/di peringkat Dunia ( 2 markah)

b) Pengenalan berdasarkan tema keseluruhan teks rumusan:Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema Frasa Tambahan Teks Petikan teks keistimewaan / kelebihan berbanding dengan negara lain/ di membicarakan Malaysia sebagai destinasi peringkat Asia Tenggara/di peringkat pelancongan kesihatan Dunia. ( 2 markah) Persoalannya, bagaimana untuk mengesan tema dalam petikan teks? Jawapannya, mudah sahaja, tema merupakan isu atau persoalan pokok atau utama yang diberi tumpuan atau diperbincangkan dalam teks. Contohnya, dalam petikan teks bertajuk faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan anda boleh melihat keseluruhan teks membicarakan tentang keistimewaan atau kelebihan destinasi pelancongan kesihatan di Malaysia. Oleh sebab itu, frasa untuk kata kunci yang digunakan ialah keistimewaan atau kelebihan . Justeru, pelajar perlu melakukan banyak latihan untuk menguasai kemahiran mengesan tema dalam sesuatu teks. c) Frasa permulaan Petikan teks membicarakan d) Frasa permulaan Petikan teks membicarakan Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks punca/ sebab/ alasan pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks keistimewaan / kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan Frasa Tambahan di Malaysia ( 1 markah) ** Tidak menunjukkan perbandingan dengan negara lain. Frasa Tambahan di Malaysia. (1 markah) ** Tidak menunjukkan perbandingan dengan negara lain. Frasa Tambahan di Malaysia ( 0 markah) ** Tidak menunjukkan perbandingan dengan negara lain.

e) Frasa permulaan Petikan teks membicarakan

Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan. Istilah faktor tidak diubah. Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks keistimewaan / kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan

f) Frasa permulaan Petikan teks membicarakan

Frasa Tambahan di Malaysia. ( 1 markah) ** Tidak menunjukkan perbandingan dengan negara lain.

** Frasa pelancongan kesihatan perlu ditulis jika tidak ( 0 markah ) untuk pengenalan.

Panduan isi tersurat, isi tersirat dan penutup Isi tersurat :- ( Terdapat sembilan isi dicadangkan) 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta. Mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara negara maju. Pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta s t a n d a r d MS IS09002. 7. Banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap. 8. Pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan. 9. Para pelancong kesihatan t urut mendapat layanan bert ar af dunia. I si t ersir at:1. 2. 3. 4. 5. 6. Menjana pendapat an/ ekonom i negar a. Meningkatkan imej negara di mat a dunia. Menambah peluang pekerjaan. Merancakkan bidang Penyelidikan dan Pem bangunan negar a (R&D). Membantu kegiat an indust ri berkaitan dengan pelancongan negar a. Meningkatkan pem bangunan pr asar ana/ infr ast ruktur negar a.

Penut up:Konklusinya, rakyat Malaysia perlu bekerjasam a unt uk mem bant u sektor pelancongan kesihat an agar Malaysia ter us m enjadi tar ikan pelancong asing. Jawapan soalan pemahaman teks. 1. i) ii) iii) iv) Strategi menyeluruh bermaksud kaedah yang lengkap merangkumi semua aspek. Strategi menyeluruh bermaksud cara yang lengkap merangkumi semua aspek. Strategi menyeluruh bermaksud teknik yang lengkap merangkumi semua aspek. Strategi menyeluruh bermaksud langkah yang lengkap merangkumi semua aspek.

2. Antara usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan adalah dengan KKM t elah m emper untukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan, pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya serta meminda undang-undang. ( Isi cukup sekadar 3 isirujuk markah) 3. Terdapat dua peranan media masa untuk memajukan industri pelancongan kesihatan negara, pertama dengan mempromosi sektor pelancongan kesihatan negara agar menarik kedatangan pelancong. Selain itu, media masa perlu mengurangkan bayaran untuk iklan supaya lebih banyak syarikat pelancongan mengiklan produk pelancongan kesihatan mereka di media masa. Tambahan pula, media masa boleh menulis rencana mengenai pelancongan kesihatan agar banyak maklumat tentang produk pelancongan kesihatan diketahui oleh pelancong asing dan pelancong tempatan. Jawapan soalan ini mestilah dengan huraian. Untuk memastikan anda menghurai jawapan berkenaan pastikan anda menggunakan kata hubung dalam ayat jawapan anda.

Anda mungkin juga menyukai