Anda di halaman 1dari 1

1. Mengapa memilih profesion perguruan ?

Saya memilih profesion perguruan kerana bidang ini merupakan cita- cita saya sejak dibangku sekolah lagi.Saya sangat berminat untuk mengajar sesiapa sahaja dalam sesuatu subjek yang saya mahir atau apa-apa sahaja ilmu yang saya miliki.Saya yakin bahawa sifat sabar dan suka mengajar mereka yang lemah merupakan salah satu daripada kelebihan saya yang kukuh dan saya akan menggunakannya untuk melahirkan barisan generasi muda yang bakal memimpin negara ke arah yang lebih sejahtera. Seterusnya saya memilih profesion perguruan kerana ia selaras dengan tuntutan agama Islam yang sangat memuliakan seorang guru dan akan diberikan ganjaran pahala yang tinggi kepada mereka yang menyebarkan ilmu. Selanjutnya saya juga ingin menjadi contoh yang baik dan idola yang unggul kepada anak-anak murid saya kelak dalam pelbagai aspek kehidupan agar golongan guru semakin dihormati. 2. pengalaman anda dalam bidang keguruan Antara pengalaman saya dalam bidang keguruan ialah saya pernah menjadi guru ganti di SK Selandar selama 8 hari bagi menggantikan guru yang sakit.Saya diamanahkan untuk mengajar subjek Sains bagi tahun 4 dan 5.Dalam tempoh itu,saya telah berusaha untuk mengulang kaji mengenai subjek tersebut dan mengajarkannnya kepada anak-anak murid saya sehingga mereka faham walaupun saya bukan seorang guru yang terlatih. Seterusnya saya juga berpengalaman mengajar ketika di sekolah menengah.Saya diberi kepercayaan untuk menjadi mentor kepada rakan-rakan dalam subjek Matematik Tambahan dan Matematik oleh sebab keputusan peperiksaan saya yang konsisten dan keupayaan saya untuk membantu dan mengajar rakan-rakan saya sehingga mereka benar-benar faham.Saya juga sering mengajar adik-adik saya dalam beberapa subjek yang mereka kurang mahir.

3. Sekiranya anda terpilih

Anda mungkin juga menyukai