Anda di halaman 1dari 2

Centre for Teaching and Learning (CTL)

Universiti Teknologi Malaysia

KURSUS AMALAN JAMINAN KUALITI


KURSUS-KURSUS LAIN YANG BERKAITAN
Selain dari Kursus Amalan Jaminan Kualiti ini, para pensyarah juga dipelawa untuk mengikuti lain-lain kursus yang berkaitan anjuran CTL. Ini bagi membantu para pensyarah menambah pengetahuan dan seterusnya meningkatkan kemahiran agar boleh berperanan sebagai seorang pendidik dengan lebih berkesan dalam dunia era moden ini. Antara kursus lain yang boleh diikuti ialah :

MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan atau mana-mana kursus lain anjuran Centre for Teaching and Learning (CTL), sila hubungi kami di alamat yang berikut:

Kursus Taksiran dalam Pembelajaran Kursus Pembelajaran Kooperatif (Satu Pengenalan kepada Pembelajaran Berasaskan Masalah) Kursus Penambahbaikan P&P Menerusi Amalan Reflektif Kursus Penerapan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar

Centre for Teaching and Learning (CTL)

Hubungi Centre for Teaching and Learning (CTL), UTM untuk maklumat lebih lanjut.

Creative Teaching, Effective Learning

Centre for Teaching and Learning (CTL)


Universiti Teknologi Malaysia

Kursus Amalan Jaminan Kualiti


PENGENALAN
Kursus ini memberikan pendedahan asas kepada pensyarah baru mengenai aspek penting Amalan Jaminan Kualiti Di IPTA. Aspek ini adalah amat kritikal dalam usaha mempertingkatkan kualiti, keberkesanan, keupayaan bersaing dan martabat Universiti di dalam negara dan juga di peringkat global. Kursus asas ini diharapkan dapat membimbing pensyarah baru dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam setiap aspek berkenaan bagi tujuan perlaksanaan dan kejayaan misi dan visi Universiti

SIAPA YANG PATUT HADIR?


Kursus ini terbuka kepada semua staf akademik baru yang telah berkhidmat kurang dari 3 tahun. Walau bagaimanapun, staf akademik lain yang berminat juga dijemput hadir.

Objektif Khusus:
Di akhir kursus ini, para peserta diharapkan akan dapat: Memahami dan menghayati konsep kualiti dan kaitannya dengan pendidikan Mengenalpasti kriteria dan standard kualiti dalam pendidikan tinggi Memahami prosedur atau proses jaminan kualiti Mematuhi Jaminan Kualiti Dalam Pendidikan Tinggi

BILANGAN PESERTA
Bilangan peserta adalah dihadkan kepada 40 orang peserta bagi setiap sesi kursus.

TEMPOH KURSUS
2 Hari (1 kali setahun)

KANDUNGAN KURSUS
Kursus ini akan memberi penekanan kepada: Konsep Kualiti dan Kaitannya Dengan Pendidikan Prinsip Asas Jaminan Kualiti Di IPTA Kriteria dan Standard Kualiti Dalam Pendidikan Tinggi Prosedur dan Proses Jaminan Kualiti Short Review: Aspek-aspek Dalam Kriteria dan Standard Kualiti Pendidikan Tinggi Short Review: Prosedur atau Proses Jaminan Kualiti Pematuhan Jaminan Kualiti Perbandingan Amalan Jaminan Kualiti Pendidikan IPTA Di Malaysia Dengan Intitusi Pendidikan Tinggi Di Luar Negara

OBJEKTIF KURSUS
Objektif Umum:
Kursus ini bertujuan memberi kesedaran dan asas persediaan kepada staf akademik bagi menghayati konsep amalan Jaminan Kualiti IPTA di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai