Anda di halaman 1dari 20

Protokol Rangkaian

Definisi Protokol rangkaian adalah satu piawaian yang membolehkan komputer dan peralatan teknologi maklumat berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Ia digunakan untuk mengawal komunikasi dalam rangkaian.

Tugas protokol pada komputer yang menghantar data adalah seperti berikut:

Data dipecahkan kepada section yang lebih kecil yang dinamakan packet. Tambahan maklumat address pada packet tersebut supaya sampai ke destinasi. Menyediakan packet tersebut untuk dihantar melalui Network Card dan melalui kabel.

Tugasan komputer yang menerima data adalah seperti berikut:

Mengambil packet dari kabel laluan dan seterusnya ke Network Card tersebut. Mengumpulkan semula packet ke buffer yang dihantar untuk dihimpunkan semula. Data yang telah dihimpunkan akan digunakan atau ditukarkan oleh aplikasi/program ke bentuk yang boleh digunakan.

Terdapat 3 jenis protokol komunikasi iaitu:

1. Protokol Komunikasi : Token Ring

Token ring menggunakan topologi cincin dimana data dihantar dari satu komputer ke komputer yang lain dalam bulatan sehinggalah data tersebut sampai semula ke penghantar. Ia juga menggunakan protokol token passing, dimana komputer hanya boleh guna rangkaian/hantar data jika dipastikan tiada komputer lain yang sedang menghantar data dan mengelakkan perlanggaran.

Pada permulaannya, token akan mengeliling bulatan rangkaian (topologi cincin) untuk memberitahu pada semua komputer bahawa laluan komunikasi adalah free. Komputer 1 ingin menghantar data, maka ia akan mengambil free token tersebut dan meletakkan data serta alamat penerima dalam token tersebut.

Mula-mula, data tersebut akan dihantar ke komputer 2, dan komputer 2 mengenalpasti bahawa data tersebut bukan untuknya(melalui alamat penerima). Berlaku proses yang sama pada komputer 3, kemudian data akan dihantar ke komputer 4.

2. Protokol Komunikasi : Ethernet

mula dibangunkan oleh Xerox Corporation pada lewat 70-an. Menggunakan protokol CSMA/CD (Carrier sense Multiple Access/Collision Detection) Carrier Sense penghubung/pembawa data Multiple Access komputer dalam rangkaian bebas untuk hantar data selagi tiada komputer lain menggunakan rangkaian tersebut. Collusion Detection apabila 2 komputer hantar data serentak, berlaku perlanggaran, maka data bagi kedua-dua komputer tersebut akan dihantar semula dalam masa yang berlainan. CSMA/CD protokol yang membenarkan semua komputer berkomunikasi serentak, apabila berlaku perlanggaran baru cara diambil untuk menyelesaikannya.

3. Protokol Komunikasi: Tcp/Ip

Tcp/Ip sebenarnya 2 protokol, tetapi selalu digunakan bersama-sama, maka ia telah diterima sebagai satu sistem tunggal. Data yang dihantar akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dan kemudian disertakan alamat penghantar dan alamat penerima. Tcp berfungsi untuk memastikan setiap packet sampai ke destinasi dalam keadaan baik dan setiap packet dinomborkan dengan betul. Ini supaya penerima dapat susun data ikut urutan yang betul. Ip berfungsi sebagai bertanggungjawab dengan pengalamatan.

Perkongsian Maklumat

Setelah komputer dirangkaikan perkongsian maklumat boleh dilakukan dan beberapa jenis perkongsian maklumat. Ia dapat dilihat mngikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain itu, perbezaan di antara skema rangkaianrangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasi kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombong mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis perkongsian maklumat melalui rangkaian komputer yang asas iaitu:

Rangkaian Kawasan Setempat(LAN)


Terhad kepada batasan geografi yang kecil. Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus Fungsi asas LAN Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.

Cara pemasangan
Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepetri kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio

Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)


Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah. Dengan menggunakan rangkaian MAN, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan. Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.

RangkaianKawasan Luas (Wide Area Network-WAN)


Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia. Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon. Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.

Anda mungkin juga menyukai