Anda di halaman 1dari 34

FITRAH

MANUSIA
Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan – perubahan dari segi fizikal


Perkembangan – satu proses yang
berterusan dari peringkat lahir hingga
peringkat kematangan.
Perkembangan manusia dari aspek jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani
dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor
persekitaran.
FITRAH MANUSIA DAN
PERKEMBANGANNYA

Konsep Fitrah Manusia


- Sifat insan yang mempunyai bakat
semula jadi serta perasaan keagamaan.
- Digolong kepada dua kategori:-
• kejasmanian, kebendaan dan keduniaan
• Kerohanian, ketuhanan dan keakhiratan
Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan

Aspek Pertumbuhan Perkembangan


Jasmani Pertumbuhan saiz, berat, Kemahiran berjalan,
anggota melihat, mendengar
Mental Bertambah keupayaan Kemahiran memikir,
berfikir menaakul, mengingat

Emosi Perasaan seronok, Kemahiran mengawal


gembira, takut perasaan
Sosial Meluaskan perhubungan, Kemahiran
komunikasi dan penyesuaian diri
pergaulan dalam pergaulan
Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan
• Pertumbuhan dalam dua arah atas ke bawah
dan dari tengah ke tepi.
• Berlaku dari umum kepada khusus
• Menunjukkan peningkatan kerumitan
(complexity)
• Berlaku pada kadar yang berbeza
• Mengikut tertib
• Berlaku secara beransur-ansur
• Perkembangan mental bermula dari konkrit
kepada abstrak
• Perkembangan dari egosentrik kepada
menerima pandangan orang lain
• Ciri-ciri pertumbuhan dan
perkembangan ditentukan mengikut
peringkat berikut:-
- Peringkar pralahir : dalam kandungan
- Peringkat awal kanak-kanak: 0 -2 tahun
- Peringkat kanak-kanak : 6 – 12 tahun
- Peringkat awal remaja : 12 – 15 tahun
- Peringkat akhir remaja : 15 – 21 tahun
- Peringkat dewasa : 21 – 60 tahun
- Peringkat tua : 60 tahun ke atas
Tujuh Fasa dlm Perkembangan Manusia

• Semasa kandungan
• Bayi merah (neonate)—10-14 hari selepas
dilahirkan
• Bayi—2 tahun pertama, sebelum menguasai
bahasa
• Kanak-kanak hingga akil baligh
• Remaja hingga belia
• Belia dan dewasa
• tua
Day 7 Day 18
40 days +
Week 6

Week 6
Week 5
Week 6

Week 6

Week 7 Week 7

Week 7

Week 7 Week 8
Week 7
80 days +
Week 8

Week 8
Week 9
Week 11
Week 10

Week 11

Week 12
Week 12

Week 12
11 weeks after conception
• Heart is beating (since 18-25 days)
• Brain waves recorded at 40 days
• Squint, swallow and make a fist
• Has fingerprints and can move limbs
• Sensitive to heat, touch, light and noise
• Sucks thumb
• Weighs @ 1 ounce & 2.5 – 3 inches long
• Fit comfortably in the palm of your hand
 
Week 14 Week 14

Week 14
Week 14

Week 14

Week 14
120 days + Week 20
Week 16

Week 20 Week 16
Week 20

Week 30
FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN INDIVIDU
1. Pengaruh genetik – gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan ciri keturunan
dan sesetengah penyakit ibu bapa.
• Perbezaan fizikal – saiz badan, tinggi-rendah,
berat-ringan, bentuk dan warna organ deria
dan kemahiran fizikal yang unik.
• Perbezaan mental (kognitif) – ibu bapa cerdas
pintar melahirkan anak yang cerdas pintar.
• Perbezaan emosi (afektif) – ibu bapa yang
mempunyai emosi kurang stabil dan bersifat
pemarah melahirkan anak yang agresif dan
autokratik.
2. Pengaruh persekitaran
 Keluarga – suasana rumah, makanan,
asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga.
 Rakan sebaya – pergaulan dan sosialisasi
 Kebudayaan dan kepercayaan – perbezaan
nilai hidup, agama dan budaya
 Sumber teknologi – suratkhabar, majalah,
TV, komputer dan lain-lain
 Guru dan sekolah – guru yang penyayang
dan cekap dan iklim sekolah yang kondusif.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
• TEORI KEMATANGAN GESELL
• TEORI PERKEMBANGAN HAVIGHURST
• TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
PIAGET
• TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL
ERIKSON
• TEORI PENAAKULAN MORAL
KOHLBERG
Teori Perkembangan
1. Teori Perkembangan Kognitif – Jasmani :
Jean Piaget (1896 – 1980)
Perkembangan kognitif kanak-kanak melalui 4
peringkat:-
a. Peringkat deria motor (0 – 2 tahun)
- mula menggunakan kemahiran meniru,
ingatan dan fikiran
- mula mengenal bahawa objek itu tidak
hilang jika disorok
- dari pergerakan refleks ke aktiviti yang
bermatlamat
b. Peringkat pra-operasi (2 – 7 tahun)
- Perkembangan bahasa beransur-ansur dan
kebolehan untuk berfikir secara simbolik
c. Peringkat operasi konkrit (7 – 12 tahun)
 Berkebolehan menyelesaikan masalah
konkrit dengan logik
 Memahami hukum pengekalan dan boleh
membuat klasifikasi dan serialisasi
 Memahami proses kebalikan dan
songsangan
d. Peringkat operasi formal (selepas 12 tahun)
 Boleh menyelesaikan masalah abstrak
secara logik
 Berfikir secara saintifik
 Membantu rasa tanggungjawab ke atas isu
sosial dan identiti.
2. Teori Kematangan Arnold Gesell
(1880 – 1961)
- Perkembangan berlaku secara dalaman – dikenali
sebagai teori kematangan biologi.
- Terdapat lima peringkat perkembangan kanak-kanak:
a. lahir – 1 tahun : menangis dan pergerakan mata
b. 1 – 2 tahun : berjalan/berlari dan penggunaan
perkataan
c. 2 – 3 tahun : berdikari dan membentuk ayat mudah
d. 3 – 4 tahun : permainan dan rutin harian
e. 4 – 5 tahun : hubungan dan interaksi rakan sebaya
3. Teori Perkembangan Havighurst (1953)
Tugas-tugas perkembangan manusia berdasarkan
persekitaran sosiobudaya – dikenali juga
sebagai teori perkembangan tugasan
a. 0 – 6 tahun : belajar makan, berjalan, bercakap
b. 6 – 12 tahun : belajar kemahiran fizikal dan
sosial
c. 12 – 18 tahun : guna fungsi deria dan badan
dengan berkesan, mempraktik tingkah laku
yang diterima oleh masyarakat
4. Teori Perkembangan Psikososial – Erikson
Erickson kenalpasti lapan peringkat
perkembangan emosi manusia daripada bayi
kepada peringkat tua.
Setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan
negatif yang membawa masalah penyesuaian
psikososial kerana konflik emosinya.
Setiap peringkat juga ada matlamat,
kebimbangan, perkembangan, pencapaian
dan bahayanya yang tersendiri.
1. Peringkat kepercayaan lawan ketidakpercayaan
0 – 18 bulan : rasa kepercayaan dibina dalam tahun
pertama, membina rasa kepercayaan secara
berperingkat, membina rasa ketidakpercayaan
jika keperluannya tidak dipenuhi,
ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku
negatif.
2. Peringkat autonomi lawan malu/keraguan
18 bulan – 3 tahun : keinginan memiliki kuasa,
membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri,
merasa malu jika tidak diberi kuasa, malu di
depan orang dan merasa takut melakukan
kesalahan.
3. Peringkat inisiatif lawan serba salah
3 tahun – 6 tahun : kanak-kanak lebih mendesak
dan berinisiatif tetapi kemungkinan
keterlaluan. Belajar cepat, bergerak cepat,
peka kepada betul dan yang salah, merasa
serba salah jika diketawa dan membina sikap
negatif jika merasa serba salah.
4. Peringkat ketekunan lawan rasa rendah diri
6 tahun – 12 tahun : pembelajaran kemahiran
baru atau menghadapi risiko perasaan rendah
diri, kegagalan dan tidak cekap. Keinginan
menguasai sesuatu, keinginan berjaya,
menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial,
memerlukan peneguhan positif dan merasa
kompleks rendah diri jika dikritik.
5. Peringkat identiti lawan kekeliruan identiti
12 tahun – 18 tahun : cuba memahami diri,
menghadapi krisis identiti, sensitif kepada
perubahan badan dan imej kendiri,
membentuk konsep kendiri positif dan juga
negatif. Perkembangan emosi berlandaskan
emosi dari peringkat-peringkat dahulu.
6. Peringkat kerapatan lawan pengasingan
18 tahun – 35 tahun : dewasa, membina hubungan rapat
atau merasa terasing.

7. Peringkat generativiti lawan pemusatan kendiri


35 tahun – 60 tahun : setiap dewasa mencari jalan untuk
memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang.

8. Peringkat kesepaduan lawan putus asa


60 tahun – akhir hayat : kemuncak ialah perasaan
diterima oleh masyarakat dan perasaan kepuasan.
5. Teori Penaakulan Moral Lawrence Kohlbrg
Seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap
perkembangan moral yang utama iaitu moraliti
prakonvensional, moraliti konvensional dan
moraliti pos konvensional.
Tahap 1 : Penaakulan Moral Prakonvensional –
awal kanak-kanak. Pertimbangan berdasarkan
keperluan individu dan peraturan orang lain.
Peringkat 1 : orientasi hukuman – patuh untuk elak
hukuman
Peringkat 2 : orientasi ganjaran – patuh untuk
dapat ganjaran atau balasan
Tahap 2 : Penaakulan Moral Konvensional –
masa kanak-kanak. Pertimbangan adalah
berdasarkan persetujuan orang lain, harapan
keluarga, nilai tradisional, undang-undang
masyarakat dan kesetiaan kepada negara.
Peringkat 3 – orientasi kanak-kanak baik :
mematuhi peraturan mengikut
kebenaran/persetujuan orang lain.
Peringkat 4 – orientasi aktoriti/mengekal
susunan sosial : mematuhi peraturan dan
undang-undang demi mengelak hukuman.
Tahap 3 : penaakulan moral pos konvensional –
masa remaja.
Peringkat 5 : orientasi kontrak sosial : mematuhi
undang-undang kerana keperluan
ketenteraman sosial.
Peringkat 6 : orientasi prinsip etika universal :
mematuhi prinsip keadilan dan kesamaan,
kebaikan dan betul adalah perkara-perkara
yang melibatkan hati nurani.
IMPLIKASI TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
DALAM P & P
1. Perkembangan Jasmani
• Mengurus pendidikan jasmani/permainan
dan kerja praktik ikut perkembangan fizikal
• Elak ajar aktiviti jasmani/permainan dan
kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup
yang komplek jika perkembangan murid
belum cukup matang
2. Perkembangan kognitif
• Rancang aktiviti p & p yang menarik dan
bermakna
• Sediakan pelbagai BBM
• Isi pelajaran dirancang dan disusun mengikut
pemeringkatan:-
- Mudah kepada susah
- Umum kepada khusus
- Konkrit kepada abstrak
- Pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan
baru
- Persekitaran dekat kepada persekitaran jauh
3. Perkembangan emosi dan rohani
• Memupuk emosi dan rohani murid yang sihat
• Cegah tingkah laku murid dan perkembangan
yang tidak diingini
• Bersifat penyayang dan membantu murid
kawal emosi dan rohani
• Memahami peringkat perkembangan emosi
dan rohani murid serta membimbing
selesaikan masalah.
4. Perkembangan Sosial
• Menggunakan strategi pengajaran kumpulan
untuk memupuk perkembangan sosial
• Mengunakan aktiviti projek, perbincangan dan
permainan secara kumpulan berdasarkan
peringkat perkembangan sosial murid
• Aturkan aktiviti kumpulan supaya murid dapat
bekerjasama menyelesaikan masalah
bersama.
DISEDIAKAN OLEH :


KANNIAMMAL

UMAMAGESWARI

GUNAWATHY

ESPARY

VALARMATHY

Anda mungkin juga menyukai