Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


SEJARAH
PROPOSAL KERJA KURSUS ILMIAH 940/4
TAHUN 2022

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR KAD
PENGENALAN

SB7008/
ANGKA GILIRAN

NAMA DAN ALAMAT KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG


SEKOLAH JALAN PUCHONG, 47100 PUCHONG, SELANGOR

PENGAKUAN CALON:
SAYA MENGAKU
BAHAWA KAJIAN INI
ADALAH HASIL Tandatangan Calon dan Tarikh
KERJA SAYA SENDIRI

NAMA GURU PENILAI ENCIK CHANDIRASEKARAN A/L SINNAPPAN

TANDATANGAN GURU MARKAH


PENILAI

TARIKH
PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, terdapat berbagai-bagai jenis penyakit yang berleluasa di

sekitar dunia. Antaranya ialah penyakit yang menghadkan aktiviti harian seperti diabetes dan

kencing manis yang boleh menyebabkan kehilangan kaki. Kini, antara cara paling efektif

untuk merawat pesakit-pesakit seperti ini adalah melalui rehabilitasi. Proses rehabilitasi

merangkumi penjagaan, sokongan dan rawatan yang diperlukan untuki membolehkan seorang

pesakit berdikari sendiri. Oleh itu, penulis menjalankan kajian tentang perkembangan pusat

rehabilitasi di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dari tahun 2010 hingga 2020. Hospital ini

dibina dengan matlamat untuk menjadi pusat rujukan yang akan menyediakan perkhidmatan

rehabilitasi perubatan komprehensif di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini

bertujuan untk menjelaskan latar belakang penubuhan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Sejarah penubuhan dan perkembangan HRC amat penting untuk dikaji bagi membantu

memahami pentingnya penubuhan hospital ini kepada orang-orang berpenyakit di Kuala

Lumpur khususnya bagi penduduk di Cheras dalam membantu memulih dan merawat mereka

yang sakit. Seterusnya, tujuan kajian ini dilaksankan adalah untuk mengetahui cabaran yang

dihadapi oleh HRC dari tahun 2010 hingga 2020. Akhir sekali, objektif ketiga adalah untuk

mengenalpasti kejayaan-kejayaan HRC dari tahun 2010 hingga 2020.


PEMASALAHAN KAJIAN

Pemasalahan kajian merupakan fokud utama dalam kajian.Terdapat tiga permasalahan

yang ingin dikaji dalam kajian ini. Antaranya ialah apakah latar belakang penubuhan HRC.

Selain itu, untuk mengetahui apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh HRC dari semasa

ke semasa supaya dapat mengetahui cara-cara HRC mengatasi cabaran tersebut. Di samping

itu, kajian ini juga diajalankan untuk mengenalpasti bagaimana kejayaan diperoleh oleh

HRC sejak dibuka yang menjadikan HRC antara hospital rehabilitasi yang terbaik di

Malaysia.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian,ianya fokuskan di Cheras. Hal ini

kerana terdapat ramai penduduk yang berpenyakit di kawasan tersebut. Selain itu, dari segi

tempoh kajian pula,kajian ini meliputi tempoh masa dari 2010 hingga 2020.

Seterusnya, dari aspek yang dikaji pula, terdapat 3 aspek yang difokuskan.Antaranya

ialah latar belakang dan perkembangan pusat rehabilitasi di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Kedua, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh HRC. Aspek yang terakhir ialah kejayaan yang

dicapai dari semasa ke semasa sejak sejak HRC dibuka.


SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan hospital-

hospital di Malaysia.Antaranya ialah penghasilan penulisan oleh Zakira Binti Mamat,

‘Program Rehabilitasi Kardiak Dan Kesannya Terhadap Kualiti Hidup Pesakit Infarksi

Miokardium Di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan’. Penulisan ini menjelaskan

tentang tahap kualiti hidup (secara umum dan spesifik) pesakit infarksi miokardium di

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebelum dan selepas tiga bulan mereka

menjalani program rehabilitasi kardiak. Penyelidikan ini dilakukan melalui kaedah temu bual

dengan menggunakan borang soal selidik SF 36 dan QLMI. Short Form-36 (SF-36)

merupakan instrumen baku untuk menilai kualiti hidup khusus penyakit kronik. Ujian

berpasangan (paired t-test) telah digunakan untuk membandingkan skor yang diperoleh

sebelum dan selepas subjek kajian menjalani program rehabilitasi kardiak. Paired T-Test

merupakan ujian parametrik yang dapat digunakan pada dua data berpasangan. Tujuan dari

ujian ini adalah untuk melihat apakah ada perbezaan antara dua sampel yang saling

berpasangan atau berhubungan. Analisis deskriptif dan analitikal dilakukan bagi data

demografi dan faktor risiko penyakit jantung. Menurut beliau, keputusan menunjukkan

bahawa kualiti hidup pesakit secara umum SF36 berada pada tahap rendah dengan min skor

sebanyak 78.8 sebelum rehabilitasi kardiak dan 83.2 selepas rehabilitasi kardiak.Oleh

itu,kajian ini dapat memberi panduan kepada penulis untuk menyiapkan kerja kusus sejarah.
Selain itu, satu lagi penulisan bertajuk ‘Kajian Kepuasan Pelanggan’ di Hopital

Rehabilitasi Cheras yang disediakan oleh Dr. Farhana Binti Abdul Aziz. Penulisan lebih

berfokus kepada tahap kepuasan pelanggan. Menurut beliau, penilaian terhadap tahap

kepuasan pelanggan ini boleh memberikan gambaran kepada tahap kualiti perkhidmatan yang

diberikan oleh sesebuah organisasi. Kajian kepuasan pelanggan merupakan salah satu

daripada instrumen pengukuran yang digunakan untuk meninjau sejauh mana keberkesanan

kualiti sistem penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi kepada pelanggannya. Oleh

itu, sesebuah organisasi adalah bertanggungjawab untuk memastikan kualiti perkhidmatan

yang disediakan adalah berada pada tahap yang terbaik.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 2 kaedah untuk memperolehi

maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi memperolehi

sumber sekunder dan sumber primer. Penyelidikan Perpustakaan dijalankan di Perpustakaan

Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Ianya dilakukan untuk mendapatkan rekod-rekod

berkenaan sejarah berkaitan hospital-hospital rehabilitasi di Malaysia. Sumber primer pula

teridiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual bersama

pakar perubatan rehabilitasi, Dr. Siti Norzalilah Binti Abdul Majid.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan

menjelaskan tentang sejarah hospital-hospital rehabilitasi di Malaysia, berapakah jumlah

hospital rehbilitasi yang terdapat di Malaysia sehingga kini,


Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan isu atau fokus kajian yang

terbahagi kepada tiga aspek iaitu latar belakang perkembangan Hospital Rehabilitasi Cheras

(HRC). Selain itu, penulis akan mengenal pasti antara cabaran yang mencabar HRC dari

tahun 2010 hingga 2020. Di samping itu, penulis menghuraikan tentang kejayaan pusat

rehabilitasi di HRC.

Aspek terakhir ialah kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian berkenaan.

Tambahan pula, penulis akan memberi cadangan dan harapan kepada HRC pada masa akan

datang.

PENUTUP

Semoga dengan adanya kajian seperti ini dapat menambahkan khazanah tentang

perkembangan hospital-hospital rehabilitasi di Malaysia terutamanya di kawasan yang

strategik seperti Cheras.


BIBLOGRAFI:

Sumber Primer

 Perpustakaan Hospital Rehabilitasi Cheras

 Gambar, penulis bersama pakar perubatan rehabilitasi

 Gambar, kawasan Hospital Rehabilitasi Cheras

Sumber Sekunder

 Doktor Farhana Binti Abdul Aziz, ‘Kajian Kepuasan Pelanggan’, Hopital Rehabilitasi

Cheras, 2017

 Zakira Binti Mamat, ‘Program Rehabilitasi Kardiak Dan Kesannya Terhadap Kualiti

Hidup Pesakit Infarksi Miokardium’, Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan

(HUSM), 2007

Sumber internet

 http://www.hrc.moh.gov.my/pakar_perubatan_rehabilitasi/ ( Diakses pada 26 Mei

2022)

 http://www.hrc.moh.gov.my/carta-organisasi/ ( Diakses pada 26 Mei 2022)

 http://www.hrc.moh.gov.my ( Diakses pada 26 Mei 2022 )

 https://malaysiarecords.com.my/biggest-art-patchwork/ ( Diakses pada 26 Mei 2022)

 https://kpkesihatan.com/2017/03/01/hospital-rehabilitasi-cheras-awarded-as-the-

winner-of-2016-world-stroke-campaign-award-by-world-stroke-organisation-wso/

( Diakses pada 26 Mei 2022)


 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tunku-azizah-lawat-hrc-serah-

sumbangan-213901 ( Diakses pada 26 Mei 2022)

Kamus

 Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat ( muka surat 167 )

Sumber lisan

 Nama: Dr. Siti Norzalilah Binti Abdul Majid

 Pekerjaan: Pakar Perubatan Rehabilitasi

 Tempat temubual: DC-08-06, Pangsapuri D’Cahaya, Persiaran Puchong Jaya

 Tarikh: 2 Jun 2022

 Masa: 8:00 malam

 Pengalaman: Lebih 20 tahun

Anda mungkin juga menyukai