Anda di halaman 1dari 20

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATAPELAJARAN PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU TAHUN 3 Kelas: 3 Ibnu Sina Matapelajaran: Bahasa Malaysia

Tarikh: 4 April 2012 Masa: 11.30 12.30 p.m Bilangan Murid : 5 Orang Tajuk: Huruf huruf vokal a,e,i,o,u Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid murid akan dapat : I. II. Menyebut huruf vokal dengan betul sebanyak 5 daripada 8 percubaan. Menyesuaikan huruf vokal berdasarkan gambar dengan betul sebanyak 5 daripada 8 percubaan. Hasil pembelajaran :Fokus Utama : 19. mengenal dan membunyikan vokal a,e,i,o,u dengan sebutan yang betul 20. menyesuaikan bunyi vokal dengan gambar.

Fokus Sampingan 21. memilih huruf vokal dengan gambar yang sesuai.

Pengetahuan Sedia Ada : murid murid pernah melihat huruf vokal dalam senarai abjad. Pengisian Kurikulum :Ilmu sains Penerapan nilai : Rajin , berdikari ,kasih sayang , bekerjasama Sistem Bahasa : i) Pemahaman :Menjawab soalan dari petikan yang diberikan. Kemahiran Berfikir Bernilai Tambah : KBKK menjawab soalan yang diberikan oleh guru ( menganalisis ) Bahan Bantu Belajar : Kad manila , komputer riba, projector LCD, kad huruf vokal.

Langkah / Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran pembelajaran

dan Catatan

11)Guru menayangkan video Induksi Set - Nyayian. A.E.I.O.U (5 minit) klip animasi 22) Murid diberi arahan untuk menonton video klip yang ditayangkan 33)Murid menyanyi bersam video klip yang ditanyangkan. 44) Guru membimbing murid. BBB : Komputer riba,LCD Teknik : bersoal jawab

Menerangkan Langkah 1 huruf vokal.

tentang 11) guru menayangkan huruf vokal beserta gambar . Nilai : yakin diri , Rajin

(10 minit )

- bacaan huruf vokal 2) guru memilih murid untuk antara guru dan murid. membunyikan huruf vokal di hadapan kelas 3) guru membimbing murid dengan membunyikan huruf vokal beserta gambar. BBB : Komputer riba , LCD

4) kesemua murid dikehendaki membaca satu persatu tentang huruf vokal.

Langkah 2

Soal jawab mengenai 1)guru bersoal jawab dengan huruf vokal. murid tentang huruf vokal 2) soalan yang diberikan adalah berdasarkan pemahaman murid 3) guru membimbing murid

Teknik : soal jawab

(15 minit )

Nilai : berani

BBB : komputer riba.

Membuat aktiviti suai Langkah 3 padan. 1)Murid dikehendaki untuk ( 15 minit ) -memadankan dengan huruf

Teknik saran

sumbang

gambar menyuai padankan gambar Nilai : bertolak ansur vokal dengan vokal yang betul 2) guru menunjuk cara dan membimbing murid BBB : kad huruf Bekerjasama

dengan betul

vokal, gambar.

Langkah 4

Penilaian pembentangan

dan 1) murid akan diberikan markah oleh guru 3) markah akan diberikan

Teknik : penilaian

( 5 minit )

Nilai : bekerjasama

-di adili oleh guru dan berdasarkan huruf vokal dan murid gambar yang tepat.

Langkah 5

Mengedarkan lembaran 1) murid dikehendaki kerja menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru 2) lembaran kerja berdasarkan dialog yang berbentuk pemahaman murid 3) Guru membimbing murid

Teknik : latih tubi

( 10 minit )

(rujuk lampiran)

Nilai : Yakin diri Amanah

BBB : lembaran kerja

Penutup (5minit)

Murid menyebut kembali Membuat rumusan dan huruf vokal a,e,I,o,u dengan betul. ulangkaji -bersoal jawab bersama murid

Teknik : Imbas kembali

HURAIAN LANGKAH-LANGKAH REKA BENTUK PENGAJARAN MODEL ASSURE Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Ia dipelopori oleh Heinich et. Al (Wah Wan Ali et al.2008). Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal A.S.S.U.R.E.

Ia melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang sesuai, gunakan teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut, libatkan murid dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

LANGKAH 1:ANALYSE LEARNER (ANALISIS MURID)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namun, untuk mengenal pasti masalah dan keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, berdasarkan model ASSURE, para pelajar dapat dianalisis dengan berdasarkan aspekaspek seperti berikut: 1. Ciri-ciri umum pelajar 2. Pengetahuan/pengalaman sedia ada pelajar 3. Gaya belajar pelajar Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengetahui ciriciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan, latarbelakang murid , tahap sosio ekonomi dan lain-lain lagi. Melalui rekod murid dan berinteraksi secara langsung dengan murid, guru boleh memperoleh maklumat yang lengkap mengenai seseorang murid. Melalui cara-cara ini, guru dapat menggunakan teknologi yang bersesuaian dan menyediakan bahan dan media pengajaran berdasarkan pengalaman lepas murid

Kemudiannya, setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalamm bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan/ pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pangajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Pengajaran-pembelajaran yang bertitik mula dengan pengetahuan sedia ada dapat membantu pelajar membina pengetahuan secara konstruktivis. Guru boleh mengetahui pengalaman sedia ada pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajari, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terdahulu, sesi soal jawab dalam kelas dan sebagainya. Selain itu, menurut Jean Piaget , proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar, mudahlah bagi guru untuk merancang aktiviti pengajaran.

Setelah meneliti dan menganalisis pencapaian murid yang lepas berdasarkan model ASSURE, kami mendapati murid-murid di dalam kelas 3 Ibnu Sina mempunyai pengetahuan sedia ada dalam mengenal huruf-huruf vokal. Oleh itu, di dalam RPH kami, kami telah menetapkan Pengetahuan Sedia Ada Murid seperti berikut:

Aspek seterusnya dalam menganalisi pelajar adalah Gaya Pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran merujuk kepada trait psikologi seseorang murid memproses, mentafsir, mengumpul maklumat terhadap pengetahuan dan kemahiran dan seterusnya bertindak balas dengan persekitarannya. Ia merujuk kepada cara yang paling berkesan seseorang murid menguasai pembelajaran. Mengikut model Dunn&Dunn (Wah Wan Ali et al. 2008), stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana seseorang murid memproses maklumat dan mengekalkan maklumat baru melalui lima ransangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Mengikut model Honey & Mumford (Wah Wan Ali et al. 2008)., stail pembelajaran ialah penerangan sikap dan tingkahlaku yang diamalkan oleh seseorang murid terhadap cara belajar masing-masing.Pengetahuan tentang gaya pembelajran murid

membolehkan guru mengendalikan kelas dengan lebih berkesan dan berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Setelah menganalisis gaya pembelajaran pelajar berlandaskan reka bentuk model pengajaran ASSURE, kami mendapati pelajar kelas 3 Ibnu Sina lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Intrapersonal dimana para pelajar lebih suka belajar dalam situasi berinteraksi antara satu sama lain berbanding belajar berseorangan.

Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilaan bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru yang betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah seterusnya mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.

LANGKAH

2:STATE

OBJECTIVES

(NYATAKAN

OBJEKTIF

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN)

Penyataan objektif pembelajaran perlu eksplisit dan jelas. Ia dapat membantu guru menilai sejauh manakah objektif pembelajaran atau kemahiran yang telah ditentukan dapat dikuasai oleh murid. Pengubahsuaian ke atas kaedah atau strategi boleh dilakukan sekiranya objektif tidak tercapai. Yusup.(2006).p.7. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai. Penyataan objektif dapat membantu guru mengukur perubahan tingkah-laku ke atas murid dan murid patut mengetahui apakah harapan guru terhadap mereka. Penggunaan istilah yang menunjukkan perubahan tingkah laku adalah penting. Antaranya perkataan yang sesuai ialah melabelkan, membanding bezakan, menyenaraikan, menyebut, mengkategorikan, merumus, menyelesaikan masalah. Penyataan objektif membantu guru juga dalam pemilihan kaedah, bahan dan media pengajaran serta teknologi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apakah tahap pencapaian minimum yang boleh digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjat ketepatan, kuantiti dan kualiti serta tempoh masa yang ditetapkan. Penulisan tahap pencapaian boleh ditulis dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Penulisan bentuk kuantitatif boleh dijelaskan dengan penggunaan

angka, peratusan dan skor mentah. Contohnya, di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh menjawab lapan daripada sepuluh soalan objektif. Penulisan kualitatif pula sukar diukur kerana kriteria susah ditentukan.

Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan kepada tiga domain yang utama iaitu: domain kognitif (keupayaan berfikir) domain efektif (sikap dan perasaan) domain psikomotor (kemahiran fizikal) dan domain interpersonal

LANGKAH 3SELECT TMETHOD, , MEDIA AND MATERIALS (PILIH, KAEDAH MEDIA DAN BAHAN SUMBER)

Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu ciri model ASSURE. Guru perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai dalam 7

menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media atau bahan. Sebelum sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai.

Selain tiu, pemilihan kaedah yang sesuai dalam sesuatu pengajaran daripada pelbagai kaedah adalah penting untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, pengenalan kepada konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Selain itu, guru perlu menarik perhatian murid kepada set induksi yang berteraskan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi boleh dijalankan sebagai satu kaedah mencungkil pengetahuan yang baru.

Oleh itu, berdasarkan reka bentuk model pengajaran ASSURE, proses pemilihan kaedah, media dan bahan sumber perlu melalui 3 proses tersebut:

1. penentuan kaedah 2. pemilihan format media 3. pemilihan bahan sumber.

Dalam penentuan kaedah, setiap kaedah yang dipilih perlulah berlandaskan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid adalah penting untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan para pelajar berminat dan aktif dalam proses pembelajaran tersebut. Dalam pengajaran kami, kami telah

menetapkan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid sebagai kaedah utama kami. Ini kerana setelah meneliti dengan mendalam perwatakan dan perangai para pelajar, kami mendapati murid lebih ceria dan aktif jika guru menjalankan aktiviti berpusatkan murid berbanding berpusatkan guru. Oleh itu, dengan kaedah yang kami pilih ini, kami yakin murid akan lebih faham dan tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan.

Seterusnya adalah pemilihan format media untuk aktiviti pengajaran di dalam kelas juga memrlukan perincian yang rapi. Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media adalah termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan , slaid, audio, video, grafik dan sebagainya. Setelah melakukan penelitian, kami telah memilih beberapa media seperti Flash card, tayangan video dan kad bergambar dalam aktiviti 8

pengajaran kami. Kami telah mengambil video yang menyanyikan sebuah lagu sambil mengajar murid tentang huruf vokal A,E,I,O,U. Video ini sangat menghiburkan dan dapat menarik minat pelajar untuk mengenal dan mempelajari sebutan huruf vokal dengan tepat. Selain itu, video yang kami pilih ini menerapkan ciri-ciri seorang muslimin dan muslimat yang menutup aurat. Secara tidak langsung, murid dapat diterapkan dengan nilai Islam yang betul.

Dalam pemilihan bahan sumber, kami telah melakukan sedikit pengubah suaian dan mereka cipta bahan sumber kami sendiri. Dalam pengajaran kami, Flash card dan kad bergambar kami ciptakan daripada bahan yang murah dan sesuai bagi memastikan keselamatan pelajar dijamin dan kos pembelanjaan dapat dikurangkan seperti kad manila, gam dan kertas warna. Berikut adalah contoh video dan Kad Gambar kami:

Contoh keratan video dalam RPH.

Contoh Flash Card

LANGKAH 4: UTILIZE MEDIA AND MATERIALS SUMBER)

(GUNAKAN, MEDIA DAN BAHAN

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Guru boleh

menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam 9

bentuk nota dan latihan.Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran murid. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman murid, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para murid. Dalam perancangan kami mempelbagaikan media untuk aktiviti pengajaran.Sebelum membuat perancangan kami menyemak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.kami menyediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas mengikut kesesuaian .Kami menggunakan kad huruf untuk memudahkan aktiviti pengajaran..Kami juga membuat penyediaan persekitaran untuk membolehkan penggunaan media yang optimum.Contohnya kami mengambil kira kedudukan murid-murid apabila ingin menayangkan klip video dalam set induksi Kami menyangkan klip video di skrin yang besar dan semua murid dapat melihat dengan jelas klip video yang kami tanyangkan Dalam set induksi kami menggunakan klip video untuk meransang deria murid-murid dan memasukkan elemen didik hibur untuk menaikkan semangat murid serta memotivasikan mereka kami Sebelum memulakan pengajaran kami memastikan kesediaan murid dari segi emosi dan fizikal untuk mendapatkan manfaat daripada bahan sumber serta sediakan pengalaman pembelajaran untuk murid,kami menggunakan kad gambar untuk membuat aktiviti berbeza dan untuk menarik perhatian murid yang kurang minat untuk belajar

Shot permulaan klip video

Flash Card

LANGKAH 5:REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (LIBATKAN MURID DALAM PROSES PEMBELAJARAN) Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid melalui kaedah berpusatkan murid. Contoh aktiviti berpusatkan murid seperti menyediakan projek. Ini akan dapat memotivasikan murid dan membolehkan guru mengukur perubahan tingkah-laku murid.

10

Dalam hal ini banyak teori-teori pembelajaran yang menyokong penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah Teori Behavioris yang beranggapan suatu pembelajaran adalah satu proses mencuba pelbagai perlakuan dan mengekalkan pembelajaran tersebut hingga membawa kepada hasil yang diingini. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi.Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan.Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. .Manakala.Teori Konstruktivis pula berpendapat pembelajaran sebagai satu proses yang aktif di mana pengetahuan dibina berasaskan pengalaman. Perubahan ke atas peranan murid dalam pembelajaran secara konstruktivism melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu dan membuat analisis dan menjawab soalansoalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina asas pengetahuan yang mereka faham.

Dalam perancangan ,kami melibatkan murid-murid dengan aktiviti menyuai padankan gambar dengan vokal yang betul dengan bimbingan guru.Dengan aktiviti hand on ini guru dapat menarik perhatian murid untuk belajar secara menyeluruh dan komunikasi dua hala dapat dijalankan. Selain itu aktiviti hand onjuga dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar. Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti 11

hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan kita.

LANGKAH 6: EVALUATE AND REVISE (NILAI SERTA SEMAK SEMULA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) Langkah akhir dalam Model ASSURE ialah penilaian dan menyemak semula perancangan.Penialain pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.Bentuk penilaian pembelajran dibahagikan kepada dua,iaitu penilaian formal dan dan penilaian informal.Penialain formal merujik kepada ujian,penilain informal dibuat melalui hasil kerja murid,pemerhatian,soal jawab,aktivit kumpulan dan sebagainya.

12

Penilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan yang sesuai melalui amalan refleksiMelalui refleksi, guru perlu melihat semula sejauh manakah perancangan, pelaksanaan pengajaran, objektif pengajaran dan perubahan tingkah laku murid tercapai? Melalui proses ini guru dapat menyediakan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermutu pada masa akan datang. Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan, pengajaran tindak balas murid terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1. Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati? 2. Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah? 3. Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah? Aktiviti pembelajaran? Latihan? 4. Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? 5. Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut? 6. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan atau menjadikan perancangan lebih baik? 7.Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?

Dalam perancangan,kami menjalankan penilaian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,kami menggunakan teknik soal jawab dengan murid untuk menilai pengajaran kami menjurus kearah objektif pembelajaran yang telah kami tetapkan,kami juga menyediakan lembaran kerja untuk menilai murid-murid dan untuk dijadikan rujukan untuk kami memperbaiki perancangan pengajaran kami pada masa hadapan untuk menjadikannya lebih efektif dan sesuai untuk murid-murid.

13

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka kami akan dapat membuat penyesuaian sekirannya perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Kami dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas murid untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Kami juga menyediakan senarai semak tindakan guru dan perlakuanmurid sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya. Dengan itu, kami dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

HURAIAN JENIS-JENIS SHOT YANG TEDAPAT DALM KLIP VIDEO

14

RAJAH 1: BIG CLOSE UP

Shot yang menampilkan sebahagian tertentu daripada sesuatu objek Objek mengisi seluruh layar dan lebih jelas Contohnya gambar ini menampilkan huruf O untuk kelihatan lebih besar dan jelas. Shot ini dapat dilihat pada 00:00:21/00:02:07 pada player GOM (LAMPIRAN CD)

15

RAJAH 2: MEDIUM CLOSE UP

Shot amat dekat dan objek diperlihatkan dari bahagian dada hingga ke kepala Untuk menampilkan objek lebih jelas.Dalam shot ini kelihtan murid menari gaya ayam. Shot ini dapat dilihat pada 00:00:35/00:02:07 pada player GOM (LAMPIRAN CD)

16

RAJAH 3: CLOSE UP

Shot dekat dan objek menjadi titik perhatian utamaLatar belakang hanya kelihatan sedikit sahaja.Jika objek ilah seorang manusia,shot diambil dari bahu hingga ke kepala.Dalam shot ini,gambar di zoom kepada ular untuk meunjukkan seekor ular. Shot ini dapat dilihat pada 00:00:55/00:02:07 pada player GOM (LAMPIRAN CD)

17

RAJAH 4: KNEE SHOT

Knee Shot ialah paras antara dari bawah lutut dan ke atas. Ianya tidak jauh beza dari shot long Shot(LS).Shot ini diambil dari paras lutut hingga kepala menunjkkan jelag gambar.Dalam shot ini klip video diambil dari paras lutut 2 orang perempuan dan seluruh bahagian atas badan.Shot ini dapat dilihat pada 00:00:39/00:02:07 pada player GOM (LAMPIRAN CD)

18

RAJAH 5: LONG SHOT

Shot yang sangat jauh dan menampakkan bidang pandangan yang luasObjek masih didominasikan oleh pandangan yang lebih luas Teknik Pengambilan gambar ini lebih luas dari knee shot. Kerana tujuamnya bukan sahaja menampilkan objek utama tapi juga menampilkan latar belakangnya Dalam shot ini objek utama ialah 4 orang murid dan bukit-bukit dan matahari sebagai permandangan latar. Shot ini dapat dilihat pada 00:00:06/00:02:07 pada player GOM (LAMPIRAN CD)

19

RAJAH 6: WAISTSHOT

Objek kelihatan lebih besar.Objek manusia dilihat melalui pinggang hingga kepalaLatar belakang masih nampak sebanding dengan objek utama Dalam shot ini 2 orang murid diambil dari bahagian pinggang ke atas untuk menunjukkan objek lebih mendominasi shot dan latar belakang masih Nampak sebanding dengan objek utama. Shot ini dapat dilihat pada 00:00:13/00:02:07 pada player GOM (LAMPIRAN CD)

20

Anda mungkin juga menyukai