Anda di halaman 1dari 23

Soalan yang dipilih :

1.Pengaruh Kurikulum Matematik Negara lain terhadap kurikulum Matematik Malaysia. 2.Polisi polisi dan program program untuk mengembangkan penghuasaan matematik di kalangan murid.

PENGARUH KURIKULUM MATEMATIK NEGARA LAIN TERHADAP KURIKULUM MATEMATIK MALAYSIA

Melihat kepada sejarah silam, terlalu banyak fakta yang membuktikan bahawa terdapat pelbagai elemen perkongsian daripada pelbagai sumber yang mempengaruhi bidang Matematik ini. Sebagai contoh, bidang matematik di barat lebih merujuk perkembangan Matematik ditanah Arab kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran Islam yang dibawa Rasulullah yang mementingkan soal ilmu pengetahuan termasuklah ilmu Matematik. Perkembangan ilmu pengetahuan banyak berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama Eropah masih di Zaman Gelap. Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi, ini memperlihatkan bahawa Matematik ini pada mulanya diperkembangkan oleh Tamadun Islam, sebelum diserap oleh tamadun barat ketika zaman Reinassance.

Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan ke bahasa arab untuk kegunaan ilmuan-ilmuan disana. Ilmuan-ilmuan Islam bukan hanya mengumpul kajian-kajian lama, bahkan mereka telah

mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu perspektit baru yang lebih releven. Ini kerana ahli matematik sebelum mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya. Di dalam Matematik tamadun Islam, ia lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga disebut sebagai Sunnatullah.

Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri. Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang mereka terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap.
2

Hanya perlukan penjenamaan semula dan kembangkan ilmu itu. Ini semua menunjukkan bahawa dalam bidang ilmu khususnya bidang Matematik, tiada batasan untuk kita perkembangkan melalui perkongsian perkongsian daripada pelbagai sumber untuk kemaslahatan dunia hari ini.

Pada era kemodenan, peristiwa pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union dalam tahun 1957 telah memberi kesan mendalam kepada sejarah pendidikan matematik. Di sinilah bermulanya titik perlumbaan di antara America Syarikat dan Soviet Union. Negara- negara Barat seperti Great Britain dan USA gusar dan rasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan itu berlakulah perubahan-perubahan utama khususnya dalam subjek matematik dan sains.

Akibatnya, banyak projek yang telah dilancarkan oleh negara - negara ini yang membawa perubahan dalam kurikulum matematik mereka. Perubahan dalam kurikulum matematik luar negara ini telah membawa pengaruh yang besar kepada kurikulum matematik di Malaysia. Ini disebabkan oleh hubungan Malaysia yang rapat dengan negara- negara ini dalam bidang pendidikan.

Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain daripada pengaruh- pengaruh seperti yang telah disebut di atas, National Council of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.

Nuffield Mathematics Project (NMP-1964)

Projek ini telah dijalankan terhadap sekolah- sekolah rendah di Britain pada tahun 1964. Pembiayaan NMP ditaja oleh Nuffield Foundation, satu organisasi swasta dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain. Dalam projek NMP ini kaedahkaedah baru dalam P&P matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan. Penemuan kaedah- kaedah ini adalah berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget.

Mengikut Piaget, pembelajaran yang berkesan bagi pelajar- pelajar yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan bahanbahan konkrit. Oleh itu, objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. Aplikasi strategi pemusatan pelajar dan bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses P&P. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil.

Kerja projek ini melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaikan masalah. Selain itu, kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar, dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Secara asasnya falsafah yang terkandung dalam projek ini boleh diterjemahkan seperti apa yang diperkatakan oleh Confucius:

Saya dengar, saya lupa Saya lihat, saya ingat Saya buat, saya faham.

Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970.

Scottish Mathematics Group (SMG)

Pasukan SMG ini terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. Buku- buku ini telah dicetak di antara tahun 1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuktajuk baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk- tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970.

School Mathematics Project (SMP) Pada mulanya SMP hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961. Kajian ini dilakukan untuk menimbangkan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union dan seterusnya untuk menyediakan satu sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britain.

Dalam projek ini, pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Pendekatan ini membolehkan tajuk- tajuk yang berbeza diajar secara bersepadu. Contohnya, teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di Great Britain, tetapi dapatan menunjukkan kandungannya adalah terlalu akademik dan abstrak. Oleh itu sukatan SMP ini diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Walaupun begitu, seperti SMG, bahan SMP juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia.

School Mathematics Study Group (SMSG)

Kumpulan SMSG terdiri dari ahli fikir akademik Amerika dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union dengan pelancaran Sputnik 1. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan diterajui oleh Edward G. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundation . Objektif utama projek ini ialah meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah standing dengan Russia. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia ditamatkan pada tahun 1977. Ahli kumpulan terdiri daripada ahli matematik, guruguru, pakar psikologi and nazir sekolah.

Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. Tajuktajuk dalam Matematik termasuklah geometri, teori set , nombor negatif, asas nombo dan trigonometri. New Mathematics menitikberatkan penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori set dan asas nombor selain daripada asas10. Sebagai tambahan, penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep matematik juga

dititikberatkan.

Dalam proses pengajaran, SMSG banyak menjalankan aktiviti sebagai pendekatannya supaya pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Sama seperti SMG and SMP, projek ini juga membekalkan idea- idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu matematik pada masa itu.

National Council of Teachers of Mathematic (NCTM)

NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik. NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti). NCTM ialah satu pertubuhan non- profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100,000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada. Pada bulan April 2000, NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics, iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. Dokumen Principles and Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang. Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School Mathematics ini.

Pertama, prinsipal- prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. Prinsipal- prinsipal ini merangkumi isu- isu seperti keadilan, kurikulum, P&P, pentaksiran dan teknologi. Kedua, standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti nombor dan operasi, algebra, geometri, ukuran, analisis data dan kebarangkalian. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah, penaakulan dan bukti, perkaitan, komunikasi dan perwakilan. Standard-standard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini.

Ketiga, NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak supaya guru- guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka. Kandungan dokumen Principles and Standards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations. The Illuminations

dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guru- guru. Keempat, NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan/seminar kepimpinan, tahunan atau regional. Persatuan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan. Selain itu, Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik.

Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan profesionalisme guru matematik. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. Selain dari itu guru juga boleh mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study, video kerja pelajar dalam kelas, tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru. NCTM menerbitkan empat jurnal profesional : Teaching Children Mathematics; Mathematics Teaching in the Middle School; the Mathematics Teacher; and the Journal for Research in Mathematics Education. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter, the NCTM News Bulletin, lebih 200 buah buku pendidikan, video dan lainlain bahan. Setiap tahun dalam bulan April, persatuan ini menaja Acara Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti menarik untuk guru gunakan dalam kelas mereka. NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang memberi kuasa kepada NCTM untuk
8

menilai program latihan guru matematik. Melalui penilaian yang dibuat ke atas program matematik sekolah, NCTM dapat mempastikan dan menentukan guru- guru permulaan telah cukup bersedia untuk menjalankan tugas mereka.

Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana untuk guru bagi meningkatkan P&P matematik. Selain itu, MET juga menghargai guru- guru matematik dengan pemberian annual Lifetime Achievement Award for Distinguished Service to Mathematics Education. NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang mendapat mandat dan kekuatannya dari ahli- ahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik sekolah , pensyarah universiti dalam pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti perpustakaan kolej dan sekolah. bidang

POLISI POLISI DAN PROGRAM PROGRAM UNTUK MENGEMBANGKAN PENGUASAAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID.

". . . . Dan kita ada satu bab baru untuk menunjukkan dalam sistem pendidikan kita, mengenai kumpulan memerlukan perhatian khas, ada dijelaskan dengan lebih terperinci," (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 11/09/2012)

Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan setiap dasar ekonomi yang telah dibentuk oleh kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global. Oleh sebab itu, dasar baru pendidikan dibentuk bagi menjadi kunci kepada kejayaan dasar-dasar transformasi yang telah direncana oleh perdana menteri. Rentetan daripada peristiwa itu, pada bulan september 2012 yang lalu, kerajaan telah melancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi memperkasa sistem pendidikan yang menjadi nadi kepada pembentukan ekonomi cemerlang negara ini pada masa hadapan. Pelancaran ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan bagi menaik taraf pendidikan sedia ada dan menggantikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Berdasarkan laporan yang dibentangkan, setiap pihak yang terlibat dalam pendidikan tidak terlepas daripada manfaat pelan pembangunan pendidikan ini. Perkara ini berdasarkan sebelas anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia yang meliputi setiap aspek dalam pendidikan sama ada bidang akademik,
10

kokurikulum, disiplin dan sosial para warga ilmuan Malaysia. Pelan ini telah mengetengahkan kemudahan akses maklumat yang maksimum kepada setiap guru dan pelajar bagi melonjakkan aspek perkonsian maklumat dalam kalangan para cendekiakawan harapan negara. Pelan pembangunan ini tidak mengenepikan subjek matematik sebagai salah satu subjek yang terpenting dalam pembangunan negara ini. Dalam analisis kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dengan negara lain dalam subjek matematik menunjukkan Malaysia berada di tangga ke 57 dengan skor minimum sebanyak 404. PISA adalah satu jenis pentaksiran yang telah diselaraskan oleh OECD yang merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dikendalikan setiap tiga tahun, PISA bertujuan untuk menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Tumpuan pentaksiran ditumpukan kepada keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Penyertaan juga meliputi negara di luar keanggotaan OECD dengan pelibatan 74 buah negara pada tahun 2009. Kali pertama Malaysia menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk tahun 2009. Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan ini, dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan di Malaysia memerlukan satu anjakan paradigma bagi melayakkan Malaysia berdiri sama rendah dan duduk sama tinggi dengan negaranegara lain di rantau pendidikan ini. Dasar pendidikan matematik perlu digubal bagi menjamin pelajar-pelajar dapat mencapai tahap kelimuan yang tinggi dan mampu bersaing dengan pasaran kehendak dunia kini. Pembentukan pelan yang strategik untuk mencipta satu pembaharuan dalam dasar pendidikan matematik masa kini perlulah mengambil kira amalan bilik darjah yang memupuk pembentukan sahsiah dan mental murid di sekolah. Amalan-amalan tersebut perlulah diperbaharui dengan menerapkan elemen-elemen kehidupan masa hadapan bagi menjana pemikiran murid agar sentiasa berfikir kehadapan. Akan tetapi, pengetahuan sahaja tidak mencukupi untuk berlawan dengan arus pemodenan yang makin utuh mengikat kehidupan duniawi ini. Di kesampingan itu, dunia kini juga semakin meraih agar warganya menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam mendepani masa depan yang semakin berevolusi sejajar dengan persaingan yang semakin
11

berleluasa. Oleh sebab itu, program pendidikan matematik masa kini haruslah berkembang selaras dengan keperluan semasa. Program tersebut harus menitik beratkan dan menerapkan nilai-nilai inovasi dan berfikiran kreatif ke atas minda pelajar agar fikiran mereka sentiasa terarah kepada perkara yang positif dan membangun. Berdasarkan nilai-nilai dan harapan tersebut, kerajaan telah membentuk satu kaedah bagi membuka jalan keluar kepada masalah yang membelenggu dunia pendidikan di Malaysia kini. oleh itu, dasar pendidikan matematik kanak-kanak telah terbentuk bagi menjamin generasi muda yang lebih produktif dalam menggerakkan dasar-dasar ekonomi kerajaan. Dalam kerangka idea dasar pendidikan ini, terdapat beberapa amalan yang perlu dipraktikkan oleh para pelajar agar mereka mampu mencapai tahap pemikiran yang lebih holistik, komprehensif dan ideal. Berdasarkan dasar pendidikan Matematik yang telah dirangka oleh kerajaan, terdapat enam budaya yang harus diterapkan ke dalam amalan bilik darjah di setiap sekolah di Malaysia. Amalan-amalan ini akan membantu guru dan para pelajar mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki dengan lebih praktikal. Antara amalan utama yang perlu dijadikan kebiasaan dalam bilik darjah ialah situasi yang menggalakkan kreativiti. Kreativiti ini penting dalam pembelajaran matematik. Seiring dengan kehendak zaman yang sentiasa berubah, murid-murid perlu dilatih agar berfikir secara kreatif dan kritis bagi menjadi modal insan berguna dalam mengharungi abad ke-21 yang kian mencabar. Dalam abad kini, persaingan semakin sengit antara setiap individu bagi merebut tempat yang terhad dalam pasaran kerja. Jadi, mereka perlu mencari nilai tambah yang memberika mereka kelebihan berbanding individu lain. Oleh itu, mereka perlu memiliki kreativiti yang lebih tinggi bagi memperbesar peluang mereka untuk mendapat kejayaan yang diingini. Menurut Pink (2006), kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. Inovasi dan kreativiti diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Ini berlaku kerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi kelangsungan kehidupan mereka. Oleh itu, abad ini menagih bakat dan kreativiti luar biasa berbanding kebiasaan manusia lain bagi menjadikan mereka lebih kehadapan dalam memacu ekonomi gemilang Malaysia di persada dunia. Kreativiti ini
12

boleh berkembang jika dipupuk dari awal. Oleh sebab itu, dasar pendidikan matematik yang telah diperkenalkan ini amat cocok bagi membantu Malaysia membina generasi pelapis yang lebih komprehensif dan mempunyai daya kreativiti yang boleh dijadikan modal untuk memperkembangkan ekonomi negara kita yang tercinta. Konsep kedua yang menjadi tonggak kepada dasar pendidikan matematik yang wajib diamalkan di Malaysia bagi melahirkan generasi yang kepintaran akademik ialah mengamalkan pembelajaran secara holisitik. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, holistik membawa maksud bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspekaspek tertentu sahaja. Berdasarkan petika ini dapat kita simpulkan bahawa holistik bermaksud saling berkait dan menyeluruh. Oleh itu, guru-guru di sekolah perlu mengamalkan pembelajaran yang berkait dengan dunia sebenar dan meliputi semua aspek bagi membina individu yang sempurna dari segenap sudut kehidupan. Konsep holisitik yang ditekankan bertujuan memberi pandangan yang

menyeluruh kepada setiap topik yang dipelajari oleh pelajar. Kegiatan pembelajaran mesti menghasilkan kesedaran holistik ataupun gestalt sebagai hasil pembelajaran terhadap perspektif yang berbeza (Buzan, 2005). Perbezaan perspektif ini terjadi akibat perbezaan dari segi mental dan fizikal antara setiap individu. Oleh itu, penerangan yang menyeluruh dengan menitikberatkan setiap aspek perbezaan individu dapat memberi keterangan kepada setiap formula yang dipelajari. Konsep holisitik ini juga perlu diaplikasi bagi sesi pembelajaran dan pengajaran di luar kelas. Pengamalan konsep holistik ini secara holistik dan menyentuh setiap aspek pembelajaran juga dapat menggalakkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis bagi membentuk golongan pelapis yang berkualaiti. Inovasi dan kreativiti seseorang individu adalah hasil daripada pemikiran

pembinaan fikiran yang holistik. Pemikiran yang holistik perlu dizahirkan secara jelas dan empirikal pada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Pembelajaran holistik disini meliputi aspek-aspek kurikulum dan juga kokurikulum serta kegiatan di luar dan dalam bilik darjah. Setiap aspek ini perlu dititikberatkan dan diambil perhatian serius oleh guru dan juga pelajar bagi membina indidvidu yang mampu mengharungi
13

arus modenisasi abad ke-21 ini. selain itu, aplikasi konsep holistik ini juga perlu berlaku dalam proses P&P harian dalam bilik darjah bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah ditetapkan. Konsep ini boleh digunapakai dalam subjek matematik khususnya supaya ianya dapat dirasai oleh setiap pelajar pada setiap masa di dalam bilik darjah. Langkah seterusnya bagi memperkasa pendidikan matematik di sekolah rendah khususnya ialah menghargai matematik Ethno. Maksud ethno seperti yang dijelaskan oleh kamus Dwibahasa Oxford Fajar ialah Etno yang didefinisikan menurut dewan bahasa dan pustaka bermaksud masyarakat setempat atau bangsa. Secara kasarnya matematik ethno ialah matematik yang berdasarkan amalan setempat. Setiap tempat terdapat masyarakat yang berbeza pendapat, keadaan geografi, dan persekitaran. Oleh itu amalan matematik ethno setiap tempat boleh berbeza-beza. Perbezaan berlaku kerana berbeza kelompok kecil murid, berbeza kedudukan geografi, berbeza persekitaran dan juga berbeza status sosio-ekonomi. Oleh sebab perbezaan ini, gaya penaakulan murid juga turut berbeza berdasarkan kemahiran matematik yang digunakan oleh masyarakat di persekitaran mereka. Konsep matematik ehtno boleh diterangkan melalui gambarajah di bawah.

Menurut gambarajah yang tertera di atas, amalan setempat mempengaruhi cara konsep matematik tersebut diaplikasi. Dengan menghargai matematik ethno, guru dan pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan sedia ada murid terhadap konsep matematik yang telah mereka pelajari di luar bilik darjah. Matematik ethno ini dapat dilihat daripada kaedah penulisan alternatif yang diamalkan mengikut budaya setempat. Dengan pengamalan kaedah ini, guru boleh melihat kepelbagaian proses pemikiran murid yang
14

dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Ia juga boleh menjana pemikiran kreatif dan inovatif murid yang telah menyesuaikan kemahiran matematik mereka dengan budaya tempatan. Oleh itu, amalan matematik ethno berupaya meningkatkan kepekaan murid terhadap konsep matematik setempat. Dasar matematik yang perlu digubal juga boleh ditingkatkan dengan

mengaplikasi model 3P dalam proses P&P dalam dan luar bilik darjah. Model ini menekankan perkembangan nilai kognitif yang terdapat pada murid, nilai afektif, dan kemahiran generik murid. Untuk meningkatkan setiap kemahiran dan nilai ini dalam jiwa murid, guru perlu menyediakan satu kaedah pembelajaran yang mampu merangsang kemahiran ini untuk berkembang sesuai dengan target pendidikan matematik yang telah diterangkan. Sila lihat gambarajah di bawah.

Berdasarkan gambarajah ini, guru boleh mengaplikasi setiap kaedah untuk mempertingkat kemahiran yang diperlukan untuk murid mahir dalam konsep matematik. Nilai pertama yang ditekankan ialah nilai kognitif. Guru boleh melaksanakan kaedah big picture thinking ke aats proses pembelajaran murid agar murid berupaya

mengembangkan nilai kognitif mereka. Kaedah ini bersifat kontekstual. Ia juga melibatkan keseluruhan pemikiran kognitif murid. Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini lebih berfokus kepada mempelbagaikan sesuatu pandangan pada satu-satu masa. Big Picture Thinking menggalakkan pembentukan gambaran kesedaran holistik
15

bagi sesuatu konsep matematik yang abstrak pada sesuatu konteks yang benar. Oleh itu, kegiatan yang inovatif dan kreatif pada proses Big Picture Thinking boleh dirancang dan dilaksanakan pada pendidikan matematik sekolah rendah. Selain itu, proses informing pula Proses pembelajaran ini menggalakkan pencarian maklumat melalui laman-laman sesawang bagi menggalakkan

perkembangan kemahiran generik dalam diri murid. Proses pencarian maklumat boleh dilakukan di perpustakaan dengan mencari buku-buku berkaitan sebagai salah satu daripada sumber primer yang boleh dijadikan maklumat utama dalam proses P&P. kaedah ini juga boleh diaplikasi dengan menggunakan enjin pencarian maklumat yang terdapat di laman sesawang seperti goggle. Kaedah ini mengembangkan kemahiran generik murid dan menambah pengetahuan murid terhadap sesuatu konsep matematik dengan lebih mendalam. Selain daripada itu, murid-murid juga akan lebih mahir terhadap sesuatu topik hasil daripada pembacaan mereka yang banyak. Akan tetapi, kaedah informing ini lebih bersifat mendatar dan hanya berupaya menghasilkan Superficial Learning. Akan tetapi kaedah ini boleh diaplikasi dengan kaedah satu iaitu big picture thinking bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih mendalam dengan mempelbagaikan cara pemikiran murid terhadap sesuatu topik. Kaedah ketiga ialah kaedah Empathizing. maksud Empathizing ialah nilai kualiti kepekaan murid-murid terhadap alam sekeliling mereka. kaedah ini perlu diterap dalam proses P&P pendidikan matematik demi membangunkan nilai afektif yang wujud dalam diri murid. Untuk mengembangkan minat dan motivasi untuk belajar dan berjaya dalam subjek matematik, alam afektif kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam kognitif serta kemahiran generik mereka. Terdapat tiga nilai afektif yang yang dapat dikembangkan melalui kaedah ini iaitu Rasionalisme, Kemajuan dan

Keterbukaan. Ketiga-tiga nilai ini amat penting untuk membantu mereka menguasai rumus-rumus matematik dengan mudah. Rasionalisme merupakan nilai yang membantu murid berfikiran logik, menaakul dan memberi hujah dengan maklumat yang tepat. Manakala nilai kemajuan ini akan terbina jika murid mengajukan soalan dan pendapat alternatif selain daripada pendapat sedia ada. Ini menggalakkan inovasi dan kreativiti peribadi di kalangan murid. Seterusnya ialah nilai keterbukaan. Nilai ini penting
16

kepada muris kerana membantu mereka berfikiran terbuka dan mendemokrasikan pendidikan matematik dalam diri mereka.

Dasar pendidikan matematik kanak-kanak ini merupakan satu dasar strategik bagi memulih dan menaikkan standard matematik di sekolah-sekolah dalam negara Malaysia agar setanding dengan negara-negara maju yang lain. Dasar ini telah dirangka oleh pakar ilmuan dalam matematik dan perlu dilaksana secepat mungkin kerana Malaysia kini ketandusan golongan pelapis yang mampu memacu ekonomi negara ke arah yang lebih kukuh untuk bersaing dengan kerancakan perkembangan ekonomi dunia yang semakin sulit untuk difahami oleh orang kebanyakan negara ini. Kesimpulannya, polisi-polisi dan program-program yang disenaraikan tadi bertujuan untuk mengembangkan penguasaan matematik dalam kalangan murid secara keseluruhannya. Polisi dan program ini boleh dilaksanakan secara berperingkat peringkat mengikut gred-gred sekolah yang telah ditetapkan. Program ini memerlukan satu usaha yang berterusan agar ia dapat dijalnkan dengan jayanya dan berkesan untuk membina generasi bagu yang mapan dan mantap dari pelbagai aspek kehidupan. Polisi dan porgram ini juga memerlukan daya usaha maksima daripada pihak-pihak berwajib dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kualiti generasi baru kini. Walaupun ekonomi negara kini agak stabil hasil daripada usaha kerajaan

mengembleng tenaga dan akal fikir, pembentukan generasi baru juga jangan dipinggirkan. Ini kerana merekalah yang akan menentukan masa depan negara .

17

REFLEKSI

Nama : Mohamed Naqib Bin Mohamed Saad

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyelesaikan tugasan Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE 3102). Walaupun pada awalnya ianya nampak seperti sebuah tugasan yang sukar. Namun, syukur dengan usaha dan kerjasama yang diberi oleh rakan kumpulan saya iaitu Muhammad Irfan Khalil dan pensyarah pembimbing iaitu En Asbullah bin Basri. Sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baru dan pengajran pengajaran berguna. Sebelum ini, apabila sebut sahaja Matematik, yang tergambar dalam pemikiran saya hanyalah terbatas pada tambah, tolak, bahagi, dan darab. Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya mendapati bahawa Matematik yang dipelajari warga Malaysia umumnya ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang datang daripada dunia barat dan Islam. Penyatuan ilmu dalam bidang matematik ini telah member manfaat yang besar kepada kita hari ini. Inilah contoh yang perlu kita teladani daripada ilmuan ilmuan terdahulu yang menghargai ilmu tidak kira dari mana ianya datang asalkan ilmu itu boleh memberi manfaat kepada umat. Selain itu, baru saya sedar bahawa tercetusnya peristiwa pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union dalam tahun 1957 telah memberi kesan mendalam kepada sejarah pendidikan matematik. Ini memberi isyarat bahawa pendidikan matematik ini sebenarnya sangat penting untuk dibangunkan dengan terancang agar negara dapat mengoptimumkan potensi murid murid di Malaysia ini. Jika umat terdahulu maju dan terkenal dengan pelbagai bidang ilmu, kita juga perlu untuk memajukan Negara kita dengan proses pembudayaan ilmu. Proses pembudayaan ilmu ini perlulah dimulakan dengan menghargai ilmu ilmu yang bermanfaat tidak kira daripada luar mahupun dalam Negara. Seperti yang dapat saya lihat, pihak kerajaan banyak menyerapkan ilmu serta kaedah kaedah dari luar telah terbukti keberkesanannya untuk diserapkan di Malaysia. Di antara projekprojek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield
18

Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain daripada pengaruh- pengaruh seperti yang telah disebut di atas, National Council of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM. Di samping itu, dengan perubahan yang berlaku iaitu dari KBSR kepada KSSR, berdasarkan pemerhatian saya matlamat pendidikan matematik di sekolah rendah masih tidak bertukar, iaitu untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran kiramengira dan menggunakan kemahiran-kemahiran yang berkenaan dalam keadaan sebenar, Penekanaan masih tertumpu kepada kefahaman tentang nombor serta pengolahan kemahiran asas tambah, tolak, darab dan bahagi, serta ukur-mengukur, timbang-menimbang, jual-beli, sukat-menyukat dan membuat anggaran. Dari segi pendekatan secara keseluruhan, guru-guru masih digalakkan mengadakan suasana yang terdapat dalam pengalaman sehari-hari murid-murid, membanyakkan latihan untuk mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan mengadakan kegiatan murid secara individu dan kumpulan. Ini kerana kaedah ini lebih dekat di hati pelajar, contohnya jika murid murid di sekolah yang kebanyakkannya lahir daripada keluarga nelayan, jadi lebih mudah kita memberi contoh contoh atau soalan soalan yang berkaitan dengan perikanan. Di sini, perlu bijak memainkan peranan dan menggunakan pedagogi yang betul dan berkesan. Secara kesimpulannya, pendidikan matematik di Malaysia sebenarnya telah menyerap pebagai unsur unsur positif daripada negara luar untuk pembangunan bidang matematik di Negara kita. Selain itu, banyak perkara yang dapat saya perolehi akan dapat saya manfaatkan apabila menjadi seorang guru kelak. Sesungguhnya tugasan ini benar benar berguna untuk diri saya.

19

Nama : Mohammad Irfan bin Khalil Alhamdulillah, kini saya telah menyelesikan satu lagi tugasan yang menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang mahasiswa pendidikan di institut pendidikan guru ini. kini, saya banyak impak positif yang dapat digarap untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bahagian-bahagian dalam tugasan yang diberi ini meminta saya untuk berfikir lebih dalam program-program dan polisi-polisi yang sesuai dilaksanakan dalam proses P&P pendidikan matematik di Malaysia kini. Saya juga perlu berfikir secara kritis dan kreatif untuk menganalisa cadangan program tersebut dan menyatakan impak dan kesannya terhadap kemajuan membina generasi baru yang mapan dan tegap pemikirannya. Sepanjang menyelesaikan tugasan ketika di sekolah, banyak perkara yng menjadi tunjang kepada penyelesaian setiap masalah yang saya hadapi. Banyak juga kekhilafan yang terjadi akibat daripada kecuaian sendiri. Antara perkara yang menjadi kekuatan saya sepanjang menjalankan projek tugasan matematik ini. saya telah berjaya belajar sesuatu seni baru yang boleh mengembangkan impian saya untuk menjadi guru yang kreatif dan inovatif. Saya telah mencari dan menemui beberapa rakan yang mahir dalam aksi kesenian untuk meminta sedikit bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan hasil yang terbaik. Natijahnya, saya belajar membuat pop-up dan seni tersebut akan saya aplikasikan bagi menghias kelas saya satu hari nanti. Selain itu, saya juga telah belajar menghasilkan satu artikel yang lengkap dan menjurus kepada tajuk yanng diberi. Saya telah membuat rujukan daripada sumbersumber primer dan sekunder bagi menyiapkan dan mengahsilkan satu bentuk artikel yang terbaik. Tajuk yang diberikan kepada juga agak mudah untuk dilaksanakan. Saya mengambil cadangan-cadangan program pendidikan tersebut menerusi jurnal-jurnal yang terdapat di pusat sumber IPDA. Setelah membuat rujukan yang mendalam, saya kemudiannya telah merangka pelan startegi bagi memudahcara maklumat dan merangkai perkataan agar mudah untuk difahami oleh sesiapa yang membacanya. Dalam pada kekuatan terselit beberapa kelemahan. Maklumlah tiada yang sempurna melainkan sang pencipta. Di sebalik setiap kelemahan itu terselit hikmah
20

yang akhirnya akan menguntungkan manusia juga. Ketika menjalankan tugasan ini, saya kurang peka terhadap kepentingan ketepatan masa dalam membuat tugasan. Kesilapan saya berlaku akibat daripada pelbagai aktiviti luar yang saya ceburi. Akibat daripada tidak pandai dalam mengatur masa dan melaksanakan perkara mengikut kepentingan, say agak kelewatan ketika merangka dan merumus tugasan yang telah diberi. akan tetapi masalah tersebut dapat saya atasi dengan pertolongan Allah dan kerjasama yang amat baik dari rakan setugas saya. perkara ini akan menjadi pedoman dan iktibar kepada saya selepas ini. saya perlu belajar daripada kesilapan dan menepati masa akan menjadi prioriti saya selepas ini. Terdapat juga aspek-aspek penambahbaikan yang perlu saya baiki

memandangkan saya baru menginjak naik memupuk citra guru lestari. Banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk menuju ke arah guru berkualiti. Antaranya ialah saya perlu lebih bijak memperkasa ilmu saya sebagai seorang pelajar yang berdedikasi. Walaupun saya datang ke IPDA untuk dibentuk sebagai seorang guru, saya masih terikat dengan prilaku pelajar ketika masih berada disini. oleh itu, saya perlu berlagak seperti seorang pelajar. Saya perlu lebih berkomunikatif dan berkolaboratif bersama dengan ahli kumpulan lain bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci. Masalah ini akan saya atasi selepas ini dalam menjalin perhubungan dengan rakanrakan lain bagi memastikan hubungan dengan manusia berjalan dengan baik seperti yang disarankan oleh agama Islam sendiri. Intihannya, belajar dari kesilapan itu penting kerana dari kesilapanlah kita akan belajar perkara yang betul. Tugasan yang diberikan juga telah membentuk daya kreativiti saya dan pemikiran di luar kotak saya dalam membina sahsiah cemerlang seorang guru yang berkualiti. Setiap ilmu yang saya dapat hasil dari e[penghasilan tugasn ini akan saya amalkan dan manfaatkan untuk menghadapi masa-masa mendatang yang pasti lebih penuh dengan cabaran. insyaAllah.

21

RUJUKAN

22

Lampiran
23

Anda mungkin juga menyukai