Anda di halaman 1dari 6

Tips Dan Teknik Asas Fotografi Telefon

Pintar Yang Perlu Anda Kuasai

Berkat kecanggihan teknologi, boleh dikatakan setiap orang mempunyai kamera


setiap masa di tangan, sama ada melalui telefon pintar ataupun mungkin sebuah
kamera sebenar.

Sekiranya anda rajin menelaah fungsi kamera telefon anda, pasti ada beberapa
tetapan yang dapat anda gunakan sekiranya anda tidak menggunakan fungsi
'auto' dalam aplikasi kamera. Tetapan yang ada pada kamera telefon pintar
tidaklah boleh dibandingkan dengan tetapan dan fungsi yang ada pada sebuah
kamera sebenar, tetapi kedua-duanya mempunyai asas yang sama.

Pernahkah anda cuba-cuba menggunakan beberapa fungsi berbeza ini yang


akan memberikan anda cara berbeza mengambil foto? Berikut adalah beberapa
istilah fotografi yang akan ada temui dalam telefon pintar anda, yang sudah
pastilah akan membolehkan anda mengeluarkan kekuatan sebenar kamera
telefon pintar anda.
1. Piksel/Megapiksel

Apa itu piksel? Piksel adalah unit asas setiap warna yang akan membentuk imej,
visual dan teks yang kita nampak pada skrin telefon. Semakin tinggi sesuatu
piksel itu, ini bermakna saiz sesuatu imej yang anda ambil lebih besar. Istilah
'megapiksel' pula digunakan bagi menggambarkan piksel dalam satu kuantiti
yang besar.

Pada zaman sekarang 'perang megapiksel' nampaknya sudah berakhir dan


pengeluar lebih gemar melaporkan saiz sebenar gambar anda dengan unit
piksel resolusi seperti 4608x3456 atau 2304x1728 piksel. Dengan
menggunakan contoh 4608x3456 piksel, ini bermakna untuk setiap imej yang
anda ambil, gambar itu mengandungi 4608 titik warna pada bahagian lebarnya
dan 3456 titik warna pada bahagian tingginya - yang akan membentuk imej itu.

Lebih tinggi jumlah piksel, lebih besar saiz gambar anda membolehkan anda
mempunyai kualiti gambar yang lebih baik.
2. ISO

Apakah ISO?
ISO

mewakili tahap sensitiviti kamera anda kepada cahaya. Semakin tinggi nilai
sesuatu ISO, semakin banyak cahaya akan dibenarkan masuk ke dalam lensa
ketika gambar diambil. ISO kebiasaannya diwakili dengan nombor 100 (tahap
minima biasa), 200,400,800,1600,3200,6400,12800 dan gandaan-gandaan
seterusnya.

Dulu wujud kamera yang mampu mengambil gambar pada ISO bawah 100
tetapi penulis tidak tahu wujud atau tidak kamera telefon yang mampu
melakukannya.

Sekiranya anda perlu mengambil gambar di tempat yang gelap dan tidak ada
banyak sumber cahaya yang mampu menerangi subjek anda, tinggikan nilai ISO
bagi membantu kecerahan gambar anda. Bagaimanapun, harus diingatkan
semakin tinggi ISO akan semakin kuranglah ketajaman dan kehalusan gambar
anda.
3. Aperture

Dalam bahasa Melayu, 'aperture' membawa makna 'bukaan' dan bukaan ini
mewakili bukaan paling besar yang boleh dilakukan oleh lensa telefon pintar
anda. Nilai aperture dibaca menggunakan format f/*.* di mana simbol *
kebiasaannya memaparkan nombor. Sebagai contoh, Apple iPhone mempunyai
bukaan f/2.2 manakala Samsung Galaxy S9 mempunyai dua lensa yang
mempunyai bukaan berbeza f/1.5 dan f/2.4.

Semakin kecil nombor di belakang huruf f itu, ini bermakna lensa itu
mempunyai bukaan yang lebih besar dan membolehkan kemasukan cahaya
yang lebih banyak - seterusnya membolehkan gambar yang lebih tajam terhasil.

Setakat ini, kamera telefon terbaik dalam bukaan lensa yang direkodkan adalah
LG G7 dengan f/1.6 untuk lensa biasa dan f/1.9 untuk lensa lebar. Dalam bidang
fotografi sebenar, lensa-lensa yang mempunyai bukaan besar seperti f/1.4 atau
f/1.6 mempunyai nilai yang sangat tinggi serta sangat dicari-cari peminat seni
fotografi kamera sebenar.
4. Bokeh

Pada waktu dahulu telefon pintar gagal untuk menghasilkan kesan khas yang
digelarkan 'bokeh' kerana teknologinya tidak mampu menyaingi lensa kamera
sebenar. Bagaimanapun pengeluar telah menemui cara menghasilkan bokeh
pada telefon pintar dengan menggabungkan 2 atau lebih penggunaan lensa
dalam satu gambar.

Bokeh adalah kesan yang terhasil apabila subjek dan latar belakang dapat
dipisahkan, dengan subjek berada dalam fokus sementara latar belakangnya
pula dikaburkan.

Sekiranya anda mempunyai telefon pintar yang mempunyai dua lensa di kamera
belakangnya, besar kemungkinan anda boleh mendapatkan kesan bokeh pada
gambar anda. Cuba cari fungsi tersebut dan manfaatkan sepenuhnya fungsi
telefon anda. Bokeh juga digelarkan sebagai 'depth of field.'
5. Shutter speed

Shutter speed atau 'kelajuan pengatup' merupakan tetapan selang masa yang
akan menentukan berapa banyak cahaya yang masuk ke dalam lensa untuk
mencerahkan gambar. Walau bagaimanapun, semakin panjang shutter dibuka,
ini akan meningkatkan lagi risiko pergerakan yang ada dalam imej menjadi
kabur.

Shutter speed diukur dengan menggunakan format pecahan saat, iaitu 1/8000
saat, 1/4000 saat, 1/2000 saat, 1/1000 saat, 1/8 saat, 1/2 saat, 1 saat, 2 saat, 4
saat dan seterusnya. Semakin pantas shutter speed membolehkan anda
memegunkan aksi yang sedang berlaku. Semakin lambat shutter speed akan
menghasilkan kesan pergerakan kabur sekiranya ada pergerakan direkodkan.

Oleh kerana berkait dengan berapa banyak cahaya akan dibenarkan masuk,
kebiasaannya shutter speed yang sangat pantas akan digunakan dalam situasi
yang cerah bagi mengelakkan gambar jadi gelap. Sekiranya anda ingin
mendapatkan gambar air terjun yang cantik, letakkan telefon anda pada kaki
tripod dan turunkan shutter speed kepada shutter speed yang panjang seperti 1
saat atau lebih. Anda akan mendapat gambar air terjun yang airnya kelihatan
seolah-olah datang dari alam fantasi.

Anda mungkin juga menyukai