Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk
memenuhi syarat mendapat Ijazah Perguruan Malaysia. Program ini diletakkan di
bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP. Melalui
penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam
menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam
proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut
juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada
pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidkan Kebangsaan sekaligus
menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan negara bangsa.

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan
yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model
kepada masyarakat.
Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-
pengisian positif , penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam
diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan
masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.






OBJEKTIF
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP diharapkan
dapat :
Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan.
Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan.
Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan.
Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis
masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara
berterusan.
Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan
sekalipun.
Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan
mengorganisai sesuatu program dengan baik.
Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,
mental, emosi, rohani dan sosial.











LAPORAN AKTIVITI
SEBELUM AKTIVITI
Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 5 siri 3 aktiviti 2 pada kali ini ialah
melaksanakan program penanda aras bagi sekolah yang kami pilih. Untuk membuat
pemilihan kelas bagi dipasangkan dalam aktiviti kali ini, baru-baru ini kami telah
membuat perjumpaan dengan penyelaras BIG bagi membincangkan hal ini. Pada
perjumpaan itu, kami telah menentukan kelas setiap siri untuk aktiviti ini. Pada ketika
itu juga, kami telah menentukan ahli jawatankuasa yang akan diberi mandat untuk
memacu pelaksanaan program ini. setelah berbincang seberapa lama, kami sepakat
untuk melantik saudara Syahmi Sariff bagi menyandang jawatan sebagai pengerusi
BIG kali ini.
Selepas itu, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi melantik ahli
jawatankuasa kecil bagi melicinkan lagi perjalanan dan pergerakan aktiviti.
Disebabkan saya telah terlibat dengan program BIG aktivti 1, jadi saya dikehendaki
untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam program ini. oleh itu, saya kini perlu
menjadi ahli pemerhati dan sentiasa bersetuju dengan apa yang dicadangkan.
Pada awal tahun ini, strategi pun mula dirangka. Pengerusi
bertanggungjawab untuk memilih sekolah yang mempunyai potensi untuk dicontohi
berdasarkan bidang-bidang pembelajaran kami. Ada beberapa tempat telah
dicadangkan. Kami berbincang bersama-sama bagi mengenali potensi sekolah
tersebut untuk dijadikan penanda aras. Setelah beberapa cadangan dikemukakan,
dianalisis dan ditapis, kami telah menemui suatu sekolah yang amat cocok buat
kelas kami bagi menjayakan aktiviti kali ini. Sebelum membuat kata putus, kami ke
tempat itu untuk mendapatkan kepastian dan kebenaran daripada pihak sekolah
berkenaan.
Pada hari yang ditetapkan, beberapa wakil dalam kalangan kami telah pergi
ke sekolah yang dimaksudkan untuk mendapatkan kata putus daripada pihak
sebelah sana. Sekolah yang dipilih tidaklah jauh dari IPDA. Sekolah yang diberi
nama SK Sultan Ahmad Tajuddin mempunyai kawasan seluas 3.4 hektar telah
menjadi sekolah bertaraf kebangsaan dan sering dijadikan contoh oleh sekolah-
sekolah sekitar kedah. Sesampainya kami di tempat itu, kami telah berjumpa dengan
guru besar sekolah itu untuk mendapatkan kebenaran. Setelah berbincang beberapa
lama akhirnya kami diberi kebenaran membuat lawatan penanda aras tersebut di ini.
perbincangan ini perlu bagi mengelakkan perselisihan aktiviti yang pasti
mengganggu pengurusan sekolah. Setelah sepakat dengan atur cara yang
ditetapkan, kami beredar dengan harapan agar program tersebut akan berjalan
lancar seperti yang dirancang.






SEMASA AKTIVITI
Sebelum melakukan lawatan penanda aras kami di SK Sultan Ahmad
Tajuddin, kami berkumpul tepat jam 7.30 pagi di hadapan bangunan GERKO untuk
menunggu kedatangan bas. Ketika itu, makanan telah diedarkan kepada kami agar
masa yang ada tidak disia-siakan begitu sahaja. Setelah semuanya hadir dan bas
pun telah tiba, kami pun bertolak dengan menaiki bas IPDA ke tempat yang telah
dirancang. Sementara itu, pensyarah pengiring kami iaitu Puan Zaimah telah sudi
untuk mengiringi kami ke sekolah sehingga aktiviti tamat. Keprihatinan beliau amat
saya sanjungi. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit telah diisi dengan
perkemasan rancangan oelh setiap AJK yang telibat. Mereka membuat persiapan
terkahir dan memberitahu apa-apa yang perkembangan terbaru kepada kami
sepanjang perjalanan berlangsung. suasana ketika itu sangat mengembirakan.
Alhamdulillah perjalanan tersebut berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak
hangat ketika itu akibat kurangnya hujan membasahi bumi Jitra.



Sesampainya kami disana, kami telah disambut oleh salah seorang guru
sekolah tersebut dengan senyuman dan iringan terima kasih kerana sudi
menghadirkan diri untuk melawat sekolah ini. Program kami telah dimulai dengan
penerangan yang begitu mendalam daripada GPK 1 sekolah itu memandangkan
guru besar sekolah tidak berada di sekolah. Beliau telah menjentik minda kami
mengenai betapa pentingnya komited dengan kerjaya walaupun sekarang pelbagai
rintangan yang perlu dilalui oleh guru. kenyataan beliau yang berbunyi jika kamu
telah memilih kerjaya guru, kamu tidak boleh berpatah balik, tidak boleh merungut,
terimalah seadanya. Beliau telah menerangkan secara panjang lebar keada kami
mengenai hal-hal dan kecemerlangan sekolah tersebut khusunya dalam bidang kami
iaitu pemulihan. sekolah ini merupakan sekolah yang telah mencatat nama di
persada Malaysia kerana memanangi banyak anugerah. Antaranya ialah tempat
kedua dalam pengurusan kokurikulum. Padanlah dengan fasiliti yang ada di sekolah
ini sangat lengkap dengan padang futsal, gelanggang tenis dan pada ng bola yang
terjaga rapi. Sekolah ini juga berada pada kedudukan teratas dalam pencapaian
UPSR seluruh negeri kedah selama tiga tahun berturut-turut. Sekolah ini juga telah
dilawati oleh pelbagai delegasi dari serta rantau asia. Hal ini cukup untuk
menunjukkan betapa sekolah ini amat cemerlang dalam pelbagai segi.






Setelah hampir dua jam berkongsi pengalaman bersama GPK 1 yang begitu
berkaliber, kini tibalah masa untuk kami meronda-ronda sekitar sekolah. Bagi saya
mendengar sahaja tidka cukup, mata menjadi bukti betapa cantiknya fizikal, mental
dan sikap warga sekolah ini. Saya berasa seperti di Jepun apabila setiap murid yang
berselisih dengan kami tunduk dan mengucapkan salam. Tidak sangka dalam era
kependidikan yang semakin culas masih ada sekolah yang mampu untuk
mempertahankan nilai-nilai ketimuran dalam diri setiap warga sekolah mereka dari
jaga sekolah hinggalah GPK1 mereka semuanya penuh dengan budi pekerti.
Perjalanan kami diteruskan lagi ke bilik pendidikan khas dan bilik pemulihan. barulah
saya fahami mengapa sekolah ini begitu cemerlang dlaam setiap sudut. Bilik
pemulihan dan disleksia diletakkan dalam dua kelas yang berbeza
merupakansesuatu yang baru bagi saya. Di samping itu, terdapat sebuah bas
terpakai yang telah ditambahbaik menjadi muzium bagi kanak-kanak pendidikan
khas. sungguh cantik pemandangan di sana. Rakan-rakan semuanya tidak
melepaskan peluang menaiki dan bergambar di dalam bas tersebutl. Semua mereka
menyatakan rasa teruja melihat keindahat dan dekorasi sekolah yang mengalahkan
sebuah taman pendidikan. Amat cantik. Kata-kata itu sahaja yang mampu saya
ungkapkan acapkali terlihat hjiasan-hiasan yang bertakhta di sekeliling sekolah.
Belum pun jemu kami melihat persekitaran sekolah, kami telah dijamu dengan
sedikit santapan buat memnuhi fitrah alam. Dalam ketika santapan itu, saya terlihat
seorang murid yang mengutip sampah-sampah yangbertaburan akibat perbuatan
kami ke dalam tong sampah. Tersentuh hati saya melihat keadaan seperti itu. sejak
kecil lagi mereka telah ditarbiah untuk mengajar manusia lain melalui teladan. Jika
saya tinggla berdekatan kawasan ini, sudah pasti saya akan menghantar anak saya
untuk belajar di sekolah ini.


Seusai bersantapan dengan disajikan pemndangan indah tak terungkap, kami
semua diminta untuk ke bilik mesyuarat sekolah itu bagi menyempurnakan edisi
penutup. GPK 1 sempat untuk hadir ke sesi tersebut bagi menzahirkan rasa terima
kasihnya kepada kami kerana sudi melawat sekolah mereka. beliau juga tidak henti-
henti memberi kata-kata semangat kepada kami khususnya bakal guru-guru lelaki
kerana sekolah kini sangat kekurangan guru lelaki. Beliau berharap juga agar
mendapat sesuatu sepanjang lawatan kami disini. majlis penutup telah
disempurnakan dengan ucapan oleh pengerusi BIG, seterusnya sedikit denderahati
buat tanda ingatan dari pihak kami.
Setelah itu, sesi refleksi dilaksanakan terus lanjutan dari program BIG kami.
Setiap pelajar diminta untuk melengkapkan borang-borang mengenai pernyatan
peribadi terhadap setiap program BIG fasa ini. beberapa wakil setiap kelas juga
dijemput bagi menyatakan pendirian mereka terhadap program ini. sesi ini
berlangsung hampir seengah jam. Kesemua wakil kelas menzahirkan rasa gembira
terhadap setiap program BIG yang mereka hadiri. Hampir jam 12.00 tengah hari,
kami mengakhiri lawatan kami ke sekolah ini dengan menunggu bas. Sementara itu,
saya tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih lanjut keadaan sekolah
ini secara fizikal. Berasa tidka puas ketika melihat susun atur yang begitu menarik
bagaikan setiap inci sekolah ini telah dirancang sepenuhnya kegunaan. Ketika
matahari tegak di kepala, kami melangkah pulang dengan hati yang sayu. Smeoga
kami berkesempatan untuk datang ke sekolah ini lagi.

Anda mungkin juga menyukai