Anda di halaman 1dari 36

PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS


Disusun oleh:

YUSNIZAM BIN YUSOFF


PEMBANTU PERUBATAN AMBULAN (UNIT KECEMASAN
BERMOTOSIKAL) IBU PEJABAT KEBANGSAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

ISI KANDUNGAN Skop Pertolongan Cemas Luka & Pendarahan Patah Kecederaan Sendi dan Otot-otot Terbakar dan Melecur Pitam dan Tidak Sedarkan Diri

Muka Surat

2 10 17 23 27 33

Pengenalan Pertolongan Cemas

SKOP PERTOLONGAN CEMAS

Pengenalan Pertolongan Cemas

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pertolongan Cemas


Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.

Konsep Pertolongan Cemas


Pertolongan Cemas ditakrifkan / diertikan sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula / Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut / tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS


1. Selamatkan nyawa Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. Mengelakkan dari bertambah buruk Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. Mengurangkan kesakitan Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

2.

3.

MENILAI SITUASI MANGSA (PRIMARY SURVEY) Bertindak


D R A B C = = = = = Danger Response Airway Breathing Circulation

(Bahaya) (Tindak balas/Reaksi) (Saluran pernafasan) (Pernafasan) (Peredaran/Pengaliran Darah)

RESPONSE (TINDAKBALAS / REAKSI)


Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar : Tanya mangsa keadaannya Pastikan kecederaan atau kesan lain Berikan rawatan yang sewajarnya Dapatkan bantuan jika perlu Jika tidak sedar : Pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid)

Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu: 1) A - Alert (sedar sepenuhnya) 2) V - Verbal (respon terhadap suara) 3) P Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan) 4) U Unconcious (tiada apa-apa respon)

Pengenalan Pertolongan Cemas

SECONDARY SURVEY (MEMERIKSA MANGSA)


Pemeriksaan tubuh badan mangsa untuk membuat penilaian bolehlah diringkaskan seperti berikut: Bahagian Tindakan Pemeriksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagian a) Kepala kepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya. b) Leher Periksa belakang tengkuk dan nadi. c) Belakang Periksa ruas-ruas tulang belakang. d) Badan Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan sebagainya. e) Tangan Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya. f) Kaki Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya. Untuk mangsa yang mengalami diperiksa seperti berikut: S A M P L E Sign / Symptom (Tanda dan gejala) Alergic (Alahan) Medication (Ubatan yang diambil) Past History (Penyakit yang sedia ada) Last Meal (Makanan terakhir) Event (Punca kejadian) kecederaan bolehlah

D - Deformity C - Concussion A - Abrasion wound P - Punctured wound B - Burn T - Tenderness ( sakit bila disentuh) L - Laceration wound S - Swelling

VITAL ORGAN
Adalah organ-organ yang penting di dalam tubuh badan. Keutamaan (Priority) 1. 2. 3. 4. 5. Otak Respon, saiz anak mata Jantung Nadi (Pulse) Paru-paru Pernafasan (breathing) Hati Kulit Kelihatan Kekuningan Buah Pinggang 5.1. Bengkak-bengkak pada kulit 5.2. Masalah kencing.

NADI
Nadi ialah tindakbalas pengepaman jantung yang boleh dikesan di seluruh arteri yang selari dengan tulang Tempat mudah untuk merasai nadi ialah: 1. 2. 3. Pergelangan Tangan Pangkal Lengan Leher Radial Brachial Karotid

Pengenalan Pertolongan Cemas

Semasa merasa nadi perkara yang perlu diambil perhatian adalah: 1. Bilangan denyutan nadi Dewasa (60 80 kali seminit) Kanak-kanak (80 - 120 seminit) Bayi (120 -160 kali seminit) 2. Rentak nadi (rhythm) 3. Kekuatan (strength)

RENJATAN (SHOCK)
Suatu keadaan dimana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan saluran darah menyebabkan organ organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebab-Sebab renjatan 1. Kehilangan bendalir badan (hypovolumic shock) a) Kehilangan Darah (haemorrhagic shock) Pendarahan yang banyak b) Kehilangan Cecair (haemotegenic shock) Terbakar kehilangan plasma Muntah-Muntah Cirit-birit 2. Keadaan emosi (neurogenic shock) Terlampau takut Terkejut Berita buruk 3. Saraf (Anaphylitic shock) Terlampau sakit Alahan / allergi Tanda-Tanda & Gejala Kulit kelihatan pucat Kulit sejuk dan berpeluh / melekit Loya, lemah dan pening Nadi cepat dan lemah Nafas cepat dan sesak Tekanan darah rendah Dahaga Resah gelisah Pandangan kabur Tidak sedarkan diri APA YANG HARUS DILAKUKAN Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki untuk menggalakkan pengaliran darah ke otak. Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan pinggang. Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapa banyak udara yang bersih. Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya terlalu panas. JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit kerana ini boleh menyebabkan muntah. Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, kenal pasti kecederaan-kecederaan yang ada dan berikan bantuan kecemasan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan lanjutan.

Pengenalan Pertolongan Cemas

Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi). 1. 2. 3. TIDAK BERNAFAS Bantuan pernafasan. TIADA DENYUTAN NADI CPR BERNAFAS Baringan pemulihan (recovery position).

Dapatkan bantuan ambulans dengan segera.

TERCEKIK
Gejala utama menyebabkan asfiksia adalah apabila berlaku TERSEKAT SALURAN PERNAFASAN disebabkan oleh benda-benda asing atau makanan. Ini akan menyebabkan kegagalan oksigen untuk sampai kepada sel-sel badan. Rawatan 1. Mengeluarkan benda asing dengan teknik `abdominal thrust atau `Heimlich manuever Membuka saluran pernafasan Periksa pernafasan dan denyutan nadi Lakukan CPR jika tiada pernafasan dan denyutan nadi Apabila denyutan nadi dan pernafasan pulih, baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan Periksa pernafasan dan tahap kesedaran. CHEST THRUST Tekanan Dada

Kaedah HEIMLICH MANUEVER (ABDOMINAL THRUST) dan CHEST THRUST

2. 3.

HEIMLICH MANUEVER / ABDOMINAL THRUST Tekanan Abdomen

4.

5.

6.

Tercekik: Mangsa dewasa menjadi tidak sedar

Terlentangkan mangsa dengan mengawal kepala dan lehernya. Jerit Tolong! dan hubungi ambulan.

Pengenalan Pertolongan Cemas

Angkat dagu dan lidah dengan satu tangan sementara tangan yang lain digunakan untuk mengeluarkan objek asing dalam mulut dan tekak dengan menggunakan jari. Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan. Berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, lakukan tekanan abdomen (Abdominal Thrust). Untuk melakukan tekanan abdomen, melutut dan duduk pada paras lututnya serta mengadap mangsa. Letak tumit tapak tangan di tengah abdomen dan letakkan tapak tangan kedua di atas yang pertama. Tekan sebanyak 6-10 kali dengan satu pergerakan yang kemas dan cepat. Sentiasa periksa sekiranya objek asing telah keluar. Buka mulut, angkat dagu dan lidah dan periksa mulut. Sekiranya terdapat gigi palsu bolehlah ditanggalkan jika perlu untuk memudahkan pemeriksaan mulut. Dongakkan kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat, ulang semula perkara-perkara di atas dengan cepat. - Tekan abdomen - Periksa mulut - Beri bantuan pernafasan Ulang sehingga bantuan pernafasan tidak tersekat.

Tercekik: Mangsa dewasa yang tidak sedar

Tentukan tahap kesedaran mangsa dengan menepuk bahu dan memanggil. Sekiranya tiada respon, jerit Tolong! dan hubungi ambulan. Terlentangkan mangsa.

Pengenalan Pertolongan Cemas

Buka saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa dan periksa pernafasan (melihat, mendengar, merasa). - Melihat dada turun naik - Mendengar pernafasan - Merasa haba pernafasan dengan pipi Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan, berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, dongakkan kepala sekali lagi dan beri bentuan pernafasan.

Sekiranya masih tersekat, mangsa mungkin tercekik. Lakukan tekanan abdomen sebanyak 6-10 kali. Periksa mulut mangsa sekiranya ada objek asing yang terkeluar. Sekiranya ada, keluarkan objek tersebut dengan membuka mulut serta mengangkat dagu dan lidah mangsa dan korek menggunakan jari.

Dongakkan semula kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat ulang semula tindakan di atas dengan cepat. Sekiranya mangsa terlalu gemuk atau mengandung, tekan di atas dada seperti kedudukan CPR.

Rawatan bayi tercekik

Pastikan tahap kesedaran bayi dengan menepuk bahunya perlahan-lahan. Jika tiada respon, jerit Tolong! dan hubungi ambulan. Terlentangkan bayi dan buka saluran pernafasan. Pastikan jangan di dongak secara berlebihan. Periksa pernafasan dengan teknik melihat, mendengar dan merasa.

Pengenalan Pertolongan Cemas

Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan beri bantuan pernafasan dengan cara melekapkan mulut anda di sekeliling mulut dan hidung bayi. Jika tersekat, dongakkan semula kepala bayi dan beri bantuan pernafasan lagi. Jika masih tersekat lakukan Back thrust dan Chest thrust.

Tiarapkan bayi dengan mengampunya menggunakan tapak tangan serta lengan. Letakkan bayi di bahagian paha dengan kedudukan kepala bayi rendah dari paras badannya. Tepuk 5 kali di antara tulang belikat bayi dengan menggunakan tumit tapak tangan. Kemudian terlentangkan bayi dan ampu leher serta badan bayi dengan kedudukan kepala rendah dari badannya. Tekan 5 kali di atas dadanya seperti melakukan CPR. Kemudian buka mulut bayi dengan teknik angkat dagu dan lidah serta periksa sekiranya ada objek asing. Sekiranya ada, korek objek menggunakan jari kelingking. tersebut dengan

Cuba buat hembusan semula. Jika masih tersekat ulang semula teknik di atas sehingga objek dapat dikeluarkan dan bantuan pernafasan berjaya.

Pengenalan Pertolongan Cemas

LUKA & PENDARAHAN (Wounds & Bleeding)

Pengenalan Pertolongan Cemas

10

LUKA
Kecederaan kepada tisu disebabkan oleh benda-benda tajam atau tumpul. Luka boleh diklasifikasikan kepada dua sifat iaitu: 1. Luka Tertutup 2. Luka Terbuka Contoh Luka Tertutup

1.

Luka Tertutup Kecederaan kepada tisu di bawah kulit dimana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit. Contoh Luka Tertutup: a. Kontuse Akibat daripada terkena pukulan kuat. Pendarahan berlaku di bawah kulit. Haematoma Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.

Pendarahan di otak

b.

2.

Luka Terbuka Kecederaan kepada tisu kulit dimana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit. Lebam Contoh Luka Terbuka Sebab Benda-benda tajam & nipis Tersagat Benda-benda tajam &runcing Cakaran Tembakan Kemalangan

a. b. c. d. e. f.

Jenis Luka Terhiris Luka Calar Balar Luka Tikaman Luka Terkoyak Luka Tembakan Amputasi / kudung

Contoh Pisau Permukaan yang kasar Paku / pisau Cakaran kuku binatang / kawat duri Peluru pistol Putus Tangan / Kaki

Luka Geseran

Luka Terhiris

Luka Terkoyak

Luka Tikaman

Pengenalan Pertolongan Cemas

11

LAPISAN KULIT

LUKA TERTUTUP

Luka calar-balar

Luka terhiris

Luka terkoyak

Pengenalan Pertolongan Cemas

12

Luka tembakan

Luka tikaman

Rawatan untuk luka


Luka terbuka Untuk luka terbuka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2 C iaitu: 1. Clean (bersihkan) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran. 2. Cover (tutup) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih. Teknik 2 C ini dilakukan adalah untuk menghalang 1. Pencemaran luka 2. Jangkitan kuman 3. Pembiakan kuman Untuk luka terbuka yang mempunyai banyak pendarahan lakukan teknik D.I.E. Teknik ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam topik pendarahan. Luka tertutup Untuk luka tertutup, berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit. Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.

Pengenalan Pertolongan Cemas

13

KUDUNG (Amputasi) (Putus Anggota badan) Apa Perlu Dilakukan ?


Langkah Pertama

Jika ada balutkan anggota yang terpisah dengan kain bebat yang bersih Jika tiada lakukan Langkah Kedua

Langkah Kedua

Langkah Ketiga

Masukkan anggota yang terputus ke dalam sebuah beg plastik atau bekas yang bersesuaian

Dapatkan sebuah lagi beg plastik atau bekas yang bersesuaian ii. Masukkan ais Jika ada atau air sejuk. iii. Masukkan beg plastik yang berisi anggota yang terputus ke dalam bekas yang mengandungi ais/air sejuk BAWA KE HOSPITAL DENGAN KADAR SEGERA BERSAMA DENGAN MANGSA

i.

PENDARAHAN
Pendarahan boleh didefinisikan sebagai: Terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya. Atau Tercederanya sistem edaran. Pendarahan boleh berlaku melalui: 1. Pendarahan Arteri (salurnadi) Darah keluar berwarna merah cerah / terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.

Pengenalan Pertolongan Cemas

14

2.

Pendarahan Vena (Pembuluh) Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahanlahan. Pendarahan Kapilari (Rerambut) Darahnya keluar secara meleleh.

3.

Pendarahan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu: 1. Pendarahan Luaran (External) Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada / melalui lapisan kulit. Pendarahan Dalaman (Internal) Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut: a) Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit b) Kulit pucat dan berpeluh sejuk / melekit c) Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku d) Denyutan nadi cepat tetapi lemah. e) Pernafasan cepat dan cetek f) Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka g) Muntah darah atau najis bercampur darah h) Ada tanda-tanda renjatan i) Tahap kesedaran semakin menurun

2.

Rawatan pendarahan
D DIRECT PRESSURE (Tekanan Langsung) INDIRECT PRESSURE (Tekanan tak langsung) ELEVATE (Tinggikan)

Tindakan yang perlu diambil ialah: 1. 2. Bersihkan luka dari kotoran. Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing). Jika ada benda asing, buat balutan cincin Tahan darah secara tidak langsung tahan pada urat nadi. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

3. 4.

Pengenalan Pertolongan Cemas

15

5. 6. 7.

Periksa Nadi/Pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri rawatan renjatan. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.

Merasa nadi karotid (leher)

Pengenalan Pertolongan Cemas

16

PATAH (Fracture)

Pengenalan Pertolongan Cemas

17

PATAH
PATAH bermaksud terputusnya kesinambungan tulang. Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat 206 ruas tulang pada anggota badan kita dan dibahagian kepad 4 jenis: 1. 2. 3. 4. Tulang Panjang Tulang Pendek Tulang Leper Tulang Berbagai Bentuk - lengan / paha - pergelangan tangan - bahu/punggung - tulang belakang

Anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai struktur tuland dalam pelajaran Pertolongan Cemas Asas. Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita kenalpasti secara tepat. Patah disebabkan oleh: 1. Hentaman langsung Tulang patah / retak di bahagian di mana tekanan berlaku. Hentaman tidak langsung Tulang patah / retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat ekanan berlaku.

2.

Sebab-sebab lain 3. 4. Penyakit tibi tulang di mana tulang menjadi rapuh. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut otot-otot. Usia

5.

Patah terbahagi kepada 2 iaitu:


Patah Terbuka Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan. Patah Tertutup Tulang yang patah tidak keluar menyebabkan pendarahan dalaman. dan boleh

Pengenalan Pertolongan Cemas

18

Patah terbuka (tibia dan fibula)

Patah melarat TANDA-TANDA PATAH Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tandatanda berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Rasa sakit pada bahagian yang cedera. Bengkak hanya pada tempat yang cedera. Lebam. Berubah bentuk. Hilang upaya. Penggeseran tulang apabila digerakkan (crepitus). Nampak tulang jika patah terbuka. Ada tanda renjatan. TINDAKAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN Tindakan Utama ( D R I ) 1. D Dont move Kurangkan pergerakan anggota yang patah 2. R Rest Mangsa hendaklah dipastikan tidak membuat banyak pergerakan ( berehat) 3. I Immobilize Mencegah pergerakan anggota yang patah dengan menggunakan tuap (splint) Tindakan Lain 1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan yang dialami. 2. Pulihkan pernafasan mangsa jika perlu. 3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka. 4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMA sahaja kepada bahagian anggota yang cedera. 5. Tenangkan mangsa. 6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan. 7. Hantar mangsa ke hospital dengan kadar segera.

XX
Patah tulang tibia / fibula Patah tulang femur

Pengenalan Pertolongan Cemas

19

TUAP (SPLINT) & ANDUH

Anduh Besar

Anduh Tigasegi

Anduh Kecil

Anduh Tigasegi

Anduh Tigasegi dan Pengikat

Anduh Kecil

Pengenalan Pertolongan Cemas

20

Patah tulang belakang (back bone)


Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati. Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) samada kemalangan jalanraya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya. Tanda-tanda. 1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan. 2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada. 3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak. 4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada 5. Tidak sedarkan diri.

Pengenalan Pertolongan Cemas

21

LOG ROLL

Mengusung pesakit di atas spine board

CONTOH-CONTOH PATAH

Pengenalan Pertolongan Cemas

22

KECEDERAAN SENDI DAN OTOT-OTOT

Pengenalan Pertolongan Cemas

23

KECEDERAAN SENDI DAN OTOT


Sendi adalah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen samada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus. Terdapat 4 jenis sendi: 1. 2. 3. 4. Sendi Lesung (Ball and socket) Sendi Engsel (Hinge joint) Sendi Gelungsur (Slightly movable joint) Sendi Tetap (Fixed joint)

Pada sendi terdapat tulang rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen atau penyerap gegaran dan terdapat juga sendi yang mempunyai cecair synovial. Sendi ini juga disebut sebagai Hidro suspension joint.

Sendi Gelungsur

Sendi Lesung

Sendi Engsel Jenis Kecederaan sendi.

Otot-otot Bisep dan Trisep

1. Terkehel (Dislocation) Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen. Tanda-tanda 1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan). 2. Bengkak 3. Sendi berubah rupa. 4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya. 5. Kemungkinan berasa kebas.

Pengenalan Pertolongan Cemas

24

2. Terseliuh (Sprain) Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal. Tanda-tanda 1. Sakit 2. Bengkak 3. Bertambah sakit bila bergerak 4. Pergerakan yang terhad

Terkehel

Gambarajah sendi lutut

Terseliuh

Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindakbalas luarbiasa otototot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan. Jenis kecederaan otot. 1.Kekejangan (cramp) Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba. Tanda-tanda. Sakit Hilang upaya Otot menjadi kejang dan keras 2.Keregangan (strain) Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan. Tanda-tanda Sakit Bengkak Bertambah sakit bila bergerak

Pengenalan Pertolongan Cemas

25

RAWATAN
R. 1. 2. 3. 4. I. C. E.

REST - Rehatkan mangsa ICE - Tuaman ais COMPRESSION - Balutan tekanan ELEVATE - Tinggikan anggota yang cedera

Tindakan untuk Kekejangan Otot 1. Rehatkan mangsa. 2. Beri tuaman sejuk (ais) pada bahagian tersebut. 3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan.

R -

Rest injured area

Ice area for 15 min @ 2-3 hrs for first 24-48 hrs

C -

Compress area for 24-48 hrs

E -

Elevate area for first 24-48 hrs

Pengenalan Pertolongan Cemas

26

TERBAKAR DAN MELECUR


KECEDERAAN TISU KERANA HABA PANAS, TERLALU SEJUK, BAHAN KIMIA DAN RADIASI

Pengenalan Pertolongan Cemas

27

Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik. Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut. Ketenatan mangsa bergantung kepada: 1. Luas permukaan yang cedera 2. Tempat yang terbakar atau melecur 3. Tahap terbakar 4. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa Jenis terbakar Luar - Terbakar pada bahagian kulit Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut SEBAB-SEBAB TERBAKAR SEBAB-SEBAB Bahan api / api. Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok. Geseran. Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak panas. Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif. Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali. Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet). Terdedah kepada punca-punca radioaktif. Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah. Kilat dan petir. *TERBAKAR DISEBABKAN ARUS ELEKTRIK AKAN MELIBATKAN DUA TEMPAT LUKA SAHAJA. Terbakar dan melecur berlaku pada kulit tubuh. Tubuh badan kita mempunyai tiga lapisan kulit iaitu: 1. 2. 3. Epidermis Dermis Subcutaneous / Hypodermis

JENIS Panas kering Panas lembab Bahan Kimia Radiasi

Elektrik

Lapisan Kulit

Pengenalan Pertolongan Cemas

28

TAHAP KECEDERAAN
Tahap Pertama (Superficial Burn) Kecederaan Terbakar / Melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerahan.

Tahap Kedua (Intermidiate Burn) Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

Tahap Ketiga (Deep Burn) Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

Pengenalan Pertolongan Cemas

29

TANDA-TANDA
Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan kedua. Bahagian anggota yang terlibat bewarna kemerahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua, kehitaman seperti arang atau putih pada tahap ketiga. Pengaliran keluar plasma Renjatan

Tindakan Adult rule of nines


3B 1. Burning Stop Padamkan Breathing Maintain Periksa Pernafasan Body Examine Periksa tahap terbakar 3C 1. Cool Sejukkan

2.

Cover Tutup bahagian yang terbakar Carry Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital. 3.

2.

3.

Pengendalian Am 1. Hentikan kebakaran air. 2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan). 3. Tentukan ia bernafas. 4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan ke dua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan. 5. Periksa A,B,C dan tentukan tahap terbakar. 6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan. 7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan. 8. Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

Pengenalan Pertolongan Cemas

30

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL


PERLU Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera membengkak. Guna dressing bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera. Periksa pernafasan / nadi setiap 5 minit. CPR jika perlu. JANGAN Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit. Pecahkan gelembong. Guntingkan kulit yang terkoyak. Beri makanan / minuman. Letak atau sapu marjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain. Membuang masa untuk memberi rawatan.

TERBAKAR KIMIA / ASID PENGENDALIAN TERBAKAR KIMIA


Gunakan air mengalir untuk mencuci bahanbahan kimia dari kulit. Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir. Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air. Hubungi hospital / hantar dengan segera.

Ingat

Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada cucuran air selama 15 minit atau sehingga bantuan tiba. TERBAKAR ELEKTRIK

KEJUTAN ELEKTRIK

Pengenalan Pertolongan Cemas

31

Terbakar / kejutan elektrik (Electrocution)


Boleh berlaku melalui dua cara, iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact). Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar. Kemalangan Pancaran Tindakan anda adalah: 1. JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat. 2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan. 3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Jika tiada, lakukan CPR. 4. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan. 5. Bawa mangsa kehospital dengan segera. Sentuhan biasanya berlaku dalam kemalangan elektrik dalam bangunan (220-240 voltan). Mangsa tersentuh punca elektrik menyebabkan elektrik mengalir dalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederaan organ dalaman. Kemalangan Sentuhan Tindakan anda adalah: 1. Matikan suis utama. 2. Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa dari sentuhan punca elektrik dengan menggunakan bahan bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan sebagainya. 3. Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau tiada lakukan CPR. 4. Rawat kecederaan luka terbakar di dua tempat iaitu bahagian arus masuk dan keluar. 5. Rawat untuk renjatan. 6. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

Pengenalan Pertolongan Cemas

32

PITAM DAN TIDAK SEDARKAN DIRI

Pengenalan Pertolongan Cemas

33

PITAM
DEFINISI : SEBAB-SEBAB 1. 2. 3. 4. 5. Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca panas Terlalu letih, kelaparan Tindakbalas saraf terhadap kesakitan Persekitaran yang sesak Emosi Kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu TANDA-TANDA 1. 2. 3. 4. 5. 6. Muka pucat Berpeluh sejuk Denyutan nadi tetapi lemah Rasa loya Pening Pandangan kabur PENGURUSAN 1. cepat 2. 3. 4. 5. 6. Baringkan di tempat teduh dan berudara bersih Longgarkan pakaian yang ketat Tinggikan bahagian kaki Tenangkan dan beri keselesaan Galakkan tarik nafas Rawat semua kecederaan

TIDAK SEDARKAN DIRI


Penerangan Tidak sedarkan diri adalah satu keadaan dimana tindakbalas saraf daripada otak ke badan dan sebaliknya tidak sampai. Seseorang yang akan tidak sedar diri nampak resah seperti orang mabuk. Dia akan mengantuk dan tidak boleh disedarkan walaupun dicubit. Pesakit mungkin boleh pulih atau terus tidak sedar diri. Antara sebab-sebab A E I O U D M H Alkohol Epilepsi Injury / insulin Opium - candu Uranium - buah pinggang Diabetis Malaria Hysteria Pengurusan untuk pesakit yang tidak sedarkan diri a. TIDAK BERNAFAS - pemulihan pernafasan (12 kali hembusan seminit) TIADA DENYUTAN NADI - CPR (15 kali tekanan dan 2 kali hembusan) BERNAFAS & ADA NADI - Kedudukan pemulihan

b.

c.

Periksa kecederaan-kecederaan lain dan beri rawatan pertolongan cemas yang sewajarnya.

Serangan Sakit Jantung Penyakit ini melibatkan kerosakan saluran darah arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung. Kerosakan biasanya berlaku disebabkan oleh proses arterosklerosis. Akibat proses ini, jantung akan mengalami kekurangan oksigen.

Arterosklerosis Proses penimbunan beransur-ansur bahan lemak kebanyakkannya kolestrol di bahagian dinding dalam pembuluh darah. Bermula daripada umur muda. Lemak, kalsium dan bahan-bahan lain turut bergabung membentuk timbunan yang menyempitkan dan megeraskan pembuluh darah.

Pengenalan Pertolongan Cemas

34

Pengenalan Pertolongan Cemas

35

Anda mungkin juga menyukai