Anda di halaman 1dari 4

Bahasa Melayu SPM Topik : Pemahaman KOMSAS Sajak Objektif: Menjawab soalan pemahaman dengan betul dan ayat

t yang gramatis. Nota PANDUAN UMUM MENJAWAB SOALAN A 1. 2. 3. Soalan yang berkaitan dengan sajak (bertumpu). Baca soalan yang diberikan degan teliti. Baca sajak dengan teliti untuk mengesan jawapan. Tulis jawapan dengan menggunakan ayat anda sendiri dan tidak menyalin ayat daripada sajak bulat-bulat.

B Soalan kemahiran berfikir (bercapah). 1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan tersebut. 2. Kemukakan jawapan dengan memberikan pendapat, cadangan, tafsiran dan sebagainya berdasarkan kehendak soalan. C Soalan yang berkaitan dengan aspek sastera. 1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendaknya. 2. Untuk menjawab soalan jenis ini, anda perlu memahami aspek sastera tersebut. Oleh itu, anda perlu mengkaji aspek sastera tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan. 3. Jawapan anda hendaklah berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam soalan, seperti nyatakan, jelaskan, dan huraikan. Kata Kunci Jawapan nyatakan Anda hanya perlu menyatakan contoh-contoh aspek sastera tersebut. jelaskan Anda perlu menyatakan contoh aspek sastera tersebut dan huraikan bukti berdasarkan petikan sajak. Penilaian Latihan 1 Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. PASAR PERASAAN ini pasar perasaan pada gerainya duduk penjual sentimental yang sering dikunjungi pembeli emosional. ini pasar perasaan mereka memperdagangkan kata-kata

yang terbit daripada kalbu bukan terbit daripada akal. mereka memperdangkankan hujah yang rapuh dan lapuk bagai kayu buruk; yang mudah dipatahkan bagai ranting kering. ini pasar perasaan di dalamnya mengalir sungai manusia yang mengalirkan suara kosong. ini pasar perasaan yang memperdagangkan akal cetek dan tawar-menawar yang dangkal. kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini di tengah-tengah penjual dan pembeli yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan. ini pasar tidak berakal yang diriuhkan kekosongan. T. Alias Taib Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Nyatakan maksud baris sajak yang berikut: yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan dalam berhujah dengan seseorang? Jelaskan dua alasan anda. [4 markah]

(iii) Huraikan persoalan yang terkandung dalam rangkap ketiga sajak tersebut. [3 markah]

Latihan 2 Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal harganya Sesungguhnya Tiada terbeli oleh perjanjian Harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Rahman Shaari Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) (ii) Apakah maksud madu ajaran dari ilmu susah dalam sajak Harga Remaja? [2 markah] Penyajak menyatakan bahawa remaja amat mahal harganya. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak berkata demikian? Jelaskan dua alasan anda. [4 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terkandung dalam sajak Harga Remaja. [3 markah]

Cadangan Jawapan Latihan 1 (i) Baris sajak tersebut bermaksud seseorang bercakap hanya mengikut emosi sahaja tetapi tidak menampakkan kecerdikan dalam hujah-hujahnya. (ii) Pada pendapat saya, dalam berhujah dengan seseorang, kita tidak sepatutnya terlalu mengikut perasaan tetapi mestilah mengemukan hujah dengan jelas dan tenang. Selain itu, semasa berhujah kita mestilah mengemukakan bukti-bukti yang relevan untuk mengukuhkan hujah yang disampaikan.

(iii) Persoalan yang terkandung dalam rangkap ketiga sajak ialah hujah yang dangkal mudah dipatahkan. Seseorang yang mengemukakan hujah yang longgar dan sudah basi mudah untuk disangkal dan dinafikan kerana hujahnya itu bagai kayu buruk atau ranting kering. Latihan 2 (i) Maksud madu ajaran dari ilmu susah dalam sajak Harga Remaja ialah bersusah payah mencari ilmu sehingga berjaya. (ii) Penyajak berkata demikian kerana masa remaja hanya sekali. Oleh itu, remaja mestilah memanfaatkan masa remaja dengan sebaik-baiknya. Selain itu, masa remaja dianggap sebagai kemuncak dalam kemanisan hidup. Oleh yang demikian, masa remaja sepatutnya meninggalkan kenangan manis kepada remaja.

(iii) Persoalan yang terkandung dalam sajak Harga Remaja ialah keberanian seseorang remaja dalam menghadapi cabaran dalam hidup. Remaja sewajarnya menghadapi cabaran dalam hidup dengan tabah dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Selain itu, terdapat persoalan keperluan remaja mencari ilmu. Masa remaja patut dimanfaatkan dengan mencari ilmu dan bukannya terbuang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai