Anda di halaman 1dari 9

REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru semester 1 ini pasti menjadi memori terindah yang tidak akan

saya lupakan kerana di sinilah saya dan rakan-rakan mengerah kudrat, membanting tulang siang dan malam selama beberapa hari untuk menjayakan program ini. Banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman yang berjaya saya timba sepanjang menjalankan program ini. Saya bersyukur kerana natijah daripada program saya dapat menimba pengalaman yang sangat berharga dan pengalaman ini dipelajaridi dalam kelas teori. Program ini juga membantu tidak dapat

memupuk semangat

kerjasama dan tidak menyerah kalah dalam semua aktiviti termasuklah aktiviti darat dan air. Selain itu, program ini juga dapat membina jiwa saya untuk lebih kuat dalam merentas sempadan menjadi seorang guru yang boleh menjunjung aspirasi Negara dalam membentuk modal insan yang bertaraf dunia yang semestinya seimbang dari setiap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai aspek positif yang boleh saya jadikan panduan sepanjang saya menjalani program ini dan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program ini untuk siri yang seterusnya. Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang dari pelbagai aspek, ianya memerlukan beberapa perkara penting yang menjadi titik tolak kepada pembangunan modal insan negara. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia di mana bukan semua individu yang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang serta dapat menghadapi pelbagai rintangan. Jika kita telusuri secara kemas dan teliti, kita dapat lihat terdapat pelbagai aspek positif yang boleh dijadikan panduan setelah merasai sendiri pengalaman mengikuti program ini. Ia bukan sahaja membantu membina fizikal yang berdaya tahan, malah berjaya memupuk mental yang jitu untuk meneruskan kecemerlangan dalam bidang keguruan ini. Program BIG ini dilihat selari dengan hasrat karajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Modal insan yang cemerlang adalah asas dari guru yang berkualiti. Pelbagai manfaat yang telah saya perolehi semasa menyertai program ini dan semua aktiviti yang dilakukan atau dijalankan adalah bersesuaian dengan bidang keguruan ini.

ASPEK-ASPEK POSITIF.
Dalam program ini, aspek positif yang paling banyak mempengaruhi saya dalam membentuk insan guru ialah menepati masa. Bukan sahaja dalam bidang keguruan malah dalam kehidupan seharian juga kita dituntut untuk menepati masa. Ini kerana sekiranya kita tidak menepati masa kita tergolong dalam golongan-golongan orangorang yang rugi. Masyarakat di sekeliling juga tidak menyukai mereka yanng pincang dalam pengurusan masa mereka. Dalam siri kali ini Kem komanden kami, iaitu En. Rahim amat rigid berkenaan dengan masa. Saya pernah dimarahi oleh beliau disebabkan tidak menepati masa ketika pertama kali lagi menemuinya. Maka dengan sikap ketua yang tegas menyebabkan kami menjadi peka terhadap persekitaran terutamanya sekali dengan masa. Aspek kedua yang dapat saya kutip ialah semangat kerjasama. Semangat ini memberi impak kepada kami ketika jungle tracking dimana kami semua perlu berkerjasama dan saling tolong menolong untuk mencapai misi yang satu. Walaupun bukan sekumpulan, kami perlu membantu kerana panas tidak semestinya sampai ke petang, kadang-kadang mungkin kita pula yang memerlukan pertolongan mereka. Ketika membina rakit pada malam ketiga juga memerlukan semangat kerjasama yang kuat. Tidak rugi kami bekerjasama kerana hasilnya rakit kami adalah yang paling kukuh antara semua lapan rakit pada hari itu. Malah ketika penyampaian hadiah, kumpulan kami dianugerahkan kumpulan paling kerana dengan semangat inilah kami mampu menempuh segala rintangan ketika program ini. Seterusnya sifat positif yang dapat saya pupuk ketika program ini ialah semangat perpaduan. Program BIG Siri 3 ini dianggotai oleh peserta yang datang dari seluruh pelosok Malaysia. Semestinya mereka ini berlainan agama, kaum dan budaya. Ada yang berbangsa Cina, Melayu, Kadazan, Dusun, Kenyah dan banyak lagi yang mewarnai program kami kali ini. Kami tidak bertengkar dan bertikam lidah stetapi sebalikny kami saling hormat menghormati semasa menjalani program tersebut dan berterusan sehingga ke hari ini. Walaupun berbeza latar belakang,Kami tetap mampu

berkerjasama untuk menjayakan kesemua aktiviti yang terdapat dalam program tersebut. Namun terdapat juga perselisihan faham di antara kami. Biasalah masakan lidah lagi tergitit, inikan pula hati manusia. Akan tetapi, berkat nilai perpaduan yang dipupuk semasa menjalankan aktiviti menyebabkan segala salah faham berjaya diselesaikan. Melalui program ini, saya dapat memupuk semangat persahabatan. Melalui program BIG ini juga, saya lebih menghargai rakan serta sahabat handai saya yang banyak membantu saya sepanjang program BIG ini terutama ketika aktiviti jungle trekking dan berakit. Walaupun dulu saya tidak kenal langsung dengan sesetengah rakan-rakan sepogram, tetapi kini setelah 4 hari 3 malam bersama-sama ketika susah dan senang, saya lebih mengenali mereka. Dengan adanya rakan-rakan disisi baik yang baru lebih-lebih lagi yang lama, aktivit yang sukar untuk ditempuh dapat dihabiskan dengan mudah. Rakan-rakan sentiasa memberikan rangsangan dan dorongan antara satu sama lain untuk menempuh setiap cabaran yang datang. Sememangnya nilai persahabatan sangat besar ertinya buat kami terutama ketika menjalani aktviti ini. Nilai-nilai positif lain yang dapat saya kutip ketika menjalani aktiviti-aktiviti dalam program ini ialah sikap toleransi. Sifat ini dipupuk semasa saya menjalani aktiviti darat. Walaupun terdapat rakan saya yang terlupa untuk membawa sesuatu yang penting, saya perlu bersikap profesional lantas memaafkannya kerana hubungan yang baik perlu dalam menjayakan sesuatu misi. Terdapat juga rakan-rakan yang tidak dapat hadir ketika sesi membuat rakit yang akan digunakan ketika aktiviti air keesokan harinya. Tetapi dengan hati yang tenang kami ahli kumpulan yang lain memaafkannya dan kami berfikiran positif kerana mungkin dia mempunyai masalah tersendiri yang menyebabkan dia tidak berkeupayaan untuk turun bersama-sama menjayakan aktiviti membina rakit ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

ASPEK ASPEK NEGATIF


Setiap manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Tiada juga manuis ayang sempurna. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri dan ini menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Sama seperti program ini yang mempunyai kekuatan dan ada kelemahan dan boleh diperbaiki. Bagi saya, terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki untuk memantapkan lagi program BIG ini bagi memberi impak yang maksima kepada peserta-peserta kemudiannya. Penglibatan dalam aktiviti Sepanjang program ini berlangsung, saya agak kurang melibatkan diri dalam beberapa aktiviti. Ini kerana saya mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti ketika rakan-rakan lain merencana dan merancang aktiviti yang akan dilakukan ketika malam kebudayaan nanti. Saya terpaksa memerhati dari jauh sahaja kerana saya ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Saya perlu berlatih untuk menjadi pengacara pada malam itu. Ketika perbincangan dilakukan di Kg. Teluk Nipah, saya juga tidak dapat mengahadirkan diri kerana saya perlu ke chalet berdekatan bagi mengepam tiub bagi rakit setiap pasukan. Ketepatan masa. Setiap program yang dirancang semestinya mempunyai tentatif perjalanan aktiviti yang lengkap. Akan tetapi, tentatif itu tidak bermakna jika tidak diikuti. Begitu juga dengan program ini. Kami seringkali alpa mengenai masa. Tentatif yang dirangka tidak dapat diikuti dengan baik kerana aktiviti yang dilakukan selalu melangkaui masa yang ditetapkan. Disebabkan perkara ini, aktiviti selepasnya juga selalu terganggu. salah kami juga kerana tidak sempat untuk melihat jam akibat kesibukan yang melampau atau sterlalu asyik dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Keliru dengan tugas Saya juga keliru dan tidak jelas mengenai tugas saya sebagai naib pengerusi. Kadangkala saya mencampuri urusan orang lain. Adakalanya juga saya mengabaikan tugasan saya. Walaupun telah diberi skop tugasan oleh kem komanden dan telah dipaparkan di buku program, saya seperti tidak dapat mengelaskan tugasan saya secara spesifik. Mungkin juga disebabkan kekalutan yang melanda pengurusan kami kerana komitmen dari sesetengah peserta yang berkepentingan tidak mencapai tahap yang diinginkan.

Kurang pengetahuan Salah satu sebab mengapa kurang komitmen daripada sesetengah ahli ialah mereka kurang pengetahuan dalam bidang yang telah diamanahkan kepada mereka. Mereka tidak menguasai dan memahami konsep dan susun atur dalam kerja buat mereka. Kami juga melakukan kesilapan ketika perlantikan ahli jawatankuasa. Kami telah memilih mereka yang bukan berkemahiran dalam melakukan pekerjaan terbabit.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan untuk penambahbaikan ialah yang mungkin boleh mambantu meningkatkan mutu BIG ini ialah: Meletakkan jam dinding di kawasan yang strategik supaya kesemua peserta boleh melihat waktu semasa. Mungkin pihak yang terlibat boleh mengubah jarum jam tersebut contohnya mempercepatkan 10 minit supaya peserta tidak lambat

menjalankan aktiviti seterusnya. Pemantauan yang ketat oleh pensyarah-pensyarah pengiring supaya tiada ahli yang tercicir dan mengelak daripada membuat kerja. Mungkin pemerhatian secara teliti oleh dilakukan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.setiap arahan yang dikeluarkan perlu dipastikan oleh pensyarah sendiri keberkesanan arahan tersebut. Diharap juga arahan yang dikeluarkan lebih jelas agar pelatih dapat mengkuti arahan tersebut dengan mudah. Selain itu, membuat satu jadual aktiviti program yang besar supaya peserta dapat melihat perjalanan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program tersebut. Contohnya menulis jadual aktiviti program di kertas mahjung untuk memudahkan peserta melihat tentatif aktiviti yang akan dijalankan. Perkara ini penting bagi melicinkan program yang dijalankan agar tiada kecacatan dan manfaat yang menyeluruh dapat disalurkan kepada peserta. Pelatih-pelatih juga perlu menyediakan satu jadual kerja agar setiap gerak kerja yang mereka lakukan teratur. Perkara ini amat penting agar perjalanan program lebih mudah dan peserta lain tidak terkena tempias akibat gerak kerja mereka yang terkeluar dari jadual.

Aspek-Aspek Yang Menarik Perhatian


Setelah saya mengikuti program ini, terdapat beberapa aspek yang telah dilaksanakn dalam program ini yang menarik minat saya dan saya berharap dapat meneruskannya selepas daripada BIG ini.

Memasak secara bergotong-royong Aktiviti ini sangat menarik perhatian saya kerana selain memasak kita juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta dan berkongsi sedikit sebanyak tentang resepi masakan dari semua negeri di Malaysia ini. Selain itu, ianya juga mempercepatkan sesuatu masakan itu cepat dihidangkan untuk semua peserta. Solat 5 waktu berjemaah Solat ialah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Apa yang menarik dalam program ini selama 4 hari 3 malam, walaupun kami sangat sibuk dan kerana banyak aktiviti yang terlebih masa dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan di luar jadual namun kami tetap mengerjakan solat 5 waktu itu secara berjemaah. Tetapi ketika di Kg. Teluk Nipah, kami terpaksa mengerjakan solat secara jamak. Perkara ini tidak menjadi hal asalkan kami bersolat. Tazkirah yang bermanfaat Pengisian yang ada dalam setiap kali tazkirah sangat bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan. Walaupun sibuk dengan aktiviti, kami sempat merancang dan melaksanakan tazkirah. Banyak input dan kesedaran yang kami dapat semasa mendengar tazkirah dan perkara ini mengingatkan kami walau sesibuk manapun urusan kami di atas dunia ini, agama jngan diketepikan. Islam ialah agama yang mudah kita cuma ikut perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya serta mengikut ajaran nabi Muhammad SAW yang telah diwahyukan oleh Allah SWT.

Aktiviti yang mencabar Walaupun cuma ada beberapa aktiviti yang lasak dan mencabar keupayaan fizikal dan mental, akan tetapi kami dapat rasakan yang aktiviti itu benar-benar mencabar. Saya amat tertarik dengan perancangan yang dilakukan oleh pensyarahpensyarah. Biarpun jika dilihat aktiviti itu tidaklah sesuasah mana tetapi dengan arahan yang diberikan aktiviti itu menjadi lebih sukatr dari yang dijangka.

Aktiviti air. Terdapat dua aktiviti air yang dijalankan untuk BIG siri ini. Pertama ialah aktiviti water confident dan kedua ialah aktiviti berakit. Bagi aktiviti water confident, banyak pelajaran yang didapati melalui aktiviti ini. Kami kini tahu cara apungan, berenang kuak lentang dan macam-macam lagi. Berkaitan dengan aktiviti berkait pula, seperti yang saya maklum peserta-peserta terdahulu melakukan kayak untuk aktiviti air BIG ini tetapi semasa program BIG 2012 terdapat perubahan iaitu dari berkayak berubah menjadi berakit kerana kumpulan kami merupakan kumpulan yang terbanyak ahlinya. Bukan senang untuk membuat rakit ini kerana ianya haruslah mempunyai peserta yang mempunyai kemahiran asas mengikat tali dan kekuatan lengan untuk memastikan tali tersebut dalam keadaan yang ketat. Ketika berakit juga memerlukan kerjasama yanng erat di antara ahli supaya rakit terus stabil dan dapat berjalan ke arah yang betul. Dalam situasi ini, kebijaksanaan mengawal emosi juga perlu kerana jika tidak ahli

dalam kumpulan juga boleh menjadi musuh. Aktiviti darat Aktiviti darat yang dijalankan pada hari kedua BIG benar-benar menarik perhatian saya. Dalam keadaan penat kerana baru sahaja sampai ke Kg. Teluk Nipah, kami dikerah untuk memanjat bukit yang amat curam pula. Pada masa itu stamina saya benar-benar teruji. Namun berkat kesabaran dan sokongan daripada rakan-rakan, kami bersama-sama dapat mengharunginya dengan tenang dan berjaya.

Kreatif dalam semua situasi Otak kanan saya sangat kerap digunakan ketika BIG kali ini. Keletihan akibat aktiviti fizikal sedikit pun tidak memberi impak kepada pemikiran kami. Buktinya semasa kami membuat rakit kami telah menggunakan segala keupayaan yang ada dalam kotak imiginasi kami untuk mengkonstruk satu binaan rakit yang kukuh dan jitu bagi membolehkan semua ahli kumpulan duduk dengan santai dan tenang. selain itu daya kreatif kami juga terbukti semasa kami membuat persembahan malam kebudayaan. Walaupun masa yang singkat dan latihan yang hanya diadakan pada waktu senggang alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Inilah yang dikatakan daya kreatif yang tinggi dan kerjasama yang padu dapat membuahkan hasil yang agak

memberangsangkan.

Jelasnya , program Bina Insan Guru fasa satu ini dilihat sebagai satu landasan yang terbaik dalam melahirkan guru yang cemerlang dan berkualiti dari segenap aspek dalam bidang perkhidmatan selaku pendidik anak bangsa. Guru merupakan teras kepada kejayaan murid-murid mereka. Tanpa guru yang berkualiti, murid-murid yang bakal dilahirkan untuk memimpin negara juga tidak seperti yang diinginkan. Oleh itu, setiap guru perlu mempunyai wawasan untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang maju kelak.

Anda mungkin juga menyukai