Anda di halaman 1dari 5

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya, (Albert Camus).

Kata-kata motivasi yang diberikan tokoh ini amat bertepatan dengan pelaksanaan program Bina Insan Guru fasa ini. Kita tidak boleh mencipta pengalaman tetapi harus mengalaminya barulah kita sedar dan merasai sendiri pengalaman itu. Sedia maklum bahawa, pengalaman yang diperoleh sendiri amat berbeza dengan pengalaman yang kita peroleh daripada sumber kedua seperti pengalaman orang lain yang dikongsi, namun tidak salah untuk kita mengambil nilai-nilainya tetapi kita tidak akan sepenuhnya menjiwainya kerana kita tidak melaluinya. Program Bina Insan Guru semester 3 yang berlangsung pada awal tahun 2013 yang penuh rahmat ini pasti menjadi memori terindah yang tidak akan saya lupakan kerana di sinilah saya dan rakan-rakan bersama-sama berganding bahu, mengerah kudrat, membanting tulang untuk menjayakan program ini. Untuk pengetahuan, BIG kali ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu bengkel pengucapan awam dan program khidmat masyarakat. Kedua-dua bahagian ini memberi impak dan mempunyai intipati tersendiri yang telah dirangkum menjadi lembaran pengalaman saya sebagai bekalan menghadapi hari mendatang. Banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman yang berjaya saya timba sepanjang menjalankan program ini. Saya bersyukur kerana natijah daripada program-program ini saya dapat menimba pengalaman yang sangat berharga dan pengalaman ini tidak dapat dipelajari di dalam kelas secara teori. Program ini juga membantu memupuk semangat kerjasama dan tidak menyerah kalah dalam semua aktiviti yang saya jalani. Selain itu, program ini juga dapat membina jiwa saya untuk lebih kuat dalam merentas sempadan menjadi seorang guru yang boleh menjunjung aspirasi Negara dalam membentuk modal insan yang bertaraf dunia yang semestinya seimbang dari setiap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai aspek positif yang boleh saya jadikan panduan sepanjang saya menjalani program ini dan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program ini untuk siri yang seterusnya.

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang dari pelbagai aspek, ianya memerlukan beberapa perkara penting yang menjadi titik tolak kepada pembangunan modal insan negara. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia di mana bukan semua individu yang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang serta dapat menghadapi pelbagai rintangan. Jika kita telusuri secara kemas dan teliti, kita dapat lihat terdapat pelbagai aspek positif yang boleh dijadikan panduan setelah merasai sendiri pengalaman mengikuti program ini. Ia bukan sahaja membantu membina sifat citra seorang guru, malah ia turut memupuk mental yang jitu untuk meneruskan kecemerlangan dalam bidang keguruan ini. Program BIG ini dilihat selari dengan hasrat karajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Modal insan yang cemerlang adalah asas dari guru yang berkualiti. Pelbagai manfaat yang telah saya perolehi semasa menyertai program ini dan semua aktiviti yang dilakukan atau dijalankan adalah bersesuaian dengan bidang keguruan ini. ASPEK-ASPEK POSITIF BIG ceramah dan khidmat masyarakat ini memberikan impak yang mendalam dan berguna untuk membentuk citra guru yang sejati. Sepanjang menjalani aktiviti yang telah direncanakan dalam program BINA INSAN GURU (B.I.G) fasa 3 ini, banyak rencah-rencah positif yang boleh saya adaptasi dalam kehidupan seharian. Dalam program ini, aspek positif yang paling banyak mempengaruhi saya dalam membentuk insan guru ialah menepati masa. Bukan sahaja dalam bidang keguruan malah dalam kehidupan seharian juga kita dituntut untuk menepati masa. Ini kerana sekiranya kita tidak menepati masa kita tergolong dalam golongan-golongan orangorang yang rugi. Masyarakat di sekeliling juga tidak menyukai mereka yanng pincang dalam pengurusan masa mereka. Semasa kertas kerja dalam pembikinan, tarikh untuk menghantar kerta kerja juga perlulah tepat dan jangan dilambatkan. Kami

mengadaptasi situasi itu terus ke dalam amalan seharian kami. Malah, ketepatan masa juga ditekankan ketika kehadiran dalam program BIG bengkel dan khidmat masyarakat. Dengan itu, aspke ketepatan masa berjaya disemat kukuh ke dalam lubuk hati keguruan yang sedang terbentuk di hati saya ini.

Aspek kedua yang dapat saya kutip ialah semangat kerjasama. Semangat ini terbentuk dalam amlaan kerja berpasukan kami. Seperti ketika penyediaan kertas kerja dimana kami semua perlu berkerjasama dan saling tolong menolong untuk menyiapkan dan menyerahkannya pada tarikh yang ditetapkan. Walaupun kami ramai dan sukar untuk memenuhi kehendak semua pihak, tetapi kami cuba untuk mencari yang terbaik bagi memuaskan hati semua pihak. Sebenarnya yang penting adalah semangat berpasukan. Perkara ini juga berlaku ketika kami menjalani aktiviti khidmat masyarakat. Kami perlu berkerjasama untuk meyiapkan setiap tugasan yang diberitahu oleh jabatan kendalian kami. Dengan itu, penerapan sikap kerjasama dengan semua ahli sepasukan saya telah diterapkan dan menjadi salah satu daripada sifat saya sekarang. ASPEK PENAMBAHBAIKAN Setiap manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Tiada juga manusia yang sempurna. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri dan ini menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Sama seperti program ini yang mempunyai kekuatan dan ada kelemahan dan boleh diperbaiki. Bagi saya, terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki untuk memantapkan lagi program BIG ini bagi memberi impak yang maksima kepada peserta-peserta kemudiannya. Sepanjang program ini berlangsung, saya kurang melibatkan diri dalam penganjuran program bengkel dan porgram khidmat masyarakat ini. Untuk program bengkel pengucapan awam yang disertai oleh lapan buah kelas dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menggerakkan jentera bagi menjayakan program, saya memberikan kesempatan ini kepada rakan-rakan lain untuk menimba pengalaman dlaam memimpin gerak kerja bagi menjayakan sesuatu program. Selain dari itu juga saya mempunyai kekangan lain seperti terlibat dengan penyertaan kejohanan olahraga tahunan dan persatuan beruniform pengakap yang giat diadakan bagi memenuhi keperluan proforma GERKO kami. Ketika aktiviti khidmat masyarakat juga saya kurang melibatkan diri dalam pengurusan perjalanan program. Hal ini disebabkan oleh saya ingin memberi kesempatan kepada rakan sekelas lain untuk turut merasa pengalaman menguruskan sesuatu majlis.

Selain itu, saya juga kurang diberi pendedahan mengeni perjalanan dan status program kali ini. Saya tidak dapat mengikuti perkembangan program ini bagi memberikan sumbangan yang sepatutnya dan membantu perjalanan program. Mungkin kerana saya bukanlah orang yang berkepentingan dalam pergerakan program ini. Jadi saya tidak perlu untuk mengetahui perjalanan program ini. Saya juga kurang diberi tugas kali ini. bukan saya meminta-minta. Akan tetapi perkara yang telah berjalan lancar janganlah diganggu gugat lagi. Begitulah kata-kata ibu bapa saya. secara tidak langsung, keilatan saya terhadap maklumat program kali ini menjadikan saya tidak berpeluang untuk mengetahui dan memberikan apa-apa pertolongan untuk melicinkan perjalanan kedua-dua program BIG kali ini.

KESIMPULAN Secara konklusinya, program Bina Insan Guru(BIG) banyak memberi kesan positif berbanding kesan negatif kepada semua peserta terutama kepada diri saya. Program ini berjaya menyatupadukan ukhwah antara ahli dalam kelas kami. Sebagaimana yang diketahui, ukhwah amat penting dalam menjayakan sesuatu program. Selain itu, program ini juga banyak memberi pengalaman kepada para peserta kerana pengalaman amat berguna kepada para peserta dalam menghadapi masalah yang mendatang. Secara keseluruhannya, program Bina Insan Guru SEMESTER 3 2013 berjaya dilaksanakan dengan jayanya kerana semua objektif yang diharapkan berjaya dilaksanakan seperti yang diharapkan. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan program Bina Insan Guru SEMESTER 3 2013 termasuklah pensyarah-pensyarah, rakan-rakan yang membantu dalam menjayakan program ini pensyarah-pensyarah khususnya pihak NASOM Kedah yang sentiasa dengan kesibukannya turut mengalukan kedatangan kami, tidak ketinggalan juga pihak unit GERKO yang sudi memberkalkan kami peralatan yang cukup dan baik kondisinya untuk menjayakan khidmay masyarakat ini. Kepada pensyarah-pensyarah yang sudi mengiringi kami dan menceriakan lagi majlis kami, sekalung terima kasih saya ucapkan.

Konklusinya, Program Bina Insan Guru yang pertama kali saya ikuti ini untuk semster ini benar-benar memberi banyak motivasi dan keyakinan yang tinggi dalam diri saya serta dapat meningkatkan ketahanan dari segi mental dan fizikal sekaligus memberikan saya semangat untuk menjadi seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepimpinan yang tinggi tetapi sahsiah diri yang baik dapat menjadi teladan kepada anak didik saya pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai