Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI, KEPENTINGAN, DAN FUNGSI BAHASA

3.1.0 Pengenalan

Penguasaan bahasa murid-murid pemulihan adalah lemah. Selain itu mereka juga lemah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta pemahaman. 3.1.1 Definisi bahasa Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut: Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu. (Reed, C.A., 1994) Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung. (Simanjuntak, 1978) Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi. (Bloom, 1988) Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambanglambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai no necessary connection between the symbol and that which is symbolized 3.1.2 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Kepentingan menguasai kemahiran bahasa Sebagai saluran untuk memenuhi kehendak individu. Memberi keyakinan dalam pertuturan dan penulisan. Dapat berinteraksi dengan jelas dan berkesan. Boleh menjalin perhubungan sosial dengan baik. Memberi dan menerima arahan dengan jelas. Menyampai dan mentafsir maklumat dengan tepat. Menimba ilmu dari pelbagai media dan sumber. Dapat berurusan dalam pelbagai bidang dengan licin dan lancar serta secara berkesan dan bermakna.

3.1.3 Fungsi bahasa Bahasa mempunyai beberapa fungsinya tersendiri. Antaranya ialah:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan atau hajat. Memudahkan pengolahan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain. Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi. Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri. Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial. Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialaminya. Asas bagi pemikiran kreatif seperti dalam penulisan kreatif.

Di samping itu Bahasa Melayu mempunyai fungsi-fingsinya tersendiri, iaitu sebagai; Bahasa Rasmi Bahasa Kebangsaan Bahasa Baku

Anda mungkin juga menyukai