com
"33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi"
Oleh: Noorizam Sabran
Pengenalan tentang diri saya. Saya adalah peminat fotografi yang sentiasa belajar untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Kepakaran saya adalah dalam bidang Prototype. Ijazah saya pula dalam bidang senireka! Dan hobi saya adalah Photography. Dengan minat yang mendalam dalam fotografi, saya melaburkan wang sendiri untuk menuntut ilmu fotografi. Saya menghadiri kelas fotografi, berjumpa dengan jurugambar yang berpengalaman, banyak membaca buku fotografi dan banyak bertanya dengan yang pakar dalam industri. Di dalam e-book ini, saya sebenarnya berkongsi asas ilmu dan pengetahuan saya dalam bidang fotografi. Ya! E-book ini untuk anda yang masih baru (beginner) dan ingin memahami asas-asas dalam fotografi. Saya adalah Noorizam Sabran.
Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16. Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja. Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. Jarak di dalam fokus dipanggil 'depth of field.
Aperture F22
Aperture F 5.6
Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200. Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar). Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain, berbanding dengan ISO yang perlahan. Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com
Interaksi dengan mata subjek memberi kesan pada gambar anda. Lihat contoh perbezaan gambar subjek yang melihat kamera dan tidak melihat pada kamera.
Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek anda. Lihat pada perbezaan gambar.
Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek yang anda rakam. Cuba belajar melihat latar belakang subjek dengan menggunakan 'view finder' camera anda. Jika anda merakam sesuatu subjek, pastikan tiada objek lain yang menggangu subjek utama anda.
Anda dapat lihat perbezaan setelah subjek diisi dengan sedikit cahaya.
Kadangkala cahaya matahari itu sendiri sudah membuatkan subjek kelihatan menarik dan jelas, tidak perlulah lagi anda menggunakan flash.
Bayangkan 'viewfinder' anda mempunyai garisan grid seperti permainan Tic-Tac-Teo. Cuba bermain dengan meletakkan subjek anda pada satu pertemuan garisan tersebut. Ini juga dikenali sebagai Rules of third. Pasti anda akan dapat lihat perbezaannya.
Untuk mengetahui kemampuan flash, sila rujuk manual kamera anda. Pastikan jarak anda dengan subjek tidak terlalu jauh hingga cahaya flash anda tidak sampai pada subjek anda. cara lain anda juga boleh tambahkan ISO pada kamera anda.
Kadangkala cahaya matahari atau cahaya semulajadi adalah cahaya terbaik untuk merakamkan subjek anda. Jika anda tidak kehendaki cahaya yang sedia ada pada subjek, anda haruslah mengubah arah atau subjek anda.
kamera
anda
dengan
setabil
Elakkan getaran semasa menekan butang 'shutter'. Jika anda bergetar semasa menekan butang 'shutter', gambar anda akan menjadi kabur. Pastikan juga jari anda tidak menutupi bahagian hadapan lensa kamera anda. Jika kamera anda mempunyai 'live viewfinder', cuba gunakan optical 'viewfinder'. Ini bukan sahaja dapat membantu anda melihat subjek sebenar, tetapi dapat membantu menstabilkan kamera dari gegaran.
Anda tidak sepatutnya merakam gambar tanpa tahu apakah yang anda inginkan. Walaupun anda melihat sesuatu subjek yang menarik, jika anda tidak tahu apa yang anda ingin rakamkan, gambar anda tidak akan kelihatan menarik! Tanya diri anda adakah gambar yang anda frame menerangkan tema yang anda pilih? Adakah orang lain yang melihat gambar kita itu boleh rasai tema yang anda pilih? Jadi pilih tema untuk gambar yang anda mahu rakam.
21. Alat kawalan jauh, pemasa (timer) atau shutter release kabel.
Jika anda menggunakan shutter yang perlahan, kamera akan bergetar semasa anda menekan butang shutter. Jika bergetar, gambar anda akan kabur. Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini? Cuba gunakan pemasa timer kamera anda atau anda boleh menggunakan alat kawalan jauh untuk kamera anda. Ada kamera yang boleh digunakan dengan shutter release kabel.
Ini berpandukan jenis kamera yang anda gunakan. Tetapi awas, pengawalan ISO yang tidak betul akan menyebabkan gambar anda menpunyai bintik merah kekuningan ynag dipanggil noise.
27. Senyum!
Ya! Sebagai jurugambar, terlalu penting untuk ANDA senyum selalu semasa merakam gambar. Gembira dan enjoi, pasti subjek anda juga akan senang dengan anda. Ini akan memudahkan anda mendapatkan gambar yang menarik!
Dedahkan diri anda dengan dunia luar. Anda akan mendapat banyak idea dapat merakam gambar dengan lebih baik.
Penutup Saya berharap dengan perkongsian e-book 33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi ini, anda akan mendapat sedikit pengetahuan dan tip dalam merakam gambar. Selamat berkarya! Terima Kasih. Noorizam Sabran.
Untuk mendapatkan tip fotografi digital terbaru, sila lawati blog saya :
www.noorizamsabran.com