Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : DPLI / INTERIM NAMA : LEONG HO YAN

TAJUK KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN KOD KURSUS : EDC 2103

SEMESTER : 01

TARIKH MULA : 26.4.2012

TARIKH HANTAR : 18.5.2012

A.

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menghuraikan konsep asas psikologi dan psikologi pendidikan serta implikasi kepada guru. 2. Membuat perkaitan prinsip dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dengan teori-teori perkembangan yang berkaitan. Mengaplikasikan teori-teori pembelajaran untuk memperkukuh kandungan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengaplikasikan pengetahuan tentang kemahiran berfikir aras tinggi, perbezaan individu, perkembangan kendiri dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menguasai kemahiran asas bimbingan dan kaunseling serta pelbagai jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling. Keseluruhan kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,2,3 dan 4.

3.

4.

5.

B.

Objektif Kerja Kursus: 1. Menyenaraikan ciri-ciri perbezaan dua orang murid Tahun 1 (1L & 1P) dari aspek fizikal, sosio-emosi dan kognitif. Menjalankan eksperimen bagi menentukan tahap perkembangan kognitif dua orang murid yang dipilih berdasarkan Teori Piaget. Membincangkan tiga aktiviti yang sesuai bagi membantu perkembangan optimum dua orang murid yang dipilih. Menghasilkan penulisan refleksi berkaitan pengalaman yang diperolehi dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

2.

3.

4.

C. Tugasan KKP EDC 2103 Tugasan KKP EDC 2103 mengandungi dua bahagian seperti berikut: Anda dikehendaki melaksanakan tugasan terarah yang terdapat dalam modul EDC 2103 seperti berikut: I) Topik 1 ms 3 soalan 1 (6 markah) soalan 2 (4 markah) Topik 3 ms 38 (8 markah) II) Topik 3 ms 40 (8 markah) III)Topik 4 ms 57 (4 markah) Soalan dan jawapan hendaklah diletakkan pada bahagian I keseluruhan kerja kursus yang dihantar. Bahagian II : Tugasan Projek (70%) Setiap murid adalah unik. Mereka mempunyai ketidaksamaan dari segi keupayaan fizikal, kognitif serta sosio-emosi. Dari aspek perkembangan kognitf, Piaget telah menjalankan eksperimen ke atas kanak-kanak di Barat dan mendapati beberapa peringkat perkembangan kognitif: sensori motor (0-2 tahun), praoperasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Situasi ini bermakna majoriti murid sekolah rendah berada pada tahap operasi konkrit. Namun, mungkin terdapat murid yang masih berada pada tahap praoperasi. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki : i. Memilih dua orang murid Tahun 1 (seorang lelaki dan seorang perempuan). ii. Mengumpul maklumat mengenai aspek fizikal, sosio-emosi dan kognitif dua orang murid yang dipilih. Tuliskan laporan mengenai ciri-ciri yang diperhatikan pada dua orang murid tersebut. iii. Tonton video (You Tube) mengenai peringkat perkembangan kognitif Piaget menggunakan kata cari berikut : - Piaget's concrete operational stage - Piaget's preoperational stage - Piaget's formal operational stage - Piaget's conservation task - Egocentrism - Piaget's stages of cognitive development iv. Ulang eksperimen yang ditonton bagi menentukan tahap perkembangan kognitif dua orang murid yang anda pilih. Laporkan dapatan anda. iv. Beri cadangan bagaimana anda boleh membantu perkembangan kognitif dua orang murid tersebut. v. Tulis refleksi berkaitan dengan tugasan ini. (Panduan: Apakah yang dipelajari melalui tugasan ini? Bagaimanakah tugasan ini membantu diri anda menjadi guru yang kompeten dan profesional?)

D.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. 2. Tugasan ini adalah tugasan individu. Anda boleh meminta bantauan rakan sejawatan bagi membantu anda semasa menjalankan eksperimen. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 3.2 3.3. 3.4 3.5 3.6 3.7 4. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini Fon Arial Saiz huruf -11 Langkau 1.5 baris Rujukan mengikut format APA (jika ada) Bukti-bukti anda menjalankan eksperimen mesti ditunjukkan. Jawapan dalam Bahasa Melayu

Panjang tugasan tidak melebihi 15 muka surat ( termasuk persembahan visual). Panjang penulisan refleksi tidak melebihi dua muka surat.

5. 6. 7. 8.

Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.. Kedua-dua bahagian tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%.

E. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut: 1. 2. Tugasan Terarah : Jawapan dihuraikan dengan jelas. Tugasan Projek : i. Ciri-ciri murid dirumuskan dalam jadual dan dihuraikan dengan jelas (merangkumi aspek fizikal, sosio-emosi dan kognitif). ii. Eksperimen yang dijalankan adalah betul. Soalan guru dan jawapan yang diberikan oleh murid dibuat transkripsi dan dilampirkan. Tahap perkembangan kognitif murid ditentukan berdasarkan dapatan eksperimen. iii. Cadangan bagaimana murid yang dipilih boleh dibantu perkembangan kognitif mereka dihuraikan dengan jelas. iv. Penulisan refleksi mengikut gaya penulisan refleksi.

Disediakan oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh:

EN. SARDI AHMAD Pensyarah Kursus EDC 2103 Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Pendidikan Teknik.

PN. MAHANI BT IBRAHIM iEE Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Pendidkian Teknik

PN. SHAMSIAH BT MD NASIR Ketua Jabatan. Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai