Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula. Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan dan cabaran masa depan. Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik. Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapai standard yang ditetapkan.

DEFINISI KURIKULUM Menurut Valiga dan Magel (2001), mereka mendefinisikan kurikulum adalah sebagai Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T. & Magel, C., 2001). Manakala berdasarkan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai, semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform. Daripada hasil pembacaan, didapati kurikulum adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah. Hirst(1975) pula berpendapat bahawa kurikulum sebagai satu program yg mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yg telah ditentukan. Dapat disimpulkan disini bahawa definisi kurikulum secara umum adalah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanakkanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Secara lebih spesifiknya kurikulum dapat ditafsirkan sebagai pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam dan luar bilik darjah. Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat, dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan teori pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik, pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara. Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70'an memberi fokus kepada matematik tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolahsekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika itu objektif pengajarannya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, kemahiran asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajar an matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995). Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuktajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolahsekolah. Pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari

sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80'an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai sepenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandunganya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992). Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK Falsafah Pendidikan Negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pusat Perkembangan Kurikulum 2001. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Sebagai perbandingan, negara Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal di peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang terbaik di dunia. Howard D. Mehlinger (1995) mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru dan kedua, pembaharuan pendidikan. Kesukaran yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat menyeluruh kerana ianya meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dan kemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain. Penbentukkan sesuatu kurikulum mahupun dasar pendidikan negara di negara kita juga dipengaruhi oleh faktor politik semasa. Menurut Francis (1987): "C urriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education " Wiles Bondi (1989) juga turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi kerajaan atau kementerian menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Setelah empat tampuk pimpinan negara kita bertukar tangan, maka dasar dan kurikulum di negara kita berkembang mengikut ideologi masing-masing. Daripada ordinan pelajaran 1952, Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 sehingga kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan

1979 telah beberapa kali kurikulum diubahsuai dan kini telah wujudnya pula Kurikulum

Sekolah

Lestari sebagai suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara.dan juga Kurikulum Sekolah Bestari. Oleh itu pembentukkan kurikulum matematik di Malaysia mempunyai perkaitan yang kuat antara falsafah pendidikan dan politik. Kurikulum matematik di Malaysia juga dipengaruhi oleh visi dan misi sistem pendidikan negara. Jika dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah wujud visi dan misi yang tersirat juga ditonjolkan. Oleh itu FPK adalah penyumbang terbesar faktor pembentukkan kurikulum matematik di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara." " Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu " yang

terkandung dalam FPK ini bermaksud setiap individu perlu diajar secara bermakna bersesuaian dengan teori pembelajaran iaitu behaviourisme, kognitivisme dan humanisme. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai pelajar dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan social (Ee Ah Meng, 1995). Negara kita telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani . Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Jelaslah di sini melalui FPK yang telah dirancang dengan sebaik-baiknya ini adalah penyumbang terbesar terhadap pembentukkan kurikulum kerana didalamnya terkandung semua faktor-faktor yang lain seperti visi dan misi, teori pembelajaran dan isu-isu semasa.

Perbezaan kandungan Matematik Tahun 1 antara KBSR dan KSSR

Bidang pembelajaran

Tajuk C tajuk KBSR KSSR

Nombor dan Operasi Nombor Bulat Hingga 10 Tambah dan Tolak Pecahan Wang Hingga RM10 Sukatan dan Geometri Masa dan Waktu Panjang Timbangan Isipadu Cecair Ruang

Perbezaan antara KBSR selepas semakan (2000) dan KSSR (2011)


KBSR KSSR

Bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asasmengira. Penguasaan keduadua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran. Matlamat

Bertujuan untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

KBSR

KSSR

Menguasai kemahiran asas seperti menulis angka, membilang dan menyatakan nilai tempat. Menguasai kemahiran dalam keempat-empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Menyatakan waktu dan menentukan tempoh masa serta nilai wang. Mengenal dan menamakan bentuk dan pepejal geometri serta ciri-cirinya. Menyelesaikan masalah yang melibatkan bilangan, sukatan, timbangan, wang, jarak, ruang dan masa. Merekod dan membaca sekumpulan data dalam bentuk jadual dan graf yang mudah.

OBJEKTIF

Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. Menggunakan pengetahuan dan
kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMKuntuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

Perbezaan antara KBSR Fasa 1, 2 dan KSSR

hanya perubahan nama sahaja yang berlaku.

Perubahan kurikulum Matematik( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) sebelum dan selepas semakan 2000.

Kurikulum Matematik sebelum semakan 2000.

Kurikulum Matematik selepas semakan 2000.

Matlamat kurikulum bertujuan membina kefahaman dan kemahiran asas matematik dalam kalangan murid. Dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah . Pemahaman konsep dan kemahiran matematik oleh murid perlu disusuli dengan latihan secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Murid perlu dilatih menggunakan konsep dan kemahiran yang diperoleh daripada pengalaman harian dipelajari daripada mata pelajaran lain. Nilai-nilai murni perlu diterapkan secara bersahaja di mana mungkin.

Matlamat kurikulum masih kekal seperti dulu namun ditambah elemen yang baru. Mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan. Membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif Penyelesaian masalah merupakan aspek yang terpenting dalam matematik dan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik.

MENGAPA ISTILAH STANDARD DIGUNAKAN DALAM KSSR Kurikulum Berasaskan Standard Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran Standard Kandungan Standard Pembelajaran Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahuidan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan criteria atau indicator kualiti pembelajar an dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Mengapa menggunakan istilah standard? Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan Bagi memastikan semua pelajar melepasi standard yang telah ditetapkan serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar di sekolah bandar dan luar bandar adalah penting untuk menggunakan istilah standard yang melambangkan sesuatu tahap pencapaian yang difahami oleh pihak umum. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas Menetapkan sesuatu tahap ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai sesuatu pembelajaran yang dapat diukur dengan jelas. Kurikulum yang dimurnikan ini memberi pembaharuan kepada guru penilai yang akan menilai setiap pelajar bukan sahaja dari segi akademik sahaja tetapi juga dari segi nilai murni yang terdapat pada setiap pelajar. Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) Istilah standard ini juga memberi peluang untuk penambahbaikan kandungan kurikulum sejajar dengan perkembangan individu dan globalisasi yang dialami oleh semua pihak termasuk guru-guru, pelajar dan juga masyarakat. Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran Disamping itu juga dengan penggunaan istilah standard ini dapat memastikan pihak sekolah mengenalpasti masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Tidak semua individu dianugerahkan kecekapan intelek yang tinggi, jesteru itu, pelajar yang kurang menyerlah dalam akademik akan dapat dikenal pasti dengan cepat agar dapat menbantu mereka meneruskan persekolahan dalam bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Dengan adanya penggunaan istilah standard, pentaksiran berasaskan sekolah akan lebih mudah untuk dilaksanakan kerana telah mempunyai criteria-kriteria tertentu untuk menaiktarafkan sesuatu pencapaian sesebuah sekolah.

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KSSR BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK


Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi penge-tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;

1. Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan 3. Pendekatan modular Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang diorganisasikan dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu: i. Modul Dengar Tutur ii. Modul Membaca iii. Modul Menulis iv. Modul Seni Bahasa v. Modul Tatabahasa

4. Pengajaran dan pembelajaran matematik secara didik hibur Berbentuk serampang dua mata: i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran. Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah; i. B erpusatkan murid i. Kepelbagaian teknik pengajaran ii. Kepelbagaian sumber bahan iii. Penggunaan tatabahasa, yangtepat iv. Memperkayakan bahan bacaan Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan; i. Kemahiran berfikir ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iii. Kemahiran belajar cara belajar iv. Kajian masa depan v. Kecerdasan pelbagai vi. Pembelajaran konstruktivisma vii. Pembelajaran kontekstual viii. Kreativiti dan inovasi ix. Keusahawanan

Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai.Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya; i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca, ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis, iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis. Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya; 1. Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum Baca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat. Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan dalam setiap aktiviti; Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan kehendak kurikulum. 2. Peringkat perancangan pengajaran Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran fokus dan kemahiran sampingan; Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih; Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran yang dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran; Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut; Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid.

3. Peringkat penyampaian pengajaran Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid Bahan bantu mengajar yang sesuai; Aspek kawalan kelas; Aspek komunikasi; Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang disampaikan; Berlakunya pemulihan dan penggayaan. 4. Aktiviti pengajaran yang sesuai Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran; Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arah melahirkan murid kreatif' dan inovatif; Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan; Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran yang diperlukan 5. Penyampaian berkesan Mestilah mudah difahami oleh murid; Aktiviti mudah dilaksanakan; Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid; Dapat menarik tumpuan murid. 6. Peringkat Selepas Pengajaran Adanya proses refleksi. Mengapa perlu refleksi? Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai mengapa? Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan? Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan? Adakah aktiviti dan kemahiran yang dipihh tidak sesuai?

Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran berikutnya. 7. Pengajaran dan Pembelajaran menarik, pentaksiran holistik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Penekanan kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berwajib.

PENUTUP Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor- faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.

RUJUKAN
Asiah Abu Samah (1982). Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah di Malaysia Sejak Zaman Penjajah , Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Matematik , UKM Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Francis P. Hunkin (1987). Currikulum Planning Howard D. Mehlinger (1995). School Reform in the Information Age Ibrahim Md. Noh (1995). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berasaskan Fahaman Binaan Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Matematik di Metro Inn. Kajang. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Nik Azis Nik Pa(1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM DBP Nor Azlan Ahmad Zanzali (1996). 'Isu-isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik'. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 14, 19-40. Wiles Bondi (1989).`Curriculum Development : A Guide to Practice' . Kuala Lumpur : .

Anda mungkin juga menyukai