Anda di halaman 1dari 30

Teori Pembelajaran Behavioris

John Broadus Watson (1878 1958)

Ivan Petrorich Pavlov (1849 1936)

Burrhus Frederic Skinner (1904 1990)

Edward Lee Thorndike (1874 1949)

Ivan Petrorich Pavlov (1849 1936) Teori Pelaziman Kasik Juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas/ responden atau Teori R-G. Pembelajaran

Teori Pelaziman Klasik Pavlov


1. Rangsangan Tak Terlazim
Makanan (Unconditioned Stimulus)

Gerak Balas Tak Terlazim


Rembesan air liur dikesan. (Unconditioned Response, UCR)

2. Rangsangan Terlazim
Bunyi Loceng (Conditioned Stimulus, CS)

Gerak Balas

Tidak kaitan dengan tindak balas tak terlazim, misalnya perhatian anjing sahaja

3. Rangsangan Terlazim Rangsangan Tak Terlazim Gerak Balas Tak Terlazim (CS: Bunyi loceng) (UCS: Makanan) (UCR:Rembesan air liur dikesan)

4. Rangsangan Terlazim (Perkaitan Baru) Gerak Balas Terlazim


(CS: bunyi loceng mengganti makanan) (CR=UCR: Rembasan air liur dikesan)

Terdapat beberapa fenomena-fenomena tingkah laku pelaziman lain yang dikenalpasti oleh Pavlov. Antaranya ialah:

1. Generalisasi

2. Diskriminasi

3. Proses Penghapusan

Fenomena Tingkah Laku


5. Pelaziman Tahap Tinggi 4. Pemulihan Spontan

Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.

Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.

Proses Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak diikuti dengan rangsangan tidak terlazim.

Pemulihan Spontan
Rangsangan Terlazim (CS) dan gerak balas terlazim (CR) didapati tiba-tiba pulih semula. CR sebenarnya tidak hilang. CR wujud semula apabila semua gangguan telah hilang. Cth: bunyi loceng diikuti dengan makanan didapati air liur dikeluarkan semula.

Pelaziman Tahap Tinggi


Gerak balas terlazim (CR) baru dapat dibentuk daripada gerak balas terlazim yang sedia ada. Walaupun loceng terus dibunyikan, tetapi ditambah dengan suatu rangsangan terlazim baru. Misalnya, sekeping kad gambar dilukis segiempat sama sisi berwarna hitam bersama ditunjukkan.

1. Pada peringkat permulaan, kad tersebut mungkin menarik perhatian anjing, tetapi tidak dapat menjadikannya mengeluarkan air liur seperti gerak balas terlazim dahulu. 2. Selepas banyak latihan pelaziman ini, kad gambar ditunjukkan juga boleh menjadikan anjing mengeluarkan air liurnya tanpa bunyi loceng. 3. Kad gambar menjadi suatu rangsangan baru--rangsangan terlazim sekunder

1. Gerak balas positif dipupuk


Sebelum Pelaziman
Guru Matematik mengajar kelas kali pertama. (rangsangan tak terlazim)

Gerak balas tak terlazim terhadap aktiviti pengajaran sahaja. (Perhatian murid)

Semasa Pelaziman
Guru mengajar dengan cara menarik. (rangsangan terlazim)
Murid tumpukan perhatian. (Gerak balas tak terlazim)

Selepas Pelaziman
Kehadiran guru (menarik) (rangsangan terlazim) Murid tumpukan perhatian. (gerak balas terlazim)

2. Dalam bidang tingkah laku pembelajaran Orang Manusia


Buku ( CS UCS Buku disebut oleh kanakkanak. UCR )

3. Belajar simbol matematik dan konsepnya


C M

Rangsangan Terlazim

Rangsangan Terlazim Baru

4. Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim) demi menghasilkan gerak balas terlazim, iaitu melakukan aktiviti pembelajaran yang memuaskan. 5. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat genaralisasi dengan tepat, dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan. 6. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi, misalnya mengenal pasti ciri-ciri khusus segi empat selari dan rombas.

7. Berikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Misalnya, memberi latihan penyelesaian masalah matematik kerap kali. 8. Gunakan peneguhan sekunder untuk mengukuhkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya, menggunakan rangsangan baru sebagai rangsangan terlazim dalam proses memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. 9. Membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup hingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)


Orang pertama mencipta istilah behaviourisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Dipengaruhi oleh teori pelaziman klasik Pavlov Terkenal : kajian tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan model pelaziman klasik.

Teori Pelaziman Tingkah Laku: J.B. Watson

Pembelajaran Emosi Tiga jenis emosi semula jadi: takut, marah dan kasih sayang Dipelajari melalui proses pelaziman.

Watson Little Albert Experiment


1. Watson menggunakan bayi berumur 9 bulan yang bernama Albert dan seekor tikus putih yang jinak. Perhatian: (a) Albert pada mulanya tidak takut berdamping tikus putih yang jinak. (b) Albert dan kanak-kanak lain takut pada dentuman yang kuat.

Langkah: a) Satu tikus putih ditunjukkan kepada Albert yang menunjukkan minat terhadapnya. b) Sebaik sahaja tikus putih ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua, satu dentuman yang kuat dibunyikan dari belakang. Albert dengan serta merta, terperanjat dan menunjukkan reaksi. c) Langkah b) diulang beberapa kali. d) Tikus putih itu ditunjukkan, Albert menunjukkan reaksi takut.

Kesimpulannya, Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

PROSES PELAZIMAN
Gerakbalas Semulajadi Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim )

ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)

Proses Berpasangan Tikus (Ransangan Neutral ) + Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim
Ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim) Berlakunya Pembelajaran Tikus (Ransangan Terlazim ) ketakutan (Gerakbalas Terlazim)

1. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman. Tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai. 2. Untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, murid hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik. 3. Untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap kali. 4. Guru perlu menggunakkan rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya minat belajar, dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif.

Teori Pelaziman Operan


Teori pelaziman klasik hanyak boleh menjelaskan tingkah laku pembelajaran yang mudah. Gerak balas terlazim o rangsangan terlazim = gerak balas tak terlazim o gerak balas tak terlazim
Contoh: kita tidak boleh melatih seekor anjing berdiri yang tidak pernah dipelajari olehnya dengan teori pelaziman klasik.

Oleh itu, teori pelaziman operan digunakan, iaitu gerak balas (berdiri) berlaku sebelum rangsangan (makanan).

Pembelajaran Pelaziman Operan sesuatu bentuk pembelajaran seseorang yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balas.

Model Pembelajaran Pelaziman Operan


1. Gerak balas operan berlaku secara sendiri 2. Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah peneguh atau rangsangan meneguh.
Ganjaran- peneguh positif denda- peneguh negatif

3. Peneguhan mengukuh dan mengekalkan gerak balas yang berkenaan. 4. Ganjaran- mengukuh dan mengekalkan gerak balas. Denda- mengelakkan diri dairpada kena denda.

Anda mungkin juga menyukai