Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN KEPADA LUKISAN KEJURUTERAAN

Apa itu LUKISAN KEJURUTERAAN ??


Lukisan kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas. Ia juga merupakan lukisan garisan yang terdiri daripada garisan lengkung dan lurus Ia mempunyai simbol, konvensyen dan kepiawaian tersendiri. Setiap lukisan perlu kemas dan bersih

Perlunya kepiawaian ?
Untuk memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan=seragam dari segi garisan, simbol, kaedah mendimensi dan sistem unjuran. Agensi yang bertanggungjawab menentukan kepiawaian tersebut: SIRIM Kepiawaian British (BS) Institut Kepiawaian Kebangsaan Amerika (ANSI) Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO) Piawaian Industri German (DIN)

a) b) c) d) e)

Papan Lukisan Sesiku-T Sesiku set 45 Sesiku sat 30/60 Pembaris Skala jurutera/skala segi tiga Lengkung boleh lentur Lengkung Perancis Jangka sudut Pemadam Pen teknikal Pita Perekat Pensel teknikal Plat Pencontoh

GRED PENSEL
Siri 9H,8H,7H,6H Siri 5H dan 4H = Paling keras = Keras

Siri 3H dan 2H
Siri H, F dan HB Siri B, 2B dan 3B Siri 4B,5B dan 6B

= Sederhana Keras
= Sederhana Lembut = Lembut = Paling Lembut

PENGHURUFAN
Terbahagi kepada dua jenis: a) Huruf tegak b) Huruf Condong Penghurufan mestilah seragam=jika huruf besar maka semuanya huruf besar. CONTOH GAMBAR

GARISAN KERJA
Memberikan keterangan dan maksud tertentu: membolehkan pembaca lukisan memahami keterangan kandungannya melalui pembacaan berbagai-bagai jenis garisan Setiap garisan hendaklah mengikut ketebalan seperti yang dicadangkan dalam piawaian

JENIS-JENIS GARISAN
Garisan Sempadan Garisan yang dilukis tebal sekali dalam lukisan Ia digunakan untuk bentangan kertas lukisan iaitu untuk melukis sempadan dan petak tajuk pada kertas lukisan. Ia boleh dilukis dengan pensel HB atau B Garisan Objek Adalah garisan yang dilukis tebal, hitam serta jelas dan kemas. Biasanya dengan pensel HB Ia digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu objek yang dapat dilihat

Garisan Binaan Adalah garisan yang dilukis nipis dan halus sekali dalam lukisan Biasanya dengan pensil 3H atau 4H. Ia digunakan untuk permulaan pembentukan sesuatu objek Garisan-garisan ini tidak perlu dipadam Garisan Keratan Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas Biasanya dengan pensil 2H Garisan ini dilukis secara condong biasanya pada sudut 45 dari mendatar Ia menunjukkan permukaan yang dipotong pada pandangan keratan

Garisan Terlindung Garisan yang dilukis dengan sederhana tebal dan hitam. Biasanya dengan pensel 2H Ia dilukis putus-putus dan mempunyai sengkang-sengkang pendek yang diatur sama jarak di antara satu sama lain. Garisan ini digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu bentuk objek yang tersembunyi dari permukaan lain dan juga untuk menunjukkan bentuk atau keadaan di dalam sesuatu objek.

Garisan Tengah Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas Biasanya pensel 2H Ia dilukis berputus-putus dan berselang-seli di antara garisan panjang dan garisan pendek Ia digunakan untuk menunjukkan satu paksi, tengah atau pusat bagi objekyang berbentuk bulat dan terimbang Garisan Dimensi Garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya dengan pensel 2H Digunakan untuk menunjukkan dimensi bagi sesuatu objek

TERIMA KASIH
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Anda mungkin juga menyukai